omniture

Huawei: Berusaha bersama Rakan Kongsi Cipta Nilai Baharu Bersama-sama untuk Semua Industri

Huawei
2021-04-14 15:13 244

SHENZHEN, China, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei menganjurkan sidang kemuncak mengenai topik "Nilai Baharu Bersama-sama" sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei 2021. Bersama-sama lebih daripada 400 tetamu, termasuk penganalisis industri dan kewangan, pemimpin pemikiran utama dan wakil media, Huawei berkongsi pandangannya mengenai trend industri dan aplikasi penyelesaian dalam senario industri tertentu, bagi membantu pelanggan daripada semua jenis industri mencipta nilai baharu bersama-sama.

Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise BG, berkata bahawa ketika kita memandang ke hadapan menuju era pasca-pandemik, transformasi digital industri beralih ke tahap pertengahan dan tahap tinggi, yang dicirikan oleh pendigitalan sokongan dan sistem pengeluaran teras. Huawei terus mendayakan inovasi bersama, membina ekosistem terbuka dan mencapai kejayaan bersama dengan semua kategori rakan kongsi, membina penyelesaian khusus-senario yang inovatif berdasarkan Kembar Pintar sebagai seni bina teknologi. Dengan berbuat demikian, kami menyokong penaiktarafan industri pintar dan memudahkan transformasi digital untuk semua industri.

Bob Chen, Vice President of Huawei Enterprise BG
Bob Chen, Vice President of Huawei Enterprise BG

Di sidang kemuncak ini, Huawei berkongsi amalan transformasi digitalnya dalam bidang tenaga, pengangkutan, kewangan, pendidikan dan perkhidmatan perusahaan serta membincangkan selanjutnya mengenai sejauh mana penciptaan ekosistem digital dapat terus mencipta nilai buat pelanggan dan menggalakkan pembangunan industri serta pembinaan ekosistem demi mencapai hasil yang berjaya buat semua.

Dalam sektor tenaga, Robin Lu, Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Tenaga Global, Huawei Enterprise BG, berkata bahawa transformasi Tenaga dan transformasi digital merupakan trend dan hala tuju yang jelas. Tujuan utama pendigitalan adalah untuk menyerlahkan kuasa data bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa depan, industri tenaga akan mencapai pembangunan yang mampan dan berkualiti tinggi sepanjang laluan menuju "satu matlamat, dua transformasi, tiga pemudahan dan empat hala tuju". Yakni, dengan matlamat untuk mencapai emisi karbon sifar bersih, ia akan membantu perusahaan global merealisasikan transformasi tenaga dan transformasi digital, mempromosikan industri tenaga dan perusahaan dari pelbagai negara untuk mencapai matlamat "sifar bersih" melalui "dua transformasi", membina lingkungan kerjasama ekologi pada skala global dan menggalakkan kerjasama, termasuk inovasi teknologi mesra alam, rendah karbon, kecekapan dan keberkesanan serta kerjasama antarabangsa.

Dalam sektor pengangkutan, Andy Bien, Ketua Pegawai Digital, Penerbangan Global, Unit Perniagaan Pengangkutan Global, Huawei Enterprise BG, berkata bahawa: "Kami telah menyaksikan minat yang semakin pantas terhadap transformasi digital dalam industri penerbangan untuk mengatasi impak buruk pandemik ini. Kesihatan dan keselamatan, kemampanan kewangan dan alam sekitar serta jangkaan penumpang yang meningkat akan mendorong perubahan ini. Penggunaan perkhidmatan tanpa wayar, infrastruktur awan dan kecerdasan mesin, disampaikan melalui infrastruktur digital yang selamat dan andal dapat memenuhi permintaan baharu ini terhadap penerbangan mampan. Peluang menanti ketika industri ini bersiap sedia menjalani pemulihan pada tahun 2021."

Dalam sektor kewangan, Liu Yuanxin, Ketua Pakar Industri, Unit Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Global, Huawei Enterprise BG, menegaskan bahawa dengan permintaan pelanggan dan pasaran yang berubah-ubah, bank-bank perlu menyedari bahawa pendigitalan telah menjadi satu keperluan. Pergerakan penting ke arah transformasi digital ini termasuk: membina sistem kolaborasi awan-terminal-pinggir; memanfaatkan nilai data dan algoritma; dan mewujudkan model perkhidmatan kecerdasan kewangan baharu yang menampilkan latihan berasaskan awan dan penaakulan terminal-pinggir.

Dalam bidang pendidikan, Edwin Diender, Ketua Pegawai Transformasi Digital Unit Perniagaan Kerajaan Global, Huawei Enterprise BG, menyatakan bahawa ICT akan mentransformasikan dengan lancar pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan bersifat sepanjang hayat dan semakin diperibadikan. Dengan model digital baharu yang muncul secara menyeluruh — dalam bilik darjah, makmal penyelidikan dan pejabat pentadbiran, terdapatnya capaian kepada ilmu pengetahuan pada bila-bila masa, di mana-mana. Masa depan pendidikan pintar dan digital telapun tiba."

Dalam bidang perkhidmatan, Hank Stokbroekx, Naib Presiden, Perkhidmatan Perusahaan, Huawei Enterprise BG, berkata dalam ucapan beliau bahawa Transformasi Digital bererti memanfaatkan teknologi untuk mengoptimumkan hasil perniagaan dan pengalaman pelanggan. Ini merupakan satu proses berterusan yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya. Memandangkan teknologi cenderung menjadi rumit dan membawa kepentingan yang kritikal, proses operasi perlu amat berciri automatik bagi memudahkan perkhidmatan yang dapat meramalkan dan mengatasi masalah.                                                                                                                         

Setakat Disember 2020, lebih daripada 700 buah bandar dan 253 syarikat Fortune 500 memilih Huawei sebagai rakan transformasi digital mereka. Pada tahun 2020, hasil jualan global mencecah CNY891.4 bilion. Hasil jualan bagi perniagaan perusahaan mencecah CNY100.3 billion, satu peningkatan sebanyak 23.0% berbanding tahun sebelumnya.

Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei pertama telahpun diadakan pada tahun 2004. Tahun ini, 2021 menandakan tahun ke-18 berturut-turut berlangsungnya acara tersebut. Pada tanggal 12 hingga 14 April, yang mana akan berlangsungnya beberapa sesi berasingan untuk pakar-pakar industri domestik dan asing untuk bertukar-tukar dan berkongsi pandangan mereka. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi https://www.huawei.com/en/events/has2021

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news