omniture

Clé de Peau Beauté Mulakan Inisiatif Tahunan Kedua Sokong UNICEF Tingkatkan Akses kepada Pendidikan STEM untuk Kanak-kanak Perempuan

Sebagai sebahagian daripada komitmen dermawan jangka panjang, Clé de Peau Beauté akan menderma sebahagian daripada hasil jualan global produk ikonik mereka, The Serum bagi memperjuangkan pendidikan kanak-kanak perempuan sebagai kunci untuk menyerlahkan dunia yang lebih baik
Clé de Peau Beauté
2021-04-14 12:00 172

TOKYO, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah bertaraf global mengumumkan tahun kedua perkongsian beberapa tahunnya bersama UNICEF. Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan akses kanak-kanak perempuan kepada pendidikan, pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta kemahiran yang berkaitan demi masa depan -- menyerlahkan kehebatan potensi mereka melalui ilmu pengetahuan. Jenama ini akan menderma sebahagian daripada hasil jualan global The Serum bagi menyokong program UNICEF yang menyumbang kepada pendidikan dan pemberdayaan kanak-kanak perempuan di Bangladesh, Kyrgyzstan dan Niger, antara kawasan-kawasan lain. Inisiatif ini akan berlangsung dalam-kedai pada bulan Mei dan Jun serta mulai Mei hingga 31 Disember secara dalam talian.

#KeyToABetterWorld terletak dalam usaha menyerlahkan kehebatan kanak-kanak perempuan melalui Pendidikan, Pekerjaan dan Pemberdayaan.
#KeyToABetterWorld terletak dalam usaha menyerlahkan kehebatan kanak-kanak perempuan melalui Pendidikan, Pekerjaan dan Pemberdayaan.

Terdapat kira-kira 600 juta orang gadis remaja di dunia kita yang kebanyakannya - terutamanya yang menetap di negara-negara sedang membangun - tersisih secara tidak seimbang daripada peluang pendidikan dan pembinaan kemahiran yang kritikal terutamanya dalam bidang STEM. Hal ini menjadi penting terutamanya apabila lebih 90 peratus daripada pekerjaan di seluruh dunia mempunyai komponen digital dan tanpa peningkatan penerimaan dan penggunaan digital, gadis remaja akan mempunyai sedikit peluang pekerjaan dan menghadapi halangan tambahan untuk berdaya saing dalam pekerjaan pada abad ke-21.[1]

Pandemik global telah mengganggu kehidupan dan pendidikan berjuta-juta kanak-kanak perempuan di serata dunia dan telah menonjolkan kesegeraan terhadap rangkuman digital melalui peningkatan kebergantungan kita terhadap teknologi. Ketika dunia memperbaharui sistem pembelajaran untuk beradaptasi terhadap realiti baharu kita, perkongsian Clé de Peau Beauté bersama UNICEF membangunkan rangka tindakan untuk membina kemahiran kanak-kanak perempuan dan golongan wanita muda semasa berlaku krisis dan untuk masa depan.

Dana yang dikumpul untuk UNICEF daripada jualan The Serum tahun lalu menggerakkan ke hadapan inisiatif di seluruh dunia yang membolehkan kanak-kanak perempuan menangani halangan terhadap pendidikan dan mengakses potensi dalaman mereka:

Bangladesh: Mentransformasikan Pendidikan untuk Kanak-kanak Perempuan

  • Clé de Peau Beauté menyokong program UNICEF di Bangladesh bagi menggalakkan kesaksamaan gender dalam sistem pendidikan, mengurangkan halangan berkaitan gender terhadap pendidikan dan mengurangkan keganasan berdasarkan gender.
  • Dengan kerjasama bersama Kerajaan Bangladesh, UNICEF berusaha untuk membina kerangka kurikulum kebangsaan, mengintegrasikan lensa kesaksamaan gender yang kukuh dan menggalakkan pembangunan kemahiran yang boleh dipindahkan.
  • UNICEF telah melaksanakan Program Pembelajaran Alternatif di Bangladesh untuk 100 orang gadis perempuan rentan, menghubungkan mereka kepada peluang pembangunan kemahiran dan pekerjaan. 95 peratus kanak-kanak perempuan dalam program tersebut telahpun dihubungkan kepada pekerjaan yang relevan.

