omniture

Dow tampilkan teknologi silikon mampan di Persidangan Eletronik Automotif dan Kenderaan Elektrik Antarabangsa China

Dow
2021-04-13 09:00 224

SHANGHAI, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Dow (NYSE: Dow) akan berkongsi maklumat menarik tentang penyelesaian canggihnya untuk mobiliti yang lebih mampan dalam dua pembentangan di Persidangan Elektronik Automotif dan Kenderaan Elektrik Antarabangsa China 2021 elektronika China. Para saintis Dow akan menerangkan bagaimana teknologi bahan syarikat menangani cabaran tertentu aplikasi dalam kenderaan elektrik dan elektronik kuasa.

Dow tampilkan teknologi silikon mampan
Dow tampilkan teknologi silikon mampan

Dr. Zou Lu akan membentangkan "Penyelesaian Silikon Dow dalam xEV" pada 15 April dari jam 11 pagi hingga 11.30 pagi Waktu Standard China (CST). Lu akan membincangkan bagaimana silikon canggih Dow menyediakan pengurusan haba, rekatan konduktif elekrik dan pelindung daripada gangguan elektromagnetik (EMI) dalam xEV, yang termasuk pemalam, hibrid dan sel bahan bakar kenderaan elektrik.

Cathy Su kemudiannya akan membentangkan "Dow Menyediakan ADAS dengan Kecekapan, Kestabilan dan Perlindungan Tinggi" pada 15 April dari jam 3.30 petang hingga 4 petang CST. Su akan membincangkan teknologi silikon Dow untuk sistem bantuan pemandu maju (ADAS), tumpuan buat para pembangun kenderaan berautonomi. Kedua-dua pembentangan Dow akan berlangsung di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Untuk memacu pertumbuhan mobiliti mampan di rantau Asia Pasifik dan global, banyak syarikat sedang mencari teknologi yang berkaitan pengangkutan yang dapat meningkatkan pengeluaran dan membantu mereka mempromosi pengawasan dan keselamatan, kecekapan, kawalan pencemaran dan reka bentuk yang responsif iklim.

"Melalui kerjasama erat, Dow membantu pelanggannya mencapai matlamat pengeluaran mereka sambil mengurangkan jejak karbon mereka," kata Jeroen Bello, pengarah pemasaran global untuk Mobiliti & Pengangkutan, Dow. "Pembentangan kami di elektonika China 2021 akan menunjukkan komitmen ini dan menerangkan bagaimana teknologi, pembangunan aplikasi yang luas dan kepakaran teknikal kami yang terbukti membantu menangani cabaran e-mobiliti."

Di persidangan ini, pembentang Dow juga akan memperincikan silikon konduktif haba dan elektrik syarikat untuk aplikasi kenderaan yang mendesak. Ini termasuk unit kawalan elektronik ADAS (ECU) dan bateri untuk membantu menguruskan cabaran-cabaran haba, rekatan, kedapan dan daya pemprosesan dan mencapai perlindungan dan pemerisaian yang boleh dipercayai.

Pengisi rongga dan bahan konduktif terbaru Dow termasuk Pengisi Rongga Konduktif Haba Berdensiti Rendah DOWSIL™ TC-5515 LT, finalis Edison Awards™ yang membolehkan pemasangan pek bateri EV yang ringan. Satu lagi bahan inovatif Dow, DOWSIL™ EC-6601 Perekat Konduktif Elektrik, menyediakan pemerisaian EMI untuk radar automotif, kamera dan aplikasi stesen pangkalan 5G yang boleh dipercayai.

Di persidangan ini, syarikat ini juga akan memberi pratonton dua produk baharu daripada portfolio penyelesaian konduktif haba Dow yang luas dan sedang berkembang yang akan tersedia secara komersial pada musim bunga ini:  Pengisi Rongga Konduktif Haba DOWSIL™ TC-4551 CV menyediakan kekonduksian haba peringkat tinggi yang memberikan prestasi kemeruapan terkawal dan boleh dipercayai dalam aplikasi kuasa automotif dan elektronik automotif yang sensitif; dan Perekat Konduktif Haba DOWSIL™ TC-2035 CV ialah perekap berprestasi tinggi untuk modul elektronik yang memberikan prestasi sepanjang hayat yang unggul untuk pembekal-pembekal Tahap 1. 

Dow menyampaikan kepakaran dan komitmennya terhadap industri e-mobiliti dan pengangkutan melalui platform MobilityScience™nya, di mana produk canggih dan perkhidmatan yang ekstensif disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu pelanggan, yang merangkumi poliolefin, poliuretana, akrilik, kimia dan silikon khas. Dow juga membawakan kepakaran sains bahannya ke elektrifikasi kenderaan sebagai rakan kongsi sains bahan rasmi Jaguar Racing.

Portfolio teknologi silikon untuk pengangkutan dan e-mobiliti Dow tersedia di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi dow.com/emobility.

Latar Belakang Dow

Dow (NYSE:DOW) menggabungkan keluasan global, penyepaduan aset dan skala, inovasi bertumpu dan kedudukan perniagaan yang meneraju untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan. Cita-cita Syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat sains bahan yang paling inovatif, berpusatkan pelanggan, inklusif dan mampan, dengan tujuan untuk memberikan masa hadapan yang mampan untuk dunia melalui kepakaran sains bahan kami dan kerjasama dengan rakan kongsi kami. Portfolio perniagaan plastik, perantara perindustrian, pelapis dan silikon Dow memberikan pelbagai produk dan penyelesaian berasaskan sains yang berbeza buat pelanggannya dalam segmen pasaran dengan pertumbuhan tinggi, seperti pembungkusan, infrastruktur, mobiliti dan penjagaan pengguna. Dow mengendalikan 106 tapak pengeluaran di 31 negara dan menggaji kira-kira 35,700 orang. Dow menghasilkan jualan kira-kira $39 bilion dalam tahun 2020. Rujukan kepada Dow atau Syarikat bermaksud Dow Inc. dan anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dow.com atau ikuti @DowNewsroomdi Twitter.

 

 

 

Source: Dow
Keywords: Auto Transportation