omniture

Xinhua Silk Road: Tenaga pintar, internet tenaga dijangka jadi hala tuju utama pembangunan tenaga masa depan, pengerusi Trina Solar

Xinhua Silk Road
2021-04-25 10:31 247

BEIJING, 25 April 2021 /PRNewswire/ -- Tenaga pintar dan internet tenaga dijangka menjadi hala tuju utama dalam pembangunan tenaga pada masa depan, Gao Jifan, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trina Solar Co., Ltd., salah satu penyedia penyelesaian tenaga pintar fotovolta (PV) yang terkemuka di dunia, berkata semasa Persidangan Tahunan Boao Forum for Asia (BFA) 2021 yang diadakan mulai 18 hingga 21 April.

Foto menunjukkan bangunan Trina Solar Co., Ltd.
Foto menunjukkan bangunan Trina Solar Co., Ltd.

Industri tenaga telah menjalani revolusi yang dicirikan oleh pengelektrikan, transformasi rendah karbon dan pintar. Susulan perubahan ini, Trina Solar telah memulakan penerokaan internet perindustrian.

Dari segi transformasi digital, ia menjadi peneraju dalam melancarkan jenama IoT tenaga, iaitu TrinaIoT pada tahun 2018, yang menggunakan teknologi pengesanan IoT dan teknologi data raya berasaskan internet bagi membantu perusahaan meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan digital, menurut Gao.

Tahun lalu, Trina Solar mewujudkan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 600W+, menarik minat syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi daripada rantaian industri huluan dan hiliran untuk bekerjasama demi manfaat bersama. Menjelang penghujung tahun 2020, perikatan ini mempunyai lebih 60 anggota.

Akan adanya ruang pembangunan yang lebih besar untuk industri PV sekiranya kos bukan teknikal loji janakuasa PV dapat dikurangkan. Sementara itu, dengan meningkatkan lagi pembangunan inovatif dengan penyimpanan tenaga dan pengeluaran hidrogen, tenaga pintar PV akan memainkan peranan utama dalam sistem tenaga, ujar Gao.

Menurut beliau, Trina Solar akan menggiatkan usaha untuk memperluaskan kapasiti modul kepada lebih 50GW menjelang penghujung tahun 2021 dan berusaha untuk menerajui pembangunan hijau global dengan menubuhkan perusahaan bertaraf dunia yang menawarkan produk dan penyelesaian tenaga solar, penyimpanan tenaga, hidrogen dan internet tenaga pintar semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 dari tahun 2021 hingga 2025.

Gao turut menyebut bahawa syarikat telah memberi respons yang aktif terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan serta menjalin kerjasama mendalam bersama negara-negara Jalur dan Jalan.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar telah mengkhusus untuk membangunkan produk, aplikasi dan perkhidmatan PV bagi menggalakkan pembangunan mampan global. Ketika ini, syarikat telah menyampaikan lebih daripada 66GW modul solar dan menghubungkan lebih 3GW loji janakuasa solar ke grid di seluruh dunia menerusi jejak perniagaannya yang meliputi lebih daripada 100 negara dan wilayah.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/321087.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Publishing/Information Service Utilities Trade show news