omniture

Telkomsel Bawakan Dunia Games League 2021, Galakkan Pemain Indonesia Tingkatkan Keupayaan Mereka

Telkomsel
2021-04-20 00:24 218
  • Telkomsel menekankan komitmennya untuk menyokong dan memajukan ekosistem esukan di Indonesia dengan mengadakan Dunia Games League (DGL) 2021.
  • Telkomsel menyasarkan ribuan pasukan profesional dan amatur untuk mengambil bahagian dan bersaing bagi memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih daripada USD 40,000.

JAKARTA, Indonesia, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Telkomsel terus mengukuhkan komitmennya sebagai pengusaha ekosistem esukan Indonesia melalui acara peringkat kebangsaan yang berprestij, Dunia Games League (DGL) 2021. Kembalinya DGL pada tahun ini menandakan edisi ketiganya selepas dimulakan pada tahun 2019.

"Telkomsel Dunia Games League"
"Telkomsel Dunia Games League"

Pengarah Pemasaran Telkomsel, Rachel Goh, berkata, "Telkomsel, melalui Dunia Games, berusaha untuk mencipta lebih banyak peluang kepada peminat permainan dalam talian Indonesia bagi mengasah kemahiran dan daya saing mereka. Kembalinya DGL merupakan salatu salah manifestasi kesungguhan kami untuk membolehkan pemain berkongsi minat mereka, berhubung dan berkolaborasi demi ekosistem esukan yang lebih holistik di Indonesia."

"Kami berbangga dengan adanya PUBG Mobile dalam DGL selama dua tahun berturut-turut ini bersama Telkomsel sebagai operator syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia. Kami juga dengan sukacitanya mengumumkan bahawa 2 DGL 2021 terbaik akan dijemput ke Pusingan Akhir Kejohanan Kebangsaan Indonesia PUBG Mobile 2021 kami," kata Pengarah PUBG Mobile Asia Tenggara Oliver Ye.

Dalam edisi-edisi terdahulu, DGL berjaya menarik puluhan ribu pemain untuk mengambil bahagian dan dalam masa yang sama turut menggamit berjuta-juta peminat esukan untuk menyiarkan siri ini. Oleh yang demikian, DGL kembali bagi mendekati lebih ramai pemain dan peminat daripada setiap lapisan masyarakat di seluruh Indonesia.

DGL 2021 akan menghimpunkan peminat permainan PUBG Mobile dari seluruh Indonesia dan menyasarkan ribuan pasukan profesional dan amatur untuk mengambil bahagian dengan membuka pendaftaran secara dalam talian mulai 16 April hingga 31 Mei. Semua peserta akan bersaing dalam pusingan Kelayakan dan pusingan 'Play-In' antara 5 Jun - 11 Julai. Kemudian, pemain-pemain terbaik akan bersaing dalam Peringkat Akhir pada 17 - 18 Julai untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih daripada USD 40,000. Seluruh acara tersebut akan disiarkan secara langsung melalui saluran Dunia Games YouTube, aplikasi MAXstream dan dgl.duniagames.co.id.

"DGL 2021 dapat menjadi pintu gerbang yang membuka lebih banyak peluang untuk lebih ramai pemain Indonesia meneroka industri esukan. Selanjutnya, Indonesia akan memiliki lebih ramai bakat yang sangat kompetitif dalam bidang esukan," ujar Rachel.

Dunia Games ialah platform permainan nombor 1 dan portal media esukan di Indonesia yang mempunyai lebih daripada 12 juta pengunjung bulanan. Sila ke www.duniagames.co.id untuk maklumat lanjut.

 

Source: Telkomsel
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Licensing/marketing agreements Future Events