omniture

Pencipta Kandungan YouTube Malaysia Isa Isarb Menganjurkan Hadiah Wang Tunai ke-3 di Bigo Live untuk Berkongsi Harapan dan Kegembiraan di bulan Ramadhan

Bigo Live
2021-04-26 14:00 74
  • Hadiah wang tunai akan bersiaran langsung jam 9MLM MYT pada hari Jumaat, 30 April
  • Peminat dan penonton berpeluang untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform siaran langsung global yang terkemuka, berbesar hati untuk mengacarakan Pencipta Kandungan YouTube (YouTuber) Malaysia yang popular dan berpengaruh Isa Isarb (BIGO ID: isaisarb) untuk pemberian hadiah wang tunai ketiga beliau. Pemberian hadiah eksklusif ini akan berlangsung dalam satu malam sahaja dan ini akan bersiar langsung di aplikasi Bigo Live pada hari Jumaat, 30 April jam 9MLM MYT.

Isa Isarb Menganjurkan Hadiah Wang Tunai ke-3 di Bigo Live untuk Berkongsi Harapan dan Kegembiraan di bulan Ramadhan
Isa Isarb Menganjurkan Hadiah Wang Tunai ke-3 di Bigo Live untuk Berkongsi Harapan dan Kegembiraan di bulan Ramadhan

Dengan jumlah pengikut mencecah hampir 1.2 juta di YouTube, Facebook dan Instagram, Isa Isarb ialah salah seorang penghibur dan berpengaruh yang paling popular di Malaysia. Peminat dan penonton akan mendapat peluang eksklusif untuk berinteraksi bersama beliau dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM 20,000. Hadiah akan datang ini merupakan hadiah ketiga oleh Isa Isarb di Bigo Live, susulan siaran langsung sebelum ini pada bulan Mei dan Jun 2020 di mana beliau telah memberikan hadiah sebanyak RM 30,000 kepada peminat dan penonton.

Semasa siaran langsung tersebut, Isa Isarb akan mengadakan kuiz tanpa henti di mana beliau akan mengemukakan soalan kuiz secara rambang kepada penonton. Penonton akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dengan menjawab soalan-soalan ini dengan betul. Hadiah oleh Isa Isarb merupakan sebahagian daripada usaha 'Youtuber' ini untuk berkongsi harapan dan kegembiraan pada bulan Ramadhan ini dan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dengan lebih baik.

"Gembira rasanya dapat kembali ke Bigo Live untuk menganjurkan pemberian hadiah wang tunai ketiga saya kepada penonton Malaysia. Bigo Live sentiasa memberi sokongan dan keberadaan saya di platform ini merupakan pelengkap kepada apa yang saya lakukan di YouTube. Saya benar-benar bersetuju dengan misi Bigo Live untuk menyebarkan nilai positif serta kegembiraan dan saya berharap agar hadiah wang tunai saya yang akan datang dapat memberikan perkara yang sama kepada penonton," kata Isa Isarb.

"Semasa berlakunya pandemik COVID-19 dan sekatan PKP yang masih berterusan, ramai rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Pada bulan Ramadhan ini, saya ingin menyumbang kembali kepada komuniti dengan memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang dapat menggembirakan mereka dan mudah-mudahan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tanpa bimbang. Saya bersyukur kerana Bigo Live membenarkan saya untuk merealisasikan niat saya dan saya berharap dapat berhubung dan mencipta kenangan yang indah bersama rakyat Malaysia," tambah beliau.

Bigo Live berusaha untuk menjadi sumber pilihan bagi hiburan yang interaktif dan menarik sekali gus memperkasakan pengguna dengan bahasa sosial baharu yang mengujakan. Platform siaran langsung ini terus mencipta peluang yang eksklusif untuk komuniti berinteraksi dan melibatkan diri bersama selebriti tempatan, berpengaruh dan artis kegemaran mereka daripada keselesaan kediaman mereka.

Tonton dan sertai siaran langsung dan pemberian hadiah wang tunai Isa Isarb dengan memuat turun aplikasi Bigo Live di sini (tersedia di iOS dan Android). Ikuti Bigo Live Malaysia untuk perkembangan terkini yang lebih lanjut di Facebook di sini.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial siaran langsung yang berkembang paling pesat di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran bagi industri siaran langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news Future Events