omniture

Anchor Food Professionals Cipta Semula Juadah Klasik Raya Dengan Adunan Moden

Anchor Food Professionals menyalakan memori kampung dengan bahan tenusu semula jadi New Zealand
Anchor Food Professionals
2021-04-16 09:00 85

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 April 2021 /PRNewswire/ -- Bahagian perkhidmatan makanan Fonterra Brands Malaysia, Anchor Food Professionals, melancarkan kempen 'Inspirasi Raya' dengan pengenalan 10 juadah tradisional menggunakan Anchor Extra Yield Cooking Cream.

Mengambil aspirasi juadah dan pencuci mulut ikonik dari negeri berbeza di seluruh Malaysia, kempen ini menyalakan memori kampung dengan membawa cita rasa masakan rumah ke dapur-dapur bandar. Resipi yang diolah merangkumi variasi makanan juadah Raya terkenal seperti Rendang Tok dan Rendang Ayam Pedas dari Perak dan Rendang Kambing Hitam dari Pahang untuk menyemarakkan lagi sambutan dengan juadah kegemaran semasa bulan Ramadan dan Hari Raya.

Resipi langkah demi langkah dan video demonstrasi menggabungkan Anchor Extra Yield Cooking Cream telah disediakan oleh chef Fonterra sendiri, Chef Noorfiruz Mohamad Noor, Chef Ichiro Wong dan Chef Chrispian Arthur Epui.

Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, berkata, "Berikutan pandemik COVID-19, masakan rumah telah menjadi pilihan ramai keluarga. Sebagai penyedia ramuan tenusu berkualiti tinggi yang terbesar di negara ini, kami mahu menyediakan penyelesaian yang memenuhi masakan sofistikated tetapi mudah untuk dimasak untuk seluruh keluarga."

"Memasak dan bersiap sedia dengan jamuan Raya selalunya menjadi acara kemuncak sambutan perayaan. Tahun ini mencabar bagi kita semua, dan saya berharap dengan berkongsi resipi-resipi ini akan membawa keriangan dan kebahagian kepada yang meraikannya, baik jauh mahupun dekat."

Pembuatan semula juadah berkenaan meningkatkan lagi pengalaman persediaan jamuan Raya, yang mana ramai rakyat Malaysia boleh mengingati dengan jelas. Diformulasi bagi kestabilan haba dan tekstur krim yang konsisten, Anchor Extra Yield Cooking Cream adalah alternatif tepat untuk santan.

"Persediaan menyambut Raya menjadi lebih mudah dengan Anchor Extra Yield Cooking Cream kerana ia dicipta untuk kemudahan dan menjimatkan masa di dapur dan pada masa yang sama, mengekalkan konsistensi resipi," tambah Tan.

Anchor Extra Yield Cooking Cream diperbuat daripada sumber susu New Zealand berkualiti tinggi, memberikan kebaikan tenusu semula jadi yang kaya dengan rasa dan aroma. Ia adalah krim masakan yang memberikan 20% lebih hasil berbanding kebanyakan krim masakan UHT, menjadikannya lebih menjimatkan masa dan kos.

Anchor Food Professionals memiliki sejarah panjang membekalkan restoran, kafe dan kedai roti dengan tenusu New Zealand semula jadi di mana rumput menjadi sumber makanan ternakannya. Ini membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan untuk makanan yang enak. Dengan warisan teguh sejak 1886 di dalam menghasilkan produk tenusu berkualiti tinggi, rakyat Malaysia akan dapat menjamu selera lebih lagi semasa musim Ramadan dan Raya ini.

Lebih banyak juadah dan resipi klasik seperti Bubur Pedas daripada Sarawak, Lontong Johor, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ikan Bakar, Kuih Lapis, Puteri Ayu dan Kurma Banana Shake boleh didapati pada Laman Rasmi Facebook Anchor Food Professionals.

 
Source: Anchor Food Professionals
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail