omniture

Skycatch Umum Inisiatif Teknologi Baharu Capai Infrastruktur Tahan Iklim Seluruh Dunia

Skycatch mengumumkan inisiatif baharu bagi membantu syarikat dan kerajaan seluruh dunia memerangi perubahan iklim dengan teknologi kembar digital dalam projek pembinaan, perlombongan dan infrastruktur yang lain.
Skycatch
2021-04-23 21:15 410

SINGAPURA dan TOKYO, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- Skycatch, platform pemetaan dron dan analitik 3D, hari ini mengumumkan inisiatif global baharunya bagi membantu syarikat-syarikat dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mendekati cara baharu untuk menggunakan teknologi kembar digital perintis mereka bagi membina dan menyelenggara infrastruktur tahan iklim.

"Teknologi kembar digital membantu syarikat-syarikat pembinaan dan perlombongan di seluruh dunia mengurangkan emisi CO2 dengan mengelakkan ketidakkonsistenan reka bentuk dan memberi ketelusan sepenuhnya mengenai projek secara menyeluruh," kata Christian Sanz, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Skycatch.

Dengan ekonomi paling ramai penduduk dan berkembang paling pesat di dunia, Asia-Pasifik membebaskan jumlah gas rumah hijau terbesar, menghasilkan kira-kira separuh daripada karbon dioksida dunia menurut IMF. Skycatch berkembang pesat di seluruh Asia dan Pasifik yang kini menyumbang sebanyak separuh daripada pasarannya. Syarikat ini merancang untuk berkolaborasi dengan ADB Ventures dan rakan kongsinya di Jepun, China, Indonesia, Filipina dan Thailand untuk menjadikan projek infrastruktur – termasuk projek untuk tenaga boleh diperbaharui – lebih berdaya tahan dan memanfaatkan penyelesaian ini di seluruh rantau.

"Asian Development Bank (ADB) bermatlamat untuk memainkan peranan pemangkin bagi mendayakan teknologi dalam projek infrastruktur yang menghasilkan pengurangan jejak karbon dan peningkatan keselamatan dan kecekapan operasi," kata Daniel Hersson ADB dalam artikel TechCrunch baru-baru ini. "Teknologi Skycatch gred perusahaan untuk penangkapan, pemprosesan dan analisis data dron 3D berketepatan tinggi merupakan bahagian kritikal bagi mencapai matlamat berkenaan."

Platform visi komputer berasaskan dron Skycatch untuk industri pembinaan dan perlombongan mengurangkan lebih daripada 30% kerja semula dengan mengelakkan ketidakkonsistenan reka bentuk dan memberi ketelusan penuh mengenai projek tersebut.

"Syarikat-syarikat boleh menggunakan teknologi kembar digital bagi membantu mengesan dan mengelakkan kesilapan daripada berlaku semasa proses pembinaan bagi meminimumkan bahan buangan," kata Sanz. "Di Skycatch, kami mempunyai misi untuk merevolusikan kecekapan operasi dan kos dalam projek berkaitan infrastruktur di seluruh dunia melalui teknologi visi komputer 3D berasaskan dron kami."

Baru-baru ini, Skycatch menutup pendanaan pusingan Siri C yang memuncak dengan $25 juta terkumpul, dipimpin oleh ADB Ventures dan Wavemaker Labs. Pelabur-pelabur baharu yang lain termasuk I2BFFalkon, dan Gaingels.

"Pasukan ADB berpangkalan di Sydney telahpun menguji teknologi berasaskan dron Skycatch dalam sebuah projek untuk mewujudkan kembar digital yang amat tepat untuk projek penaiktarafan infrastruktur semasa fasa pembinaannya. Ini berpotensi untuk menggunakan teknologi dalam seluruh kitaran hayat sebuah projek infrastruktur yang mendayakan pelanggan projek yang lebih selamat, lebih cekap, mengelakkan kerja semula dan mengurangkan jejak karbon projek keseluruhan," kata Lotte Schou-Zibell, Pengarah Serantau Pejabat Perhubungan dan Penyelarasan Pasifik Asian Development Bank (ADB) di Sydney.

Latar Belakang Skycatch

Skycatch ialah sebuah syarikat data dron yang berpangkalan di Bay Area ditubuhkan pada tahun 2013 untuk menyediakan alat penangkapan, pemprosean, visualisasi dan analisis data udara kepada syarikat-syarikat terbesar di dunia di tapak kerja mereka yang paling mencabar. Lebih 10,000 tapak pembinaan dan perlombongan di lebih daripada 20 negara termasuk Jepun, China, Indonesia, Filipina, Thailand, Chile, Colombia, Peru, Brazil, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, menggunakan penyelesaian Skycatch. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://skycatch.com/.

Latar Belakang ADB Ventures

Ditubuhkan oleh Asian Development Bank, ADB Ventures ialah cabang usaha niaga yang menyokong dan melabur dalam syarikat-syarikat teknologi peringkat awal yang menyelesaikan masalah besar yang tidak dapat diselesaikan di Asia yang semakin berkembang. ADB Ventures biasanya melabur dalam peringkat benih dan awal, menyediakan syarikat-syarikat teknologi terkemuka dengan modal risiko, pandangan mendalam dan rangkaian. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ventures.adb.org/.

Latar Belakang Wavemaker Partners

Wavemaker Partners ialah firma modal usaha niaga peringkat awal dengan dua ibu pejabat di Los Angeles dan Singapura. Wavemaker ialah salah satu pelabur peringkat awal yang paling aktif di California Selatan dan Asia Tenggara dan telah melabur dalam lebih 360 syarikat sejak 17 tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://wavemaker.vc/.

Hubungan Media:
Nattasuda Anusonadisai,
Emel: natt.consultant@adb.org

 

Source: Skycatch
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues Venture Capital