SHANGHAI, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Boao Forum for Asia (BFA) 2021 telahpun bermula di Boao, Hainan, China. Sebagai rakan kongsi alat tulis yang dilantik bagi acara tersebut, syarikat alat tulis terkemuka China Shanghai M&G Stationery Inc. (M&G) telah menyediakan produk alat tulis pejabat yang berkualiti tinggi kepada BFA selama lebih sedekad. CHEN Huxiong, Ketua Pegawai Eksekutif M&G, sekali lagi diundang ke BFA.
Dengan pengalaman selama 32 tahun dan kepakaran terkumpul dalam produk alat tulis, M&G yang berpangkalan di China, salah satu pengeluar alat tulis yang terbesar di dunia, mewujudkan jaringan melibatkan lebih 80,000 terminal jualan. Ia mengekalkan pertumbuhan pendapatan dua angka yang stabil pada dekad yang lalu. Pada tahun 2020, pendapatannya mencecah 13.1 bilion RMB (2.01 bilion USD), meningkat sebanyak 17.92%.
M&G melabur sebanyak lebih 100 juta RMB setiap tahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk produk. Produk baharunya hanya memerlukan tempoh selama tujuh hari bermula daripada barisan pengeluaran hinggalah ke kedai runcit di China. Ia telah mencapai hampir 800 paten setakat ini dan meraih empat anugerah reka bentuk industri antarabangsa yang terkemuka termasuk iF Design Award, Red Dot Design Award, Good Design Award dan IDEA Design Award atas keupayaan terbuktinya dalam reka bentuk produk.
Baik M&G mahupun BFA telah menyaksikan kejayaan satu sama lain bermula sejak sedekad yang lalu, M&G telah mencapai kejayaan cemerlang yang berterusan dalam saluran, produk dan jenama, dengan tujuan untuk membina perniagaan alat tulis yang bertaraf dunia, menyediakan produk yang berkualiti yang dicipta di China kepada pengguna. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, M&G menyediakan bekalan pejabat berkualiti tingginya untuk pelbagai acara bertaraf tinggi termasuk APEC, BFA dan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Global.
M&G terus meningkatkan keupayaan inovasinya dengan misi untuk "Membawa Kegembiraan dan Kecekapan kepada Pembelajaran dan Kerja." Sementara itu, ia menggiatkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi luar negara dalam reka bentuk produk, pelesenan, perdagangan dan pelaburan secara global dengan tujuan untuk menjadi jenama alat tulis yang bertaraf dunia.
Produk-produk M&G dieksport ke lebih daripada 50 negara dan wilayah. Pada tahun 2019, syarikat ini menjadi pemegang saham mengawal Axus Stationery (Shanghai), salah satu pengeluar pensel kayu yang terkemuka di China. M&G mengumumkan secara rasmi perkongsian strategiknya bersama CARIOCA SpA, jenama lukisan kanak-kanak yang terkenal di Eropah melalui Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2. Di samping itu, dana sektor M&G Stationery mengumumkan pemerolehan studio Israeli Peleg Design di CIIE 2020.
Latar Belakang M&G : www.mgstationery.com