omniture

Tinjauan FICO: 1 daripada 8 Pengguna Melayu Mengesyaki Identiti Mereka Telah Dicuri, 1 daripada 14 Mengetahui Bahawa Ia Telah Dicuri

FICO
2021-04-26 20:12 84

Tinjauan FICO menunjukkan terdapat peningkatan dalam penerimaan langkah-langkah keselamatan seiring dengan peningkatan dalam pembukaan akaun dalam talian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- Tinjauan pemprufan identiti dan perbankan digital FICO menunjukkan pencurian identiti merupakan ancaman yang nyata kepada rakyat Malaysia7 peratus menyatakan mereka tahu identiti mereka telah dicuri dan digunakan oleh pemalsu untuk membuka akaun, sementara 12 peratus lagi percaya ia mungkin telah berlaku.

Consumer Survey Malaysia: Why do financial institutions need to check your identity?
Consumer Survey Malaysia: Why do financial institutions need to check your identity?

Pengakuan tentang tahap kecurian identiti ini menunjukkan terdapat pemahaman yang baik tentang sebabnya pemprufan identiti merupakan perkara yang penting dalam pengalaman perbankan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut: https://www.fico.com/en/latest-thinking/ebook/malaysia-consumer-survey-2021-identity-proofing-and-digital-banking

Memahami keperluan terhadap pemprufan ID

Lebih tiga perempat daripada responden (76%) mengetahui bahawa pemprufan identiti dilakukan untuk melindungi mereka. Kebanyakan individu tidak memandang sinis tentang sebab identiti mereka disahkan. Walaupun sejumlah besar responden (55%) mengetahui terdapat unsur peraturan yang mendorong penyedia melakukan lebih banyak pemeriksaan, hanya 13 peratus responden berpendapat bahawa ia dilakukan untuk membolehkan institusi kewangan memperoleh lebih ramai pelanggan.

Sebahagian besar daripada responden Melayu (59 peratus) melihat pemprufan identiti sebagai cara untuk bank melindungi institusi mereka, manakala 46 peratus menganggap ia sebagai kaedah untuk mencegah penggubahan wang haram.

Kebanyakan rakyat Malaysia terbuka untuk melakukan biometrik kepada bank mereka seperti imbasan wajah, cap jari atau cetak suara bagi melindungi akaun mereka. Tinjauan ini ini mendedahkan bahawa setelah mereka memahami tentang sebab ia diperlukan, 50 peratus daripada mereka berasa gembira untuk memberikan biometrik mereka. Hanya 7 peratus menyatakan bahawa bank tidak sepatutnya mengambil biometrik, manakala 14 peratus bersedia tetapi berat hati untuk memberikannya.

"Di kebanyakan negara Asia, aplikasi cap jari, kad pengenalan dan pengesahan telah menjadi perkara biasa sejak beberapa lama," kata Subhashish Bose, Ketua Pematuhan, Keselamatan dan Penipuan di Asia Pasifik. "Kebimbangan terhadap aspek kerahsiaan telah berkurangan dan tinjauan ini menunjukkan wujudnya penerimaan yang luas terhadap manfaat yang diberikan oleh biometrik apabila ia dikaitkan dengan perlindungan akaun bank dan penghentian penggubahan wang haram."

Di Asia, semuanya adalah tentang penggunaan telefon pintar…dan cawangan

Di Malaysia, 42 peratus pengguna lebih gemar membuka akaun bank secara digital dan 48 peratus memilih untuk berurusan di cawangan. Namun, sepanjang tahun lalu, 57 peratus orang Melayu lebih cenderung untuk membuka akaun secara digital berbanding setahun yang lalu disebabkan pandemik; manakala mereka yang pergi ke cawangan selalunya adalah disebabkan oleh sosial dan teknikal.

"Pembukaan akaun digital telah tersedia di Malaysia sejak beberapa lama, cuma ia tidak digunakan oleh beberapa segmen pasaran disebabkan sama ada mereka belum mengetahui tentangnya lagi atau tidak bersedia untuk mempercayainya," kata Bose. "Ini telah mewujudkan kepercayaan bahawa mengakses cawangan menawarkan proses pembukaan akaun yang lebih bermaklumat dan selamat."

Apabila berlakunya perubahan sikap dan semakin ramai orang menikmati manfaat perbankan digital, peluang untuk bank menggunakan strategi pelbagai saluran adalah lebih banyak dan ini juga boleh membangkitkan kepercayaan terhadap saluran baharu.

Saya tidak menggemari prosedur yang rumit

Orang Melayu yang membuka akaun secara digital, lebih suka menjalankan proses ini sepenuhnya di saluran pilihan mereka sama ada pada telefon pintar atau laman web. Sekiranya pelanggan diminta untuk keluar daripada saluran bagi membuktikan identiti mereka, ramai di antara mereka yang akan menghentikan permohonan, sama ada berputus asa sepenuhnya terhadap pembukaan akaun (5 hingga 7%) atau beralih kepada pesaing (11 hingga 12%). Daripada mereka yang tidak menghentikan permohonan tersebut secara serta-merta, terdapat hingga lebih 25 peratus yang akan melambatkan proses.

Tinjauan ini mendapati bahawa sebarang gangguan akan memberi kesan. Meminta orang ramai untuk mengimbas dan menghantar dokumen melalui e-mel atau menggunakan portal identiti berasingan menyebabkan penghentian permohonan yang sama banyak seperti jika mereka diminta untuk melawat cawangan atau mengepos dokumen.

Tinjauan ini telah dijalankan pada bulan Januari 2021 oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas yang mematuhi standard industri penyelidikan. 1,000 orang Melayu dewasa telah ditinjau bersama-sama dengan 13,000 orang pengguna di AS, UK, Kanada, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Brazil, Colombia dan Mexico.

FICO (NYSE: FICO) akan membincangkan keputusan tinjauan ini dalam suatu sesi pada acara maya percuma, Success Realized: Digital Transformation Delivered (APAC) yang berlangsung pada 27-29 April 2021.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1495817/my_social_image.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/450763/FICO_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FICO
Related Stocks:
NYSE:FICO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research Financial Technology