omniture

Mewujudkan Keadaan Saling Menguntungkan: Techking Manfaatkan Tiga Penggalak untuk Bekerjasama dengan Pengeluar Apabila Berkembang ke Luar Negara

Techking Tires Limited
2021-04-21 13:54 214

BEIJING, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mac, Techking menganjurkan Persidangan Pemasaran Setempat dan Pertukaran Perkhidmatan Luar Negara di Beijing. Di bawah tema "Menuju Luar Negara: Kerjasama & Saling Menguntungkan", acara ini memfokuskan mengenai bagaimana syarikat-syarikat dalam rantaian industri jentera kejuruteraan bekerjasama apabila berkembang ke luar negara. Lebih daripada 30 syarikat menghadiri persidangan tersebut, termasuk Rio Tinto, Lafarge, China Molybdenum Co., Ltd. dan China Railway Group Limited, serta pengeluar jentera kejuruteraan seperti XCMG Group dan Shaanxi Tonly Heavy Industries Co., Ltd. Setiausaha Agung China Construction Machinery Association (CCMA) Wu Peiguo dan Pengarah Rubber Institute, The Chemical Industry and Engineering Society of China (CIESC) Ma Liangqing turut dijemput.

En Wu dan En. Ma berkongsi pandangan dari perspektif pembangunan industri dan bersetuju bahawa pemulihan ekonomi global dan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan telah membawa peluang yang bersejarah kepada syarikat-syarikat dalam rantaian huluan dan hiliran industri jentera kejuruteraan Cina, lalu membolehkan mereka untuk bekerjasama dalam meneroka pasaran global. Walau bagaimanapun, perhatian harus diberikan terhadap isu-isu penghantaran produk dan respons perkhidmatan dalam pasaran luar negara, ekoran batasan geografi dan faktor-faktor lain.

Presiden Techking Tech Wang berkongsi bahawa syarikat berkenaan menggunakan tiga penggalak, produk, ekosistem saluran dan perkhidmatan profesional serta bekerjasama dengan pengeluar dalam pengembangan global.

Techking meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) tayar buatan khas dengan bekerjasama erat bersama pengguna dan pengeluar serta memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza; berkenaan dengan saluran produk, Techking memanfaatkan subsidiari luar negaranya dan pejabat perwakilan untuk membina ekosistem perikatan industri bersama pelanggan melalui salurah bersama, platform awam dan promosi bersama; berkenaan dengan sistem perkhidmatan profesional pula, Techking menuntut agar subsidiari, pejabat perwakilan dan ejen di negara-negara utama menyelesaikan isu-isu perkhidmatan dalam tempoh 24 jam dan mula menggunakan Pusat Perkhidmatan Techking (TSC).

Techking menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat bermula daripada industri perlombongan dan pembinaan di lebih daripada 160 negara dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada hampir 40 pengeluar termasuk SANY, Liebherr, Terex Group, XCMG, Zoomlion dan Sandvik Group. Akaun utamanya meliputi syarikat-syarikat gergasi yang terkemuka di dunia dalam industri perlombongan dan pembinaan seperti Rio Tinto, Glencore, BHP dan Zijin Mining.

Presiden Wang berkata bahawa Techking akan terus mengukuhkan tiga penggalaknya lantaran kelebihan daya saingnya dan menggalakkan perkongsian industri bersama-sama syarikat-syarikat huluan dan hiliran dalam rantaian berkenaan; dengan kolaborasi yang mantap serta nilai bersama, visi agar keadaan saling menguntungkan berkembang ke luar negara dapat dicapai.

 

Source: Techking Tires Limited
Related Links:
Keywords: Construction/Building Mining Mining/Metals