omniture

Exyte membina kemudahan pembuatan pertama Dexcom di Asia

Exyte
2021-04-15 18:09 74

STUTTGART, Jerman dan PULAU PINANG, Malaysia, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- Exyte, syarikat yang terkenal di dunia dengan reka bentuk dan pembinaan kemudahan berteknologi tinggi, telah dianugerahkan projek trek pantas untuk Dexcom di Pulau Pinang, Malaysia. Ini adalah kemudahan pembuatan pertama untuk penyedia teknologi penjagaan diabetes yang berpusat di A.S. di luar Amerika Syarikat.

 

Ibu pejabat Dexcom di San Diego, USA.
Ibu pejabat Dexcom di San Diego, USA.

 

Exyte berbesar hati menyokong rancangan pertumbuhan strategik Dexcom, ketika ia mengembangkan pembuatannya ke Asia buat julung-julung kalinya. Terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan keluasan lantai kasar berukuran 1.8 juta kaki persegi, projek ini akan menempatkan kemudahan pembuatan untuk sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM). Bahagian utama kemudahan ini merangkumi bilik pembersihan bertingkat, sebuah gudang dengan 'dock leveler', Bangunan Utiliti Pusat (CUB) tiga tingkat, sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat termasuk kantin dan kawasan rekreasi, serta struktur parkir setinggi tujuh tingkat.

Keupayaan kejuruteraan bernilai tambah di Exyte dengan pasukan juruteranya yang berpengalaman amat bertepatan untuk melengkapkan kemudahan yang canggih ini dengan cara yang berkesan. Projek ini akan membolehkan Dexcom mengembangkan pengeluaran CGM dengan cepat dan meningkatkan bilangan sistem yang mampu disampaikannya ke seluruh dunia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Kami memilih Exyte sebagai rakan kongsi reka bentuk dan pembinaan untuk kemudahan pembuatan pertama kami di Asia atas sebab rekod mereka yang cemerlang dalam penyampaian projek trek pantas dengan magnitud dan tahap kerumitan seperti ini," kata David Arida, Naib Presiden Kanan Operasi Pembuatan Dexcom.

Jack Lyons, Naib Presiden Biofarma dan Sains Hayat Asia Tenggara Exyte turut berkongsi, "Kami bangga kerana dipilih sebagai kontraktor utama dan rakan kongsi yang dipercayai dalam menyediakan kemudahan pembuatan pertama untuk Dexcom di Asia dengan daya kepantasan pemasaran untuk pelanggan kami."

Tentang Exyte
Exyte adalah peneraju global dalam reka bentuk, kejuruteraan dan penyampaian kemudahan untuk industri berteknologi tinggi. Dengan sejarah melebihi 100 tahun, syarikat ini telah membangunkan kepakaran yang unik dalam persekitaran terkawal dan dikawal selia. Exyte mempunyai jejak yang benar-benar global melalui perkhidmatannya kepada pelanggan dengan permintaan paling teknikal di pasaran seperti syarikat semikonduktor, bateri, farmaseutikal, bioteknologi dan pusat data. Syarikat ini menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lengkap daripada perundingan kepada pengurusan penyelesaian 'turnkey' – yang disempurnakan mengikut standard kualiti dan keselamatan yang tertinggi. Melalui penyelesaian cabaran yang paling kompleks, Exyte mengukuhkan hubungan yang boleh dipercayai dan berpanjangan untuk para pelanggannya. Pada tahun 2019, Exyte telah merekodkan jualan sebanyak EUR3.9 bilion dengan sebanyak 5,200 orang pekerja yang sangat berpengalaman dan bermotivasi. Syarikat ini berada pada kedudukan yang ideal untuk mengukuhkan lagi kepimpinan pasarannya dengan pemahaman industri yang luas dan bakat yang berdaya saing.

generated by system

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 

Adriana Williams
Naib Presiden Komunikasi Korporat
dan Perhubungan Pelabur
+49 711 8804 1489
adriana.williams@exyte.net 
www.exyte.net

Source: Exyte
Related Links:
Keywords: Construction/Building Health Care/Hospital Corporate Expansion