omniture

Salah Satu Usaha Terbesar untuk Melindungi Lautan di Planet ini Sedang Dijalankan

Blue Nature Alliance
2021-04-20 22:03

Blue Nature Alliance bekerjasama untuk melindungi lautan seluas 18 juta kilometer persegi di seluruh dunia selama lima tahun 

ARLINGTON, Virginia, 20 April 2021  /PRNewswire/ -- Suatu inisiatif pemuliharaan lautan baharu sedang dijalankan untuk mempercepat perlindungan dan pemuliharaan lautan seluas 18 juta kilometer persegi (7 juta batu persegi) selama lima tahun yang akan datang—sebuah kawasan yang berkeluasan dua kali ganda saiz benua Amerika Syarikat dan lebih besar daripada benua Amerika Selatan.

Usaha ini yang dikenali sebagai Blue Nature Alliance merupakan suatu kerjasama yang diterajui oleh Conservation International, The Pew Charitable Trusts, Global Environment Facility, Minderoo Foundation dan Rob and Melani Walton Foundation. Pakatan ini bermatlamat untuk memperluas dan meningkatkan perlindungan lautan dengan fokus untuk bekerja bersama masyarakat Orang Asli dan warga tempatan, para saintis dan ahli akademik serta rakan kongsi lain.

Blue Nature Alliance bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi lain dalam usaha berskala besar di Lau Seascape, Fiji, Lautan Selatan Antartika dan Tristan da Cunha untuk melindungi lautan ini secara kolektif dengan keluasan lebih 4.8 juta kilometer persegi (3 juta batu persegi). Tidak lama lagi, Pakatan ini akan turut terlibat dalam usaha di Kanada, Palau, Seychelles dan Lautan Barat India. Ia menyasarkan untuk mengukuh dan meningkatkan perlindungan lautan seluas hampir 2 juta kilometer persegi (734,000 batu persegi). Suatu perancangan untuk 18 lagi penglibatan tambahan Blue Nature Alliance telah dikenal pasti di seluruh Amerika Utara dan Selatan, Eropah serta rantau Asia Pasifik. Blue Nature Alliance akan mengumumkan lokasi seterusnya pada musim panas 2021.

"Lautan yang Sihat menjadi penyebab kepada kewujudan kita. Ia menyediakan pemakanan dan pekerjaan kepada sebahagian besar manusia di seluruh dunia dan separuh daripada oksigen yang setiap daripada kita gunakan untuk bernafas. Namun lautan kurang dilindungi secara signifikan jika dibandingkan dengan tanah," kata 'Aulani Wilhelm, Naib Presiden Kanan Oceans for Conservation International. "Kita mesti bekerjasama secara global dengan kerajaan tempatan dan masyarakat Orang Asli untuk menjadikan pemuliharaan lautan sebagai suatu keutamaan. Sekarang adalah masanya untuk mengambil tindakan praktikal secara besar-besaran bagi memajukan usaha ini ke hadapan."

Lautan di dunia sedang mengalami tekanan, ia menghadapi ancaman daripada perubahan iklim, amalan penangkapan ikan yang membinasakan dan pencemaran. Sains menunjukkan bahawa melindungi dan memelihara kawasan yang besar di lautan adalah perlu untuk memelihara udara yang kita sedut, mengawal iklim dan mengekalkan tahap biodiversiti yang penting.

"Daripada pinggiran pantai hingga ke lautan lepas, kami perlu menangani pemuliharaan secara holistik dan bekerjasama. Usaha kolektif kami akan membantu menjamin lautan yang sihat yang lebih berketahanan terhadap perubahan iklim dan menghasilkan manfaat kepada alam semula jadi serta manusia," kata Tom Dillon, Naib Presiden Kanan Alam Sekitar The Pew Charitable Trusts. "Untuk meningkatkan biodiversiti, perikanan dan ekonomi, Blue Nature Alliance akan bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh dunia bagi menerapkan sains dan pelajaran yang diperoleh serta membangunkan amalan terbaik untuk memulihara lautan kita secara besar-besaran. Kami memerlukan cita-cita sebegini untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh lautan kita pada masa kini."

