GUANGZHOU, China, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Bagi memaparkan inovasi teknologi yang hebat ke mata dunia, pada 9 April 2021, GAC GROUP mengadakan "Hari Teknologi GAC" ("GAC Tech Day") tahunan kali ketiganya di Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) GAC. Agar selaras dengan komitmen GAC terhadap pembangunan yang memandang ke hadapan dan menjimatkan wang pelanggan melalui kecekapan tenaga, tenaga baharu memainkan peranan utama dalam Hari Teknologi tahun ini.
Pertama sekali, terdapatnya paparan "strategi bintang neutron" GAC yang bertujuan untuk mewujudkan era baharu perjalanan tenaga baharu, rendah karbon. GAC akan terus berusaha ke arah mencipta bateri yang seakan-akan bintang neutron: kecil, namun padat dengan kelajuan dan kuasa ekstrem.
Hari Teknologi 2021 turut menyaksikan paparan teknologi elektrod silikon span GAC. Selepas menjalankan kajian selama bertahun-tahun, GAC membangunkan dan mempatenkan "teknologi bateri plat negatif silikon span": ini menjadikan kepingan negatif silikon di dalam bateri lembut dan elastik umpama span, menguatkannya daripada menjadi haus dan lusuh akibat pengecasan dan memberikannya kapasiti penyimpanan yang lebih besar. Isipadu dan berat bateri tunggal boleh dikurangkan masing-masing sebanyak 20% dan 14%.
Teknologi pengecasan amat pantas turut dipamerkan di Hari Teknologi 2021 yang dapat mengecas bateri kereta elektrik daripada 0% hingga 80% hanya dalam masa 16 minit, kira-kira tempoh masa sama yang diperlukan untuk pengisian semula biasa. Ini dapat melakarkan masa depan yang sangat cerah buat kenderaan elektrik.
Pusat R&D GAC juga dengan bangganya mempersembahkan Sistem Pemanduan Pintar 4.0 ADIGO. Sistem bantuan memandu yang baru dinaik taraf ini dilengkapi dengan 31 sensor pintar, menyokong ciri-ciri pintar yang luas seperti kawalan lorong dan pertukaran lorong automatik. Ia dapat membebaskan sepenuhnya tangan dan kaki pemandu bagi melegakan keletihan memandu.
Inovasi teknologi menjadi teras bagi model perniagaan GAC GROUP dan syarikat ini mematuhi dasar "tiada teknologi, tiada GAC". Setakat tahun 2020, lebih 30 bilion yuan telah dilaburkan dalam penyelidikan bebas dan pada masa akan datang, GAC komited terhadap pembangunan teknologi yang malah lebih banyak. Turut dirancang merupakan beberapa projek yang menarik termasuk kolaborasi bersama Tencent untuk membawa WeChat ke dalam kereta buat kali pertama; membangunkan taman perindustrian automobil tenaga 5km2 baharu di Guangzhou.
Sebagaimana yang dipamerkan pada Hari Teknologi 2021, pada masa akan datang, GAC GROUP akan terus memberi tumpuan pada penemuan utama dalam bidang-bidang teras seperti sambungan rangkaian pintar dan tenaga baharu, terus meningkatkan kekuatan teknologinya dan mencipta GAC MOTOR berfokus teknologi yang membawa nilai.