omniture

Quectel umum kerjasama dan perjanjian Marelli bekalkan OEM automotif Eropah

Quectel
2021-04-21 03:10 1378

SHANGHAI, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi IoT dan modul komunikasi automotif, telah bekerjasama dengan Marelli, salah satu pembekal bebas global yang terkemuka di dunia untuk sektor automotif, dalam pelbagai jenis projek sejak lima tahun yang lalu. Quectel telah menyokong pemindahan Marelli daripada peranti akses rangkaian (NAD) sedia adanya dan ini disusuli oleh perniagaan penting yang dianugerahkan kepada Marelli oleh dua pengeluar peralatan asli (OEM) automotif Eropah yang menggunakan AG35 LTE-NAD Quectel. Yang pertama daripada pengeluar-pengeluar ini akan mencapai permulaan pengeluaran (SOP) tahun ini.

Di samping itu, Marelli dan Quectel telah mewujudkan asas bersama untuk memajukan kerja-kerja pada platform 5G dan kenderaan-ke-selular (C-V2X). Kedua-dua syarikat ini juga mendayakan ketersambungan LTE yang berkembang menggunakan platform AG520R dan AG55xQ Quectel. Hubungan berkenaan, iaitu hubungan pertama Quectel bersama pelanggan industri automotif di luar China, membolehkan kedua-dua syarikat bersiap sedia sepenuhnya bagi permintaan sebut harga (RFQ).

"Saya berasa gembira dapat mengumumkan kolaborasi selama lima tahun kami bersama Marelli dan juga penganugerahan dua kontrak daripada OEM Eropah kepada Marelli termasuk AG35 LTE-NAD kami," kata Dominikus Hierl, Naib Presiden Kanan Jualan di Quectel Wireless Solutions. "Kami berbangga dapat melihat pengeluaran yang dijadualkan bermula lewat tahun ini dan kerana mencapai hubungan yang luas dan lama bersama Marelli di Eropah."

"Kami telah membina kolaborasi yang sangat baik bersama Quectel memandangkan penyelesaian ketersambungan mereka merupakan elemen penting untuk Marelli Telematic Boxes bagi mendayakan fungsi, perkhidmatan dan aplikasi yang canggih untuk pembuat kereta," ujar Wisea Wu, Ketua Marelli Electronics BU di China. "Quectel menyokong Marelli dalam pendekatan berbilang peringkatnya, bermula daripada teknologi 4G dan 5G kepada penyelesaian SW & HW keselamatan siber, sehingga protokol komunikasi V2X masa depan yang bertujuan untuk memperkasakan sistem komunikasi dalam kereta dan memaksimumkan pengalaman dan keselamatan pengguna di dalamnya."

Teks Penuh: https://www.quectel.com/news-and-pr/quectel-announces-marelli-collaboration-and-deals-to-supply-european-automotive-oems

Latar Belakang Quectel

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul dan antena selular dan GNSS unggul yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 3000 ahli profesional, yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan agar kami menjadi yang pertama untuk memasarkan dan terus mengatur langkah pembangunan. Tersenarai di Bursa Saham Shanghai (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia.

Untuk maklumat lanjut: www.quectel.comLinkedInFacebook dan Twitter.

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Related Links:
Keywords: Auto Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Licensing/marketing agreements