Usaha Blue Nature Alliance ini menyokong desakan untuk melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada lautan menjelang tahun 2030, suatu matlamat pemuliharaan global yang dijangka akan diguna pakai secara formal di Persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lewat tahun ini. Setakat ini, kurang daripada 10 peratus daripada lautan global telah dilindungi. Matlamat 30 peratus ini dipersetujui secara meluas sebagai ambang peratusan yang diperlukan untuk mengekalkan lautan yang berketahanan dan berfungsi yang menyokong kesihatan manusia dan alam semula jadi.

"Pemuliharaan sebanyak 30 peratus daripada daratan dan lautan di dunia dalam dekad yang akan datang memerlukan kita semua untuk berusaha bersama-sama dengan menjadikan sains sebagai panduan kita," kata Carlos Manuel Rodriguez, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengerusi Global Environment Facility. "Adalah menggembirakan untuk menyaksikan usaha kolaboratif sedang dijalankan di Lautan Atlantik Selatan, Pasifik Selatan dan Selatan Antartika serta usaha-usaha yang akan bermula di lebih banyak lokasi di sekitar Palau, Seychelles, Kanada dan Lautan Hindi Barat. Melalui Blue Nature Alliance ini, kami akan menyumbang secara signifikan kepada matlamat pemuliharaan lautan global sebanyak 30 peratus dan memastikan kami mempunyai momentum yang terus meningkat ketika kami berusaha untuk mencapai matlamat tahun 2030 kami."

Untuk mencapai matlamatnya yang tinggi ini, Blue Nature Alliance sedang mewujudkan rangkaian rakan kongsi global yang dikhususkan untuk membangunkan pelajaran yang diperoleh daripada kawasan yang dilindungi oleh marin yang berfungsi baik dan menginovasikan pendekatan baharu untuk memulihara kawasan lautan yang luas yang kebanyakannya menggabungkan pengetahuan dan keperluan tradisional komuniti dan kerajaan tempatan ke dalam rancangan pengurusan jangka panjang mereka dengan terperinci– suatu amalan yang membantu memastikan ketahanan dalam pembiayaan serta pelaksanaan.

"Penglibatan dengan komuniti tempatan adalah penting untuk kejayaan jangka panjang dalam usaha memulihara lautan," kata Dr. Tony Worby, Ketua Pegawai Eksekutif Flourishing Oceans, Minderoo Foundation, Australia. "Komuniti tempatan bergantung kepada lautan secara langsung untuk mata pencarian, aktiviti kebudayaan dan rekreasi, oleh itu adalah penting untuk mereka turut serta dalam membuat keputusan yang menyokong kelestarian jangka panjang. Ukuran kejayaan bagi Blue Nature Alliance ialah melalui pembangunan sokongan komuniti terhadap langkah-langkah pemuliharaan lautan yang berkekalan."

"Melani dan saya amat mengambil berat tentang masa depan planet kita dan komuniti yang bergantung kepada alam semula jadi untuk kesihatan, mata pencarian dan kebudayaan mereka," kata Rob Walton, Pengasas Bersama Rob and Melani Walton Foundation. "Itulah sebabnya kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada Blue Nature Alliance - yang menyatukan para dermawan, perniagaan, kerajaan dan NGO untuk meningkatkan dan memperbaiki pemuliharaan lautan secara ketara. Sekarang merupakan masa yang kritikal. Lautan mengalami tekanan yang besar dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu melindunginya."

Selain daripada lima rakan kongsi pengasasnya, rangkaian Blue Nature Alliance yang semakin berkembang ini merangkumi pakar pemuliharaan, saintis dan ahli strategi kewangan yang terkenal di dunia termasuk Big Ocean, Global Island Partnership, Gordon and Betty Moore Foundation, Murphy Family Foundation, Nekton, Oceana, Ocean Unite, Tiffany & Co. Foundation dan SkyLight Surveillance and Enforcement Technology.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490953/Blue_Nature_Alliance_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

 

 

Source: Blue Nature Alliance
Keywords: Environmental Products & Services Conservation/Recycling Environmental Issues Licensing/marketing agreements Not for profit Public Interest