omniture

Nilai teknologi berpaten ZTE melebihi RMB 45 bilion

ZTE Corporation
2021-04-26 23:52 1754

SHENZHEN, China, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, telah disenaraikan sebagai antara peserta dan penetap utama bagi standard 5G global kerana menerajui dunia dalam teknologi 5G, paten, standard, industri dan terminal, menurut laporan terkini "Challenges and Prospects for China's Telecommunications Industry and Intellectual Property Market " ("Cabaran dan Prospek untuk Industri Telekomunikasi dan Pasaran Harta Intelek China") oleh syarikat pengurusan pelaburan yang mantap Jones Lang LaSalle (JLL).

Menurut laporan berkenaan, ZTE juga telah disenaraikan dalam tahap pertama susun atur paten global bagi mengiktiraf sumbangannya terhadap penyelidikan dan tetapan standard teknologi 5G global. Setakat ini, nilai teknologi berpaten ZTE telah melebihi RMB 45 bilion.

Komited untuk mencipta nilai buat pelanggan melalui pengumpulan paten berkualiti tinggi dan bermatlamat untuk menjadi "pembina jalan ekonomi digital" 

Dengan kedatangan era ekonomi digital, generasi baharu teknologi maklumat mudah alih seperti 5G telah membangun menjadi daya penggerak utama untuk transformasi digital dan menaik taraf seluruh masyarakat. Meningkatkan inovasi teknologi bebas dan mengukuhkan pemupukan dan susun atur paten berkualiti tinggi memainkan peranan penting dalam pembangunan perusahaan China. Sebagai penyumbang utama terhadap standard 5G global, ZTE bertegas untuk membina kecekapan terasnya yang lebih mantap dan terus melakukan penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi utama serta sains asas. Syarikat ini melabur sebanyak lebih daripada RMB 10 bilion setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, perbelanjaan R&Dnya mencecah RMB 14.8 bilion, menyumbang sebanyak 14.6% daripada pendapatan operasinya.

Ketika teknologi 5G menjadi matang dan semakin meningkat popularitinya, pengeluar global utama membina daya saing teras dalam susun atur paten lelaran. ZTE melancarkan susun atur paten berkualiti tinggi dalam banyak bidang berkaitan 5G. Syarikat ini tekal mengukuhkan keupayaan R&D inovatifnya bagi mengekalkan kelebihan kompetitifnya dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Di samping itu, hasil daripada susun atur strategik globalnya, syarikat ini terus membawa produk yang inovatif dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggannya dan komited untuk mencipta nilai buat pelanggannya sebagai "pembina jalan ekonomi digital".

ZTE, disokong oleh perbelanjaan R&D yang tinggi dan pengumpulan teknologi yang berterusan, telah memfailkan lebih 80,000 permohonan paten global pada Mac 2021 dan mengumpul lebih daripada 38,000 paten yang diluluskan di seluruh dunia termasuk 4,270 permohonan paten cip dan lebih daripada 1,800 paten yang diluluskan. Menurut laporan terkini "Who is leading the 5G patent race?" ("Siapa yang mendahului perlumbaan paten 5G?") yang diterbitkan pada bulan Februari oleh IPlytics, ZTE telah disenaraikan sebagai 3 terbaik global atas kepimpinan berterusannya dalam Paten Penting-Standard (SEP) diisytiharkan 5G kepada ETSI. 

Strategi operasi cekap memacu penukaran pencapaian inovasi, meningkatkan pertumbuhan berkualiti tinggi aset tak ketara dengan berkesan

Menerusi peningkatan signifikan dalam inovasi dan keupayaan penciptaan, ZTE tekal mengukuhkan penggunaan harta intelek (IP). Selain daripada mengukuhkan pemupukan dan susun atur paten bernilai tinggi, ZTE menggalakkan permohonan, penukaran dan pelaksanaan paten secara proaktif di bawah strategi operasi yang amat cekap. Dari satu segi, ia menjadikan usaha untuk meningkatkan penjajaran permohonan paten dan R&D teknologi dengan permintaan pasaran dan dalam masa yang sama terus meningkatkan kualiti permohonan aplikasi. Dari satu segi yang lain, dengan pewujudan sistem pengurusan dalam seluruh kitaran hayat IP, pengurusan IP dilakukan dalam semua aliran kerja termasuk R&D, pemasaran, perolehan, reka bentuk pengeluaran, penjualan dan sebagainya. Dengan cara ini, rangkaian perlindungan paten yang dirancang dengan baik dan cekap dibina bagi menggalakkan pertumbuhan berkualiti tinggi nilai komersial aset tak ketara syarikat.

"Sebagai salah sebuah syarikat berteknologi tinggi China dalam persaingan global, ZTE menyedari sepenuhnya nilai dan kepentingan R&D bebas dan inovasi teknologi. Syarikat ini mengekalkan pelaburan yang hebat dalam R&D selama berdekad-dekad dan mengumpul sejumlah besar pencapaian teknologi yang inovatif," kata Hu Yi, Naib Presiden dan Ketua Jabatan Harta Intelek di ZTE Corporation. "Beberapa pencapaian ini telah ditransformasikan menjadi produk berteknologi tinggi untuk membantu ZTE mengembangkan pasaran luar negara seperti Eropah dan Amerika Utara dan sebilangan daripadanya telah dibangunkan menjadi aset tak ketara termasuk harta intelek, seperti paten."

"Dengan kemajuan zaman dan pembangunan industri, ZTE aktif berusaha mencari cara untuk meneroka dan memanfaatkan selanjutnya nilai aset tak ketara. Syarikat ini memperoleh pelesenan silang paten dengan syarikat-syarikat arus perdana dalam industri telekomunikasi, mencapai lelaran teknologi dan produk baharu yang pesat melalui interaksi komersial dan mempromosikan teknologi industri telekomunikasi bagi memberi impak selanjutnya terhadap industri-industri vertikal."

"Selain itu, kami mengumpul pelaburan R&D yang munasabah melalui pemindahan, pelesenan dan kaedah pengurusan lain untuk membina gelung tertutup pembangunan berterusan "Inovasi - Operasi - Inovasi Semula". Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendapatan harta intelek ZTE telah meningkat dengan pesat, yang membawa faedah tunai kepada syarikat dan akan terus mencipta faedah yang boleh diramal. Dianggarkan bahawa harta intelek kami akan membawa pendapatan sebanyak hampir RMB 4.5-6 bilion kepada syarikat dalam tempoh mulai tahun 2021 hingga 2025," tambah En. Hu Yi.

Sebagai pengamal terbaik bagi inovasi global dan nilai komersial harta intelek, ZTE sentiasa menganggap harta intelek sebagai strategi teras untuk pembangunan perusahaan. Melangkah ke hadapan, ZTE akan terus meningkatkan kecekapan terasnya dengan meningkatkan kualiti penciptaan harta intelek dan kecekapan penggunaan serta pengurusan IP. Di samping mencapai keseimbangan yang baik antara pelaburan inovasi teknologi dan pulangan harta intelek, ZTE akan berganding bahu bersama semua rakan kongsi bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi terhadap ekosistem IP dan memperkasa transformasi digital dan pintar serta menaik taraf masyarakat.

Sila rujuk pautan berikut untuk laporan penuh:
http://www.whytouch.com/pdf/gb483f72362e6573c99190c96622507e/index.php 

Hubungan Media:
Margrete Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Patent Law