omniture

AOTO Lancar Siri RM di Pasaran Global untuk XR Studio

AOTO
2021-04-15 16:04 1879

SHENZHEN, China, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- AOTO – pereka dan pengeluar terkemuka bagi penyelesaian visualisasi LED pandangan langsung – telah mengumumkan pelancaran siri RM ke pasaran global. Produk ini khususnya menyasarkan spesifikasi yang mendesak buat Studio Pengeluaran Maya (XR) dan aplikasi sewaan atasan.

Bekerja dengan studio produksi filem dan video terkemuka dunia, AOTO dicabar untuk membangunkan reka bentuk LED pandangan langsung yang tanpa kompromi meningkatkan prestasi pada kamera. Siri RM AOTO menggunakan teknologi pemadatan IMD dan Mini-LED yang menyediakan paparan format besar yang stabil dan boleh dipercayai. Secara khususnya, teknologi pemadatan IMD mendayakan siri RM sehingga 4 kali lebih kuat berbanding produk SMD tradisional yang lain tanpa mengorbankan prestasi visual.

Lebih lagi, prestasi visual luar biasa ini dimajukan oleh keupayaan teknologi HDRnya, dan nisbah senjang 8000:1. Siri RM menampilkan lebih daripada 1500 nits kecerahan dan teknologi pengurangan Moiré. Dengan sehingga kadar segar semula sebanyak 7680Hz, kadar bingkai 250Hz, dan kadar imbasan 1/6, penyelesaian ini direka untuk mereka yang berusaha mengatasi kesukaran visual dan optikal di XR studio.

Untuk pemasangan dan penyelenggaraan, siri RM adalah lebih ringan berbanding 8KG/unit dan menyokong pemasangan cembung dan cekung dengan sudut pandangan lebih daripada 170 darjah. Reka bentuk kunci pantas ini menyokong pemasaran tergantung, pemasangan di dinding dan di lantai. Lebih penting lagi, siri RM ini boleh diperbaiki dan diselenggarakan dengan mudah dengan reka bentuk penyelenggaraan dengan reka bentuk hadapan & belakang.

AOTO telah dengan rasminya melancarkan siri RM di seluruh dunia dan telah pun bekerja dengan beberapa studio produksi utama dunia. Sejarah dan pengalaman yang panjang dengan aplikasi studio AOTO telah menerajui pembangunan salah satu daripada spesifikasi dunia bagi penyelesaian visualisasi LED pandangan langsung.

marketing@aoto.com

Source: AOTO
Keywords: Computer/Electronics New products/services