omniture

Huawei Enterprise BG Umum Transformasi Sistem Rakan Kongsi Bina Ekosistem Digital Baharu

Huawei
2021-04-21 20:59 1526

SHENZHEN, China, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Enterprise Business Group (BG) mengeluarkan rancangan strategiknya untuk perniagaan rakan kongsi pada tahun 2021. Menurut rancangan ini, Huawei akan terus membangunkan, memupuk, mendorong dan menyokong rakan kongsi melalui pelaburan dan insentif yang lebih baik demi membina ekosistem yang bersifat terbuka, kolaboratif dan saling memberi manfaat.

Pada tahun 2020, hasil jualan Huawei Enterprise Business mencecah CNY100.3 bilion, satu peningkatan sebanyak 23.0% berbanding tahun sebelumnya yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan berharga rakan kongsi kami. Menjelang penghujung tahun 2020, Huawei mempunyai lebih 30,000 rakan kongsi. Antaranya, terdapat lebih 22,000 rakan kongsi jualan, 1,600 rakan kongsi penyelesaian, 5,400 rakan kongsi perkhidmatan dan operasi, 1,600 perikatan bakat selain 100 rakan kongsi pelaburan dan pembiayaan. Tambahan pula, lebih 19,000 rakan kongsi telah menyertai program rakan kongsi HUAWEI CLOUD. HUAWEI CLOUD mempunyai lebih 4,000 aplikasi dalam-perkhidmatan di Pasaran dan telah menarik 1.6 juta pembangun yang seterusnya membentuk ekosistem yang berkembang maju.

Ma Yue, Naib Presiden Eksekutif Enterprise BG, berkata perusahaan perlu saling bekerjasama bagi mendepani era transformasi digital yang mana Huawei akan menjadi rakan kongsi utama. Huawei akan memberi tumpuan pada keutamaan berikut bagi membina ekosistem baharu pada masa depan digital:

1.Terus memberi tumpuan untuk memupuk, mendorong dan menyokong rakan kongsi teras, meningkatkan keupayaan rakan kongsi dan membina komuniti bersama. Pada tahun 2020, 81% daripada hasil jualan Enterprise BG diperoleh daripada rakan kongsi. Pada tahun 2021, Huawei akan terus meningkatkan nisbah ini dan berusaha meningkatkan kerjasama bersama rakan kongsi terasnya.

2.Mentransformasikan sistem rakan kongsi tradisional menjadi sistem yang meliputi seluruh kitaran hayat bermula daripada perundingan hingga perancangan, reka bentuk, penjualan, penyerahan, penyelenggaraan dan operasi demi transformasi digital perusahaan. Pada tahun 2021, Huawei akan membina himpunan rakan kongsi bagi tujuan integrasi, operasi, pelaburan, perancangan dan perundingan. Tambahan pula, ia juga akan menubuhkan pasukan pembangunan dan sokongan khusus untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membantu pelanggan merealisasikan pendigitalan.

3.Mengukuhkan pembangunan perikatan bakat global dan memupuk bakat ICT untuk industri-industri bagi membantu meningkatkan persekitaran perniagaan. Huawei menyasarkan untuk menubuhkan 2,000 Akademi ICT Huawei dan memperakui 160,000 ahli profesional lagi (560,000 orang diperakui ketika itu) di seluruh dunia menjelang tahun 2021.

Huawei mematuhi strategi "Plaform + Ekosistem" dan berusaha untuk membina ekosistem yang sihat demi memenuhi keperluan pelanggan dan akan terus adil dan telus dalam perkongsiannya tatkala ia berusaha untuk mencipta nilai baharu bersama-sama dan memberi manfaat buat semua.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://e.huawei.com/en/news/ebg/2021/build-new-digital-ecosystem

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment