omniture

CGTN: Universiti-universiti mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam dorongan pemodenan China

CGTN
2021-04-20 22:49 212

BEIJING, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Universiti-universiti Cina yang terkemuka akan memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dan selanjutnya ketika ekonomi kedua terbesar di dunia ini berikrar untuk menjadi penjana inovasi.

Tsinghua University, salah sebuah universiti yang paling berprestij di China, tidak syak lagi merupakan pengusaha yang penting dalam perjalanan ini.

Dalam satu lawatan pemeriksaan ke universiti ini pada Isnin lalu, Presiden Cina Xi Jinping menyeru pembinaan universiti-universiti bertaraf dunia yang memiliki ciri-ciri Cina bagi melaksanakan rejuvenasi negara.

Lawatan ini diadakan beberapa hari menjelangnya ulang tahun ke-110 universiti tersebut. Xi, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), mengucapkan tahniah kepada pihak fakulti, mahasiswa dan alumni universiti berkenaan bagi pihak Jawatankuasa Pusat CPC.

China memerlukan ilmu pengetahuan saintifik 'lebih daripada sebelumnya'

Xi melawat Academy of Arts and Design, sebuah makmal pengimejan dan kecerdasan, sebuah pameran berhubung pencapaian pendidikan dan penyelidikan saintifik yang penting oleh universiti dan sebuah gimnasium.

Beliau turut mempelajari mengenai reformasi Tsinghua, pembangunan sumber manusia, inovasi dalam pendidikan dan penyelidikan saintifik serta peranan universiti dalam berkhidmat kepada pembangunan negara, sebelum bertemu wakil-wakil fakulti dan mahasiswa di sebuah simposium dan menyampaikan ucapan dasar.

Tahun ini melambangkan ulang tahun ke-100 penubuhan CPC, ujar Xi, menambah bahawa tahun 2021 juga merupakan permulaan perjalanan baharu oleh China menuju pemodenan sosialis. "Pembangunan China dan parti pemerintahnya memerlukan pendidikan lebih tinggi, pengetahuan saintifik dan bakat yang cemerlang lebih daripada sebelum ini," tegas beliau.

Beliau menggalakkan belia Cina untuk menggalas tanggungjawab bersejarah mereka dan berusaha mencapai rejuvenasi negara.

Menurut Rangka Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Objektif-objektif Jangka Panjang Sepanjang Tahun 2035, China akan meneruskan pembangunan dipacu inovasi dan berusaha untuk meraih kejayaan cemerlang yang penting dalam teknologi utama dan teras.

"Inovasi merupakan tumpuan dalam dorongan pemodenan China," menurut rangka tindakan ini yang menyeru peningkatan keandalan mandiri dalam bidang sains dan teknologi.

Ia juga berikrar untuk menyokong pembangunan universiti-universiti penyelidikan yang berkualiti tinggi dan memupuk lebih ramai bakat yang sangat bagus dalam bidang sains dan teknologi.

Xi menggesa Tsinghua University untuk menaik taraf sistem disiplin dan pengkhususan serta memupuk bakat dalam meraih pencapaian baharu serta bidang utama dalam sains dan teknologi. Beliau menyeru usaha untuk menerobos hambatan dalam teknologi penting dan teras.

Xi dan Tsinghua University 

Tsinghua University ditubuhkan pada tahun 1911 di Beijing dalam bulan-bulan terakhir Dinasti Qing (1644-1912). 

Selepas menubuhkan Republik Rakyat China pada tahun 1949, universiti ini dibentuk menjadi sebuah institut politeknik yang menumpu pada bidang kejuruteraan. Sejak pelancaran reformasi dan dasar buka pintu China pada tahun 1978, ia beransur-ansur membangun menjadi sebuah universiti penyelidikan komprehensif yang mempunyai 21 pusat pengajian dan 59 jabatan.

Xi mempelajari sintesis organik asas di Jabatan Kejuruteraan Kimia universiti ini dari tahun 1975-1979 semasa berusia 20-an.

Sewaktu Xi menyandang jawatan pegawai kanan di Wilayah Fujian, tenggara China, beliau menyertai program siswazah dalam-perkhidmatan berhubung teori Marxis dan pendidikan ideologi serta politik di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial universiti ini dari tahun 1998-2002 dan dianugerahkan ijazah Doktor Undang-undang.

Lawatan pada hari Isnin merupakan kunjungan kedua oleh Xi ke Tsinghua University hanya dalam tempoh lebih setahun. Pada 2 Mac 2020, Xi melawat Pusat Pengajian Perubatan di universiti ini dan mempelajari mengenai kemajuan penyelidikan saintifik ke atas COVID-19.

https://news.cgtn.com/news/2021-04-19/Chinese-President-Xi-Jinping-inspects-Tsinghua-University-ZAlAUAd2zC/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Publishing/Information Service