omniture

Yili Umum "Trilogi Inovasi" di Bo'ao Forum for Asia

Yili Group
2021-04-23 03:55 152

BO'AO, China, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- Yili (Shanghai: 600887), salah satu daripada lima pengeluar produk tenusu terbaik dunia, menghadiri Persidangan Tahunan Bo'ao Forum for Asia (BFA) 2021 sebagai Rakan Kongsi Berlian dan merupakan satu-satunya perusahaan yang dijemput daripada industri tenusu China.

Perbincangan panel di sub-forum BFA, bertema "Kemajuan Teknologi dan Pembinaan Ekosistem Kesihatan Global"
Perbincangan panel di sub-forum BFA, bertema "Kemajuan Teknologi dan Pembinaan Ekosistem Kesihatan Global"

Sub-forum acara ini yang bertema "Kemajuan Teknologi dan Pembinaan Ekosistem Kesihatan Global" telahpun diadakan di Bo'ao pada petang 19 April. Peserta-peserta yang dijemput untuk menghadiri sub-forum ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, Zhang Jianqiu; Ahli Akademik daripada Chinese Academy of Engineering, Chen Junshi; Pengerusi Chinese Institute of Food Science and Technology, Meng Suhe; Pengarah Urusan China Nutrition Society, Wang Zhixu; bekas juara dunia ping pong Deng Yaping; pelakon wanita Cina Lan Yingying; dan Dr. Yun Zhanyou, Penolong Presiden Yili Group.

Semasa sesi perbincangan panel, Zhang Jianqiu berkongsi pengalaman inovasi Yili dalam industri makanan kesihatan. "Inovasi merupakan amalan berterusan yang dipegang oleh Yili. Selama bertahun-tahun, dengan mengikuti kebiasaan yang 'bertumpukan pelanggan', Yili telah menghasilkan 'trilogi inovasinya': memperkasa inovasi rantaian keseluruhan melalui transformasi digital, membina sistem inovasi melalui 'dwi-integrasi' dan memacu inovasi produk dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi," kata Zhang Jianqiu dalam ucapan beliau.

Zhang Jianqiu berkongsi pengalaman inovasi Yili dalam industri makanan kesihatan
Zhang Jianqiu berkongsi pengalaman inovasi Yili dalam industri makanan kesihatan

Memperkasa inovasi rantaian keseluruhan dengan transformasi digital

Sebagai pengusaha utama dalam industri ini, Yili terus menggalakkan penaiktarafan digital dalam seluruh rantaian industri bagi memenuhi keperluan pelanggan yang diperibadikan dan pelbagai dengan lebih baik.

Dalam sektor lebih tinggi bagi rantaian industri, Yili membina "ladang pintar" untuk mengumpul data fizikal setiap ekor lembu dengan tepat bagi memastikan setiap titisan susu berkualiti terbaik. Dalam sektor pertengahan, "kilang pintar" Yili memperkenalkan peralatan dan sistem automasi bagi meningkatkan kecekapan operasi. Dalam sektor lebih rendah, Yili membina platform tinjauan kecerdasan berasaskan data raya hujung-ke-hujung bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Membina sistem inovasi dengan 'dwi-integrasi' antara kecerdasan dan industri

Dengan sokongan daripada "Ekosistem Kesihatan Global", Yili telah mengintegrasikan sumber global yang berkualiti tinggi dan menyatakan komitmen untuk menyumbang lebih banyak kepada kesihatan global dan meletakkan pelanggan sebagai tumpuan utama.

Yili mengukuhkan integrasi badan pemikir antarabangsa. Di Belanda, Yili telah menubuhkan dan menaik taraf Pusat Inovasi Yili Eropah. "Kami menghimpunkan kecerdasan global bagi membina rantaian kebijaksanaan di seluruh dunia dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di serata dunia," kata Zhang Jianqiu.

Yili turut mempercepatkan penumpuan industri global. Yili telah membina projek-projek luar negara seperti Tapak Pengeluaran Oceania di New Zealand, antara lokasi-lokasi lain dan komited untuk membina jenama bertaraf dunia yang mengumpulkan sumber-sumber global yang terbaik. Sehingga kini, Yili telah menjalin perkongsian global di lima benua dan 33 negara.

Memacu inovasi produk dengan R&D saintifik dan teknologi

Tatkala trend penggunaan tahap lebih tinggi diteruskan, tuntutan pelanggan terhadap kesihatan dan kualiti produk meningkat dengan pesat. Yili terus memenuhi permintaan ini menerusi pelaburan dalam R&D teknologi. Analisis data mendedahkan bahawa, Yili melabur sebanyak lebih daripada RMB 400 juta setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam R&D, lebih banyak daripada purata industri. Setakat tahun 2019, Yili menduduki kedudukan tiga teratas daripada sepuluh industri tenusu terbaik dunia bagi jumlah keseluruhan permohonan paten global.

Dengan aplikasi inovatif teknologi hidrolisis laktosa LHT, Yili memungkinkan malah untuk 90% warga Asia yang mengalami intoleransi laktosa untuk menikmati susu yang berkhasiat dan lazat. Yili telah mengusahakan penyelidikan susu badan selama 19 tahun dan mengumpul puluhan juta titik data dalam penyelidikan susu badan. Usaha dan amalan ini membolehkan siri Jinlingguan Yili untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi Cina.

Bermula daripada transformasi digital sehinggalah pembinaan "Ekosistem Kesihatan Global", Yili menerapkan semangat inovasi ke dalam DNAnya. Disenaraikan antara lima pengusaha terbaik dalam industri tenusu global, Yili akan terus berpegang pada komitmennya terhadap kesihatan pelanggan global dan berkongsi faedah-faedah kesihatan bersama seluruh dunia.

 

Source: Yili Group
Keywords: Food/Beverages Trade show news