omniture

StashAway kumpul RM103.24 juta dalam pusingan pelaburanpelaburan Siri D dipimpin oleh Sequoia Capital India

StashAway
2021-04-26 09:35 1450

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- StashAway mengumpul sebanyak $25 juta USD (RM103.24 juta) dalam pusingan pelaburan Siri D yang dipimpin oleh Sequoia Capital India, sebuah firma modal teroka yang terkemuka di wilayah ini.

Pelabur sedia ada StashAway, Eight Roads Ventures, firma pelaburan global yang disokong oleh Fidelity International dan pelabur awal dalam Alibaba; serta Square Peg, dana modal teroka terbesar di Australia turut mengambil bahagian dalam pusingan berkenaan. Pelaburan berkenaan akan ditutup dalam beberapa bulan akan datang sementara menunggu kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Pusingan pelaburan ini akan menjadikan jumlah modal StashAway  mencapai RM257.04 juta dan mempercepatkan ciptaan produk pelaburan baru dan menampilkan pembangunan merentas 5 negara. StashAway juga akan menawarkan untuk membeli balik sehingga RM12.4 juta dalam opsyen saham daripada pekerjanya dan mengembangkan pasukan kejuruteraannya di Singapura dan luar negara.

Michele Ferrario, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Keyakinan oleh salah sebuah firma modal teroka yang berprestij ini mengesahkan bahawa kami telah mengambil pendekatan yang tepat dengan berkembang lebih awal ke dalam pasaran yang berpotensi tinggi, terus memperdalam penawaran produk kami dan membina pasukan yang padu dan berpandukan misi. Langkah-langkah ini telah diterjemahkan kepada pertumbuhan AUM yang pesat sejak permulaan kami."

Abheek Anand, Pengarah Urusan, Sequoia India, akan menyertai Lembaga Pengarah StashAway sebagai sebahagian daripada pusingan pelaburan tersebut, sementara menunggu kelulusan kawal selia. Anand mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam sektor teknologi pengguna, perkhidmatan kewangan dan teknologi mendalam di seluruh AS, Asia Tenggara dan India. Beliau berkata, "StashAway berkembang pesat tatkala ia merapatkan jurang yang jelas dalam bidang pengurusan kekayaan digital terutamanya dalam bidang yang mana pesaingnya mungkin mengalami kekurangan: platform yang mudah digunakan, hubungan pelanggan yang mantap dan rangka pelaburan yang amat sofistikated. StashAway telah membina kepercayaan dengan kumpulan pelanggannya dengan menavigasi mereka melalui turun naik pasaran dan dalam masa yang sama memberi pulangan yang kukuh."

Berhubung pembelian balik saham pekerja dan pengembangan pasukan, Nino Ulsamer, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, menambah, "Penyediaan sehingga RM12.4 juta dalam kecairan kepada pekerja kami membantu StashAway menarik bakat terbaik; ia menunjukkan bahawa syarikat pemula boleh berjaya dan amat memberi ganjaran dari segi kewangan. Kami inginkan semua ahli pasukan kami mengambil bahagian dalam faedah kewangan bagi membina sebuah syarikat yang berjaya dan janji kami kepada semua ahli pasukan sentiasa merupakan pakej pampasan yang menarik termasuk sejumlah besar opsyen saham dalam syarikat. Janji ini kini mula menjadi kenyataan dari segi kewangan.

Latar Belakang StashAway

StashAway ialah pengurus dana digital yang menawarkan portfolio pelaburan dan penyelesaian pengurusan kekayaan untuk pelabur runcit dan pelabur bertauliah serta beroperasi di Singapura, Malaysia, U.A.E, serta Hong Kong.

Setakat Januari 2021, syarikat ini melepasi $1 bilion USD dalam aset bawah pengurusan. Ia mencapai kejayaan ini lebih pantas daripada yang diambil oleh pengurus kekayaan digital yang terbesar di dunia, Betterment dan Wealthfront, untuk mencapai kejayaan yang sama. Pada tahun 2020, StashAway diiktiraf sebagai Perintis Teknologi oleh The World Economic Forum dan 10 Terbaik Syarikat Pemula LinkedIn.

Portfolio StashAway tekal mengatasi penanda aras* sama risiko masing-masing sejak penubuhannya pada tahun 2017 dengan pulangan tahunan bermula daripada 15.4% (untuk portfolio risiko tertinggi) hingga 3.0% (untuk portfolio risiko terendah) dalam nilai MYR* setakat penghujung Mac 2021.

www.stashaway.com

Latar Belakang Sequoia Capital India

Sequoia membantu pengasas yang berani membina syarikat-syarikat legenda, bermula daripada idea kepada IPO dan selanjutnya. Sequoia India beroperasi di Asia Tenggara dan India yang mana kami aktif bekerjasama dengan pengasas daripada pelbagai syarikat, merentas kategori, termasuk BYJUs, Carousell, Druva, Gojek, OYO Rooms, Tokopedia, Truecaller, Zilingo, Zomato dan banyak lagi.

Kami mendorong pengasas untuk menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai. Melalui perkongsian dengan Sequoia, syarikat pemula mendapat manfaat daripada 48 tahun pengetahuan kesukuan dan pelajaran yang diperoleh semasa bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Airbnb, Alibaba, Apple, Dropbox, Google, LinkedIn dan Stripe awal-awal lagi.

Dari mula, organisasi bukan untung telah menjadi tulang belakang asas LP kami yang bererti bahawa pencapaian oleh pengasas dapat membawa perubahan yang bermakna. Sebahagian besar daripada keuntungan kami dikembalikan kepada perjuangan yang besar seperti Ford Foundation, Mayo Clinic dan MIT.

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha Sequoia di India dan Asia Tenggara, kunjungi sequoiacap.com/india

*Penanda aras risiko sama diproksi oleh MSCI World Equity Index (untuk ekuiti) dan FTSE World Government Bond Index (untuk bon). Penanda aras yang digunakan oleh kami mempunyai kemudahubahan terealisasi 10 tahun yang sama dengan portfolio kami. Kami menghitung pulangan ini sebelum bayaran.

Hubungan akhbar:

Yi Ling Leong , Eksekutif Penglibatan Pelanggan & Perhubungan Awam, Malaysia
Telefon: +6012 915 9245
yiling@stashaway.com

Source: StashAway
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology