omniture

Sorotan Utama daripada Auto Shanghai - GWM Majukan Pengembangan Global Secara Berterusan bersama Lima Jenama

HAVAL
2021-04-20 22:45 193

SHANGHAI, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada 19 April, Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-19 (Auto Shanghai 2021) diperkenalkan secara rasmi. Dalam acara ini, GWM melancarkan secara rasmi jenama baharu - TANK, iaitu jenama kelima selain daripada HAVAL, WEY, ORA dan GWM PICKUP. Seterusnya, GWM akan mengukuhkan strategi globalnya dan memajukan pengembangan global lima jenama utamanya ini secara berterusan.

GWM Majukan Pengembangan Global Secara Berterusan dengan Lima Jenama
GWM Majukan Pengembangan Global Secara Berterusan dengan Lima Jenama

HAVAL dan Pickup benar-benar terlibat dalam sebilangan pasaran di seluruh dunia selama bertahun-tahun dan semakin mendapat populariti. POER Pickups dilancarkan dalam beberapa pasaran di seluruh dunia pada tahun lalu. Di Timur Tengah, yang mana budaya lori pikap adalah popular, GMW benar-benar diiktiraf sebagai jenama yang terkenal. Selama lebih daripada 20 tahun berturut-turut, Pickup menduduki tempat pertama antara pengeksport auto China. HAVAL H6 generasi ketiga dan JOLION akan turut dipamerkan di pameran auto ini, yang melaluinya ia akan berkembang secara beransur-ansur ke peringkat global. Lori pikap bersaiz penuh dan pelbagai kereta konsep HAVAL yang bergaya dan bersifat baharu dan progresif (avant-garde) di pameran tersebut telah menggamit banyak perhatian daripada rakan media.

Jenama baharu dan juga model baharu menonjolkan rangka tindakan strategik yang baharu oleh GMW. GWM mematuhi prinsip "berorientasikan pengguna" dan mempercepatkan transformasinya menjadi sebuah "syarikat teknologi mobiliti global". Syarikat ini telah melancarkan tiga platform teknologi: L.E.M.O.N., TANK dan COFIS. GWM mengikuti konsep penyelidikan dan pembangunan (R&D) "pelaburan berlebihan" dan bertegas mengenai keberkesanan. Sistem R&D globalnya telah berkembang ke seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia, lalu membentuk corak R&D "10 tapak di 7 negara". Selanjutnya ia akan terus melabur untuk R&D demi mengekalkan kedudukan mantapnya dalam teknologi termaju.

Menerusi kemajuan strategi global, GWM melancarkan beberapa model di seluruh dunia dan turut membentuk sistem pengeluaran global "12+5" termasuk 12 tapak pengeluaran auto proses penuh yang utama dan 5 kilang KD. Sehingga kini, GWM memiliki kilang-kilang di Thailand, Rusia, India dan sebagainya. Ia juga mewujudkan jaringan jualan melibatkan lebih daripada 500 wakil penjual di lebih daripada 60 negara di serata dunia yang meliputi kawasan perniagaan teras di bandar-bandar utama di Rusia, Australia, Afrika Selatan, Amerika Tengah dan Selatan serta Timur Tengah. GWM telahpun menjual lebih daripada 700,000 buah kereta dalam pasaran luar negara.

Platform teknologi baharu, kategori produk baharu dan tatanama produk baharu membantu GWM berkembang maju dalam segenap aspek. Pada tahun 2020, GWM menjual sebanyak 1.11 juta buah kereta secara global dan bahagian pasaran luar negara meningkat kepada 8%. Pada masa akan datang, lima jenama di bawah GWM akan mengumpul kekuatan mereka dan saling melengkapi antara satu sama lain bagi menawarkan model yang lebih bergaya dan berkualiti tinggi kepada pengguna global.

 

 

 

Source: HAVAL
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services Trade show news