omniture

FIS Buka Peluang Pertumbuhan Baru untuk Jenama Global Melalui Peluasan Pemerolehan Domestik Worldpay ke Afrika Selatan, Nigeria dan Malaysia

FIS
2021-04-22 14:25 1632

Fakta utama

  • FIS terus menerajui eDagang global dengan keupayaan pemerolehan domestiknya di rantau pertumbuhan tinggi Asia Tenggara dan Afrika.
  • Melalui portfolio produknya, Worldpay, FIS akan menawarkan pilihan pembayaran yang baru kepada peniaga dan penyedia eDagang di seluruh rantau-rantau ini.
  • Peluasan merupakan sebahagian daripada rancangan syarikat tersebut untuk meningkatkan usaha pemerolehan peniaga di pasaran tambahan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju teknologi kewangan FIS® (NYSE: FIS) dalam terus membina jejaknya sebagai pemeroleh global terkemuka, hari ini mengumumkan peluasan pemprosesan pembayarannya ke Malaysia, Afrika Selatan dan Nigeria yang sedang pesat berkembang.

FIS telah memperoleh lesen pemerolehan domestik di Malaysia untuk menawarkan platform pemprosesan pembayarannya, Worldpay. Di Afrika Selatan dan Nigeria, FIS menawarkan perkhidmatan pemprosesan pembayaran domestik melalui perjanjian yang telah diumumkan olehnya sebelum ini dengan syarikat teknologi pembayaran, Flutterwave, yang juga merupakan graduan program FIS Accelerator 2016.

FIS melalui portfolio produknya, Worldpay, memproses berbilion urus niaga merangkumi 146 negara serta lebih daripada 300 jenis pembayaran dalam 126 matawang asing setiap tahun. Seiring dengan strategi pertumbuhannya, FIS berusaha untuk terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran tambahan. Ini membolehkan FIS untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran bertaraf dunianya kepada syarikat tempatan dengan cita-cita global, serta perusahaan yang sedang pesat membangun dan ingin berkembang di wilayah-wilayah ini.

"Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan penerapan teknologi digital dan menggalakkan pertumbuhan eDagang di seluruh dunia," kata Jim Johnson, Ketua Penyelesaian Peniaga di FIS. "Pasaran baru muncul di seluruh Asia Tenggara dan Afrika memberikan peluang-peluang baru untuk perniagaan global. Dari pasaran baru ini juga terhasil pelbagai jenama generasi terkini yang sedang pesat membangun serta bercita-cita untuk terus mengembangkan jejak mereka. Matlamat kami di FIS adalah untuk menjadi rakan kongsi sejati kepada perusahaan-perusahaan ini serta memacu mereka ke arah kejayaan di mana saja mereka inginkan di dunia ini."

Laporan Pembayaran Global 2021 yang diterbitkan baru-baru ini oleh Worldpay daripada FIS menjangkakan bahawa pasaran eDagang Malaysia akan meningkat sebanyak 71 peratus menjelang 2024, dipacu oleh pembelian mudah alih. Dalam tempoh yang sama di Nigeria, perdagangan dalam talian melalui peranti mudah alih dijangka akan melebihi dua kali ganda. Di Afrika Selatan, industri eDagang dijangka akan bernilai $9 bilion menjelang 2024 dengan peranti mudah alih menyumbang sepertiga daripada jumlah tersebut.

Rakan niaga yang berniaga di negara-negara tersebut boleh menikmati ciri-ciri canggih Worldpay yang merangkumi kelulusan, penjelasan dan penyelesaian, pengurusan pertikaian dan pandangan dalam data. Selain itu, para peniaga juga boleh menikmati pengalaman pembayaran yang lancar melalui titik penyepaduan tunggal yang membantu meningkatkan penerimaan, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan mengurangkan penipuan.

FIS melengkapkan keupayaan pemprosesan pemerolehan dan pembayarannya di negara-negara ini dengan rangkaian perunding pembayaran serantau yang sedang berkembang dan memberikan peniaga kepakaran dalam negara, membantu mereka menyesuaikan penawaran pembayaran mereka kepada khalayak tempatan. Di samping Afrika dan Malaysia, FIS baru-baru ini telah menambah perunding baharu di Jerman, Iberia, Nordik, dan lokasi-lokasi Eropah yang lain.

"Kami faham bahawa pembayaran adalah peribadi, dan peniaga memerlukan pemahaman tempatan tentang tingkah laku pengguna untuk memastikan kejayaan," kata Johnson. "Sebab itulah kami terus melabur dalam memperdalamkan keupayaan global kami untuk menyokong perkembangan peniaga-peniaga kami dan menggalakkan perdagangan yang lebih pintar di seluruh dunia."

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari https://www.fisglobal.com/expansion

Latar Belakang FIS

FIS ialah penyedia penyelesaian teknologi terkemuka untuk peniaga, bank dan firma pasaran modal di seluruh dunia. Pekerja kami berdedikasi untuk memajukan cara dunia membayar, membuat perbankan dan melabur dengan menerapkan pandangan yang didorong oleh data yang berskala dan berkepakaran tinggi. Kami membantu pelanggan kami menggunakan teknologi dalam cara yang inovatif untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang kritikal dan menyampaikan pengalaman unggul kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Jacksonville, Florida, FIS ialah syarikat Fortune 500® dan merupakan anggota 500® Index Standard & Poor. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.fisglobal.com. Ikuti FIS di FacebookLinkedIn dan Twitter (@FISGlobal).

Untuk Maklumat Lanjut

Kim Snider, 904.438.6278
Naib Presiden Kanan
Pemasaran dan Komunikasi Global FIS
kim.snider@fisglobal.com

Bianca Huebner, +65 9154 9825
Pengurus Akaun
Zeno Singapore
Bianca.Huebner@zenogroup.com

Source: FIS
Related Stocks:
NYSE:FIS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion Financial Technology