omniture

Hentakan dan topang automotif bertaraf dunia PRT tiba di Asia Tenggara

PRT
2021-04-20 08:05 136

SINGAPURA, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Pemilik dan pengeluar kenderaan di Asia Tenggara kini mempunyai pilihan berkualiti tinggi untuk topang dan penyerap hentakan automotif memandangkan ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited (SHA: 603089) akhirnya melancarkan jenama premiumnya PRT (Performance Ride Technology) di wilayah ini.

Sektor pembuatan kereta Asia Tenggara telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan negara-negara seperti Indonesia dan Thailand (dikenali sebagai 'Detroit Asia') menjadi hab pembuatan global.

Meskipun pandemik COVID-19 telah memperlahankan pertumbuhan ini buat sementara waktu, Asia Tenggara kekal menjadi pasaran yang dicari-cari untuk industri automotif dan pengeluar yang telahpun memulakan semula promosi dan inisiatif pemasaran yang inovatif.

"Menerusi pelancaran vaksin COVID-19 global, kami hanya menunggu masa sahaja sehinggalah kami semua pulih semula. Maka, sekaranglah waktu yang tepat untuk memperkenalkan PRT ke pasaran SEA bagi menyusuri gelombang pertumbuhan yang seterusnya dalam industri ini," kata Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

Pandemik ini juga telah membuka peluang baharu untuk PRT. "Kami telah merancang untuk menubuhkan unit penyimpanan di Thailand, namun begitu, ekoran sekatan akibat COVID-19, kini kami membuka pintu kami kepada rakan-rakan pengedaran tempatan yang lain di Asia Tenggara," kata Bello.

PRT ialah pengeluar yang terkemuka bagi alat ganti penyerap hentakan dan topang di dunia, menyokong lebih daripada 10,000 model kenderaan. Ia mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam membekalkan lebih 2,700 alat ganti berkualiti OEM yang lulus malah spesifikasi pembuat kereta yang paling ketat.

Namun begitu, PRT tidak bergantung pada produk premiumnya sahaja untuk pelancaran SEAnya. Jenama berkenaan telahpun bekerjasama dengan katalog kenderaan dan barang pengganti yang terkemuka di dunia.

"Kami akan meneruskan pengembangan dan pertumbuhan kami dalam industri alat ganti automotif global dan kami telah bekerjasama dengan TecDoc yang hanya akan menambah lebih nilai kepada strategi pelancaran produk global keseluruhan kami," tambah Bello.

Latar Belakang PRT

PRT (Performance Ride Technology) ialah jenama Amerika Utara bagi ADD Industry (Zhejiang) Corporation Limited, yang beroperasi di China dan juga Amerika Syarikat. Beroperasi selama lebih daripada 25 tahun di lebih 67 negara, PRT mengeluarkan komponen yang dapat digunakan dalam hampir kesemua jenis kenderaan, bermula daripada kereta hinggalah SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi piawaian kualiti yang paling ketat untuk pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.prtautoparts.com dan halaman media sosial PRT: 

  • facebook.com/prtautoparts
  • instagram.com/prtautoparts
  • twitter.com/prt_autoparts
  • pinterest.com/prtautoparts
Source: PRT
Related Stocks:
Shanghai:603089
Keywords: Auto Transportation New products/services