omniture

Mindray Serlahkan Potensi Pemantauan Pesakit Luas dengan platform M-Connect yang bersambung secara universal

Mindray
2021-04-20 16:56 238

SHENZHEN, China, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), peneraju dan penyedia global terkemuka bagi peralatan perubatan dan solusi bersepadu, melancarkan platform yang dihubungkan secara sejagat, M-Connect, yang membolehkan pemantauan pesakit dengan solusi IT bersepadu. Platform inovatif ini membantu penyedia perkhidmatan perubatan membina sistem rawatan kesihatan yang lengkap.

Mindray melancarkan platform terhubung secara sejagatnya, M-Connect, yang membantu penyedia perkhidmatan perubatan membina ekosistem rawatan kesihatan lengkap dan mencipta peluang komunikasi akademik untuk komuniti perubatan global.
Mindray melancarkan platform terhubung secara sejagatnya, M-Connect, yang membantu penyedia perkhidmatan perubatan membina ekosistem rawatan kesihatan lengkap dan mencipta peluang komunikasi akademik untuk komuniti perubatan global.

Dengan pelbagai solusi IT bersepadu, platform M-Connect dapat menghubungkan pesakit, penyedia kesihatan, peralatan perubatan dan sistem maklumat untuk capaian terbaik, penyelarasan aliran, meningkatkan keupayaan membuat keputusan klinikal dan privasi pesakit yang lebih baik. Penyelesaian ini membolehkan penyedia kesihatan memperuntukkan maklumat dengan cekap dan membolehkan pakar kesihatan mengakses data pesakit pada bila-bila masa dan di mana-mana.

"Dunia pintar semakin tiba. 5G, AI, IoT dan kemunculan teknologi baru yang lain dapat menjanjikan kemungkinan, peluang dan pengalaman baharu untuk semua orang, di mana-mana sahaja," kata Dr. Li Xinsheng, Naib Presiden, Mindray. "M-Connect membentuk masa depan, menginspirasikan era hubungan baharu dan menghubungkan pesakit dengan penyedia perkhidmatan perubatan mereka. Bersama, kita dapat memanfaatkan faedah faedah teknologi untuk industri rawatan kesihatan."

Bertekat untuk meningkatkan keupayaan membuat keputusan klinikal dan aliran kerja, M-Connect dilengkapi dengan alat pintar seperti 24-jam ECG summary dan analisis tekanan darah berterusan bagi membantu para pakar kesihatan bertindak dengan lebih yakin terhadap kes sukar dan untuk mendiagnosis serta merawat pesakit dengan lebih cekap.

Tambahan pula, M-Connect dapat meningkatkan lebih ketara kecekapan pengurusan peralatan perubatan dan melindungi para pelaburan hospital. Dengan menggunakan teknologi Mindray IoT (M-IoT), platform yang terhubung secara sejagat ini dapat membekalkan maklumat pada semua peralatan perubatan yang bersambung, menyediakan analisis statistik peralatan serta menyampaikan maklumat di dalam penggunaan peralatan di pelbagai jabatan secara grafik.

Di samping itu, dengan penyepaduan data yang lengkap daripada semua peralatan perubatan, M-Connect mempunyai keupayaan untuk analisa data besar, bagi membolehkan golongan pakar  kesihatan menganalisis data pesakit dengan komprehensif dan membolehkan strategi rawatan yang lebih baik dalam seluruh perjalanan pesakit.

Terus ke hadapan, Mindray akan terus bekerjasama dengan rakan industri untuk memanfaatkan teknologi M-Connect yang inovatif dan memajukan pembangunan seluruh industri kesihatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila kunjungi: 

https://www.mindray.com/en/solutions/M_Connect.html

Source: Mindray
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Data Analytics