omniture

Honeywell Lancar Penawaran Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan Sistem Pengurusan Gudang Sokong E-Dagang di Asia Tenggara

Honeywell
2021-04-22 15:08 318

Penyelesaian perisian boleh diskala, disesuaikan dan tersedia pasang-dan-pakai sepenuhnya dengan pasaran dan kurier utama 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 April 2021 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE: HON) hari ini mengumumkan pelancaran penawaran perisian-sebagai-satu-perkhidmatan baharu Sistem Pengurusan Gudang (WMS) untuk gudang, pusat pengedaran dan pusat pemenuhan e-dagang di Asia Tenggara.

Honeywell SaaS WMS solution
Honeywell SaaS WMS solution

Sistem WMS berasaskan awan yang boleh diskala ini direka bentuk agar dapat berfungsi pasang-dan-pakai dengan pasaran yang diintegrasikan dengan sistem sedia ada dan terhubung dengan platform e-dagang dan perkhidmatan kurier utama di rantau ini.

Penawaran SaaS baharu ini sesuai untuk pelanggan yang ingin memulakan penyelesaian pengurusan gudang yang dapat berintegrasi dengan pasaran dan kurier utama, mengendalikan SKU dan pesanan, mempunyai kecekapan mengambil dan menyusun serta ketepatan pesanan.

"Kami dengan sukacitanya memperkenalkan penawaran SaaS baharu ini untuk pengurusan gudang di Asia Tenggara, rantau yang menyaksikan penerimaan e-dagang utama dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Jonathan Kwok, Pengurus Besar, Honeywell Logistics Solutions. "Perisian berasaskan awan kami terbukti dapat membantu perniagaan e-dagang meningkatkan prestasi mereka dalam mengurus gudang, pengangkutan dan penawaran pesanan dengan ketara. Penyelesaian kami mudah digunakan dan tidak memerlukan pelanggan membayar kos tambahan yang dikaitkan dengan infrastruktur IT dan pengehosan."

Sistem ini didatangkan dengan persediaan yang dirancang terlebih dahulu yang tidak memerlukan kajian rangka tindakan untuk memulakannya, membolehkan tempoh pendahuluan yang pendek bagi tujuan pelaksanaan. Sistem ini tidak memerlukan kos infrastruktur IT atau pengehosan khas dan ia boleh diskalakan serta disesuaikan sepenuhnya. Penyelesaian ini mengautomasikan proses pemenuhan dan menyediakan perkhidmatan pengambilan produk kumpulan untuk SKU tunggal dan berbilang.

Telahpun digunakan di China, WMS Honeywell membantu mengurus lebih daripada 12 juta meter persegi ruang gudang. Semasa festival membeli belah dalam talian "Hari Bujang" China 11 November lalu – salah satu hari e-dagang yang terbesar di dunia – sistem perisian ini membantu memproses lebih daripada 1.6 juta pesanan bagi setiap gudang sehari. Jualan e-dagang di rantau Asia Pasifik dijangka mencecah $3 trilion menjelang tahun 2021.

Tahun lalu, Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam penerimaan e-dagang yang melebihi purata global.

E-dagang menawarkan peluang yang belum pernah tersedia sebelum ini kepada perniagaan dan pengguna. Ia memperluaskan pasaran dengan memberi keupayaan kepada pengguna untuk membeli rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas daripada perniagaan tempatan mahupun asing. E-dagang mentransformasikan cara firma-firma beroperasi dengan menetapkan semula pengurusan inventori, pengedaran dan khidmat pelanggan, e-dagang turut mengusahakan rangkaian bekalan, perkhidmatan dan model perniagaan baharu. Kesemua ini dikaitkan dengan peningkatan kecekapan, penggunaan aset yang lebih baik, penghantaran yang lebih pantas ke pasaran dan kepada pengguna serta khidmat pelanggan yang lebih baik.[1]

Honeywell (www.honeywell.com) ialah sebuah syarikat teknologi Fortune 100 yang menyampaikan penyelesaian khusus industri termasuk produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; serta bahan prestasi secara global. Teknologi kami membantu segala-galanya bermula daripada pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan pekerja menjadi lebih terhubung bagi menjadikan dunia kita lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila kunjungi www.honeywell.com/newsroom.

[1] E-commerce as a Potential New Engine for Growth in Asia, International Monetary Fund Working Paper 2019

Hubungi:

Anton Susanto
Honeywell ASEAN
+603-2777-3100
imawanto.susanto@honeywell.com

Source: Honeywell
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services