omniture

RS Components Lancar Hadiah Percuma bagi Alat Fluke Canggih

Rangkaian luas RS melibatkan produk Fluke yang disediakan stoknya untuk kawasan setempat membantu industri-industri di Asia Tenggara beroperasi dengan cekap di tengah-tengah gangguan
RS Components
2021-04-21 09:00 1221

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- RS Components, rakan penyelesaian omnisaluran bertaraf global untuk pelanggan dan pembekal industri, mengumumkan pemberian hadiah percuma di Malaysia bersama Fluke, peneraju yang dipercayai dalam pengujian dan pengukuran untuk pemasangan dan penyelenggaraan perkhidmatan industri dan elektronik, elektrik dan suhu, kualiti udara dalaman dan proses penentukuran.

Bermula pada bulan April hingga 28 Mei 2021, pelanggan akan menerima petunjuk ujian percuma bagi pembelian multimeter digital atau meter pengapit Fluke terpilih.

RS menawarkan rangkaian luas barisan produk Fluke yang digunakan secara popular dalam industri pembuatan, pengangkutan, utiliti, pendidikan, kediaman dan komersial.

Produk laris terjual Fluke yang boleh didapati di laman sesawang RS termasuk Multimeter Pengelogan Data RMS-Sebenar 289 Fluke dan Kit Kombo Bentuk FlukeView® 289 Fluke, kedua-duanya menunjukkan memori yang ditambah bagi pemantauan isyarat tanpa pengawasan dari masa ke masa. Kedua-dua produk ini didatangkan lengkap dengan TrendCapture yang membolehkan pengguna memaparkan sesi data log secara grafik dengan pantas bagi mengesan kejanggalan. FlukeView® membolehkan pengguna menyimpan sehingga 15,000 peristiwa direkodkan yang kemudiannya boleh dianalisis dan ditukarkan kepada dokumen profesional oleh mereka.

Rangkaian produk Fluke seperti multimeter dan aksesori selain termometer inframerah disediakan stoknya di kawasan setempat bagi penghantaran pantas dalam Asia Tenggara.

"Pemberian hadiah percuma dan rangkaian luas produk Fluke yang disediakan dalam stok tempatan ini membolehkan kami menyediakan penghantaran yang tepat pada masanya dan andal di rantau Asia Tenggara dan menyokong lebih ramai jurutera, juruelektrik, juruteknik dan kontraktor yang berusaha memastikan perniagaan berjalan lancar. Teknologi terkini Fluke membolehkan lebih ramai pelanggan beroperasi dengan mampan dan cekap, lantas meminimumkan penggunaan tenaga mereka," kata Sean Fredericks, Presiden, Asia Pasifik di RS Components.

Fluke Corporation ialah peneraju dunia bagi alat ujian elektronik yang kompak dan profesional. Pelanggan Fluke terdiri daripada juruteknik, jurutera, juruelektrik dan ahli metrologi yang memasang, menyelesaikan masalah dan mengurus peralatan elektrik dan elektronik industri serta proses penentukuran bagi tujuan kawalan kualiti.

Selain daripada barisan produk Fluke, RS Components menawarkan akses andal kepada lebih 500,000 produk dalam rangkaian Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) serta elektronik, kesemuanya pada kadar ketersediaan stok 97%.

Butiran lanjut mengenai RS dan hadiah percuma Fluke boleh ditemui di RS Components.

Latar Belakang RS Components

RS Components ialah jenama perdagangan Electrocomponents plc, rakan penyelesaian omnisaluran bertaraf global untuk pelanggan dan pembekal industri yang terlibat dalam mereka bentuk, membina atau menyelenggara peralatan dan kemudahan perindustrian. Kami menyasarkan untuk menawarkan pelanggan kami dengan pilihan teknologi produk yang tiada tandingan, menyelesaikan masalah dengan penyelesaian inovatif dan membawa pengalaman pelanggan bertaraf dunia, lalu menjadikannya mudah untuk berurus niaga dengan kami.

Kami mempunyai stok sebanyak lebih daripada 500,000 produk industri dan elektronik, diperoleh daripada lebih 2,500 pembekal utama. Kami menyelesaikan masalah dan menyediakan pelbagai jenis penyelesaian bernilai tambah kepada lebih satu juta pelanggan. Dengan operasi di 32 negara, kami berdagang melalui pelbagai saluran dan menghantar lebih 50,000 bungkusan sehari.

Electrocomponents plc disenaraikan di Bursa Saham London dan melaporkan hasil sebanyak GBP1.95 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2020. Electrocomponents plc mempunyai sembilan jenama operasi: RS Components, Allied Electronics & Automation, RS PRO, OKdo, DesignSpark, IESA, Synovos, Needlers dan Liscombe.

Untuk maklumat lanjut mengenai RS, sila kunjungi laman sesawang di https://my.rs-online.com/

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
Twitter: @RSComponents; @designsparkRS
Linkedin: www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components
https://uk.rs-online.com/web/ 

DesignSpark
www.rs-online.com/designspark 

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Licensing/marketing agreements New products/services