Kyrgyzstan: Membina Kemahiran Abad ke-21 untuk Kanak-kanak Perempuan

  • Clé de Peau Beauté menyokong program STEM4Girl UNICEF di Kyrgyzstan untuk memperkasa kanak-kanak perempuan melanjutkan pelajaran dan kerjaya profesional dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan selanjutnya.
  • Seramai 110 orang kanak-kanak perempuan telah dilatih untuk menjadi suri teladan dan pendidik rakan sebaya untuk kanak-kanak perempuan yang lebih muda dalam komuniti mereka. Pelatih rakan sebaya kini mengadakan sesi mereka secara dalam talian dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dengan kanak-kanak dalam seluruh komuniti mereka – mendekati lebih ramai kanak-kanak perempuan dan memperkasa mereka untuk menggalas tanggungjawab dan membawa perubahan.

Niger: Menggalakkan Pemberdayaan Kanak-kanak Perempuan

  • Clé de Peau Beauté menyokong program UNICEF di Niger bagi mempromosikan peluang baharu untuk gadis remaja dengan membantu mereka membangunkan kecekapan dan kemahiran berkaitan.
  • Perkongsian berkenaan menyokong 120 orang gadis perempuan untuk mendapat latihan berasaskan kemahiran dan kelas kenal huruf serta mula melibatkan 200 orang kanak-kanak perempuan dalam program bimbingan rakan sebaya.

"Setiap kanak-kanak perempuan berhak membesar dalam dunia yang mempunyai peluang dan bagi menjalani kehidupan yang memberi kepuasan. Namun begitu, berjuta-juta orang kanak-kanak perempuan di seluruh dunia dinafikan peluang berkenaan – tanpa akses ke sekolah atau kepada sumber – dinafikan peluang untuk mengambil bahagian secara sama rata dalam masyarakat. Pandemik ini telah menonjolkan kesegeraan terhadap keterangkuman dan keperluan untuk kanak-kanak perempuan menjadi tumpuan bagi mengubah kehidupan mereka dan menyumbang kepada komuniti mereka. Dengan sokongan daripada perkongsian kami bersama Clé de Peau Beauté, UNICEF melabur dalam inisiatif pembangunan kemahiran dalam STEM, teknologi digital dan keusahawanan sosial. UNICEF menyokong usaha yang dapat memastikan kanak-kanak perempuan menjalani kehidupan yang diperkasa, dilengkapi dengan sumber dan peluang yang tepat. Seramai 600 juta orang gadis remaja dunia boleh menjadi generasi pemimpin wanita terbesar yang pernah disaksikan oleh dunia," kata Cik Carla Haddad Mardini, Pengarah, Pengumpulan Dana Persendirian dan Perkongsian, UNICEF.

"Di Clé de Peau Beauté, kami percaya bahawa kunci untuk dunia yang lebih baik terletak dalam usaha menyerlahkan kehebatan kanak-kanak perempuan melalui pendidikan STEM, satu tugas yang dapat dicapai bersendirian oleh mana-mana individu mahupun jenama. Dengan pembelian The Serum, sesiapa sahaja dapat menyokong usaha yang dapat direalisasikan melalui perkongsian kami bersama UNICEF dan menuntut peranan mereka dalam mempengaruhi perubahan positif semasa berlakunya krisis global. Kami berbesar hati kerana mengetahui bahawa melalui UNICEF, sumbangan ini disalurkan bagi membawa impak yang paling diperlukan dan bermakna. Kini, dalam tahun kedua inisiatif ini, kami menjemput dengan penuh mesra kepada semua orang untuk memainkan peranan yang penting dalam mendayakan akses kepada pendidikan, pemberdayaan dan kebolehpekerjaan untuk kanak-kanak perempuan di seluruh dunia," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Clé de Peau Beauté menyasarkan untuk memperkasa kanak-kanak perempuan melalui pendidikan – langkah pertama untuk menyerlahkkan potensi dan kecerdasan semula jadi kanak-kanak perempuan.

Melalui inisiatif ini, bagi setiap pembelian The Serum, satu sumbangan akan dibuat kepada UNICEF untuk menyokong pendidikan dan pemberdayaan kanak-kanak perempuan di serata dunia. Clé de Peau Beauté mengundang wanita untuk menyertai mereka bagi menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak perempuan dengan mengambil bahagian dalam kempen ini dan sewaktu kanak-kanak perempuan di seluruh dunia memerlukan lebih banyak sokongan. Mereka bersama-sama dapat merealisasikan masa depan yang lebih cerah dan positif.

Catatan untuk Editor

UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 20 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/
#KeyToABetterWorld

[1] Plan, 2020. USAID, 2020

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility Women-related news