SHENZHEN, China, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei kali ke-18 yang diadakan di Shenzhen dari 12 hingga 14 April, Huawei mengumumkan inovasi dan perkembangan terkini dalam Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya.
Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar".
Di acara tahunan ini, Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Menuju Digital Lebih Pantas dengan Rangkaian-Awan Pintar". Dalam ucapan beliau, En. Zhao berkongsi bagaimana Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar mempercepatkan transformasi digital dalam industri-industri menerusi empat senario utama: rangkaian kampus awan, WAN awan, rangkaian pusat data tertumpu hiper dan keselamatan siber.
Penghijrahan awan merupakan laluan penting untuk transformasi digital. Menurut statistik IDC, 80% perusahaan akan mempercepatkan peralihan ke awan mereka (cloudification) menjelang penghujung tahun 2021 dan akses berbilang awan — termasuk awan awam, persendirian dan hibrid — akan menjadi pilihan utama untuk perusahaan yang ingin beralih ke awan.
Perusahaan hari ini mungkin cenderung untuk memindahkan perkhidmatan pejabat mereka ke awan awam. Walau bagaimanapun, tatkala transformasi digital bertambah hebat, tidak dapat dielakkan bahawa perusahaan akan turut memindahkan perkhidmatan pengeluaran mereka ke awan.
En. Zhao berkata, "Rangkaian-awan ialah asas untuk penghjirahan perusahaan ke awan. Dengan membekalkan kuasa pengkomputeran dan kecerdasan yang hampir tiada batasan, rangkaian-awan membolehkan semua industri untuk meningkatkan tahap produktiviti baharu, menyerlahkan potensi elemen data dan menyemarakkan kevitalan ekonomi digital."
Pada masa kini, teknologi awan membangun pada kadar yang lebih pantas daripada rangkaian, yang bertindak sebagai hambatan terhadap penggunaan awan yang berkesan. Dalam konteks ini, empat cabaran kini dihadapi oleh rangkaian-awan: awan pantas namun rangkaian perlahan, jaminan pengalaman sukar, O&M rangkaian yang mencabar dan perlindungan sekuriti yang sukar.
Bagi menangani cabaran ini, Huawei mengikuti falsafah "berorientasi digital, pintar dan perkhidmatan" dan terus menginovasi Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar hujung-ke-hujungnya. Hal ini menekankan usaha Huawei untuk memperkasa kecerdasan dengan data dan membolehkan perusahaan untuk mengatur dan menggunakan awan dengan lebih baik.
Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei membawakan penawaran inovatif dalam empat senario utama.
Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei menyampaikan tahap sinergi rangkaian-awan belum pernah terjadi sebelum ini yang diperlukan untuk menangani perubahan seni bina rangkaian disruptif yang dibawa oleh keperluan perkhidmatan yang sentiasa berubah-ubah dan inovasi teknologi baru muncul. Memandang ke hadapan, Huawei akan bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi untuk terlibat secara mendalam dalam pelbagai industri — bermula daripada kerajaan digital hingga bandar pintar dan daripada automasi perindustrian kepada rawatan kesihatan pintar jarak jauh — seraya menyuntik momentum baharu terhadap transformasi digital dalam semua industri.