JAKARTA, Indonesia, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- VALORANT Champions Tour (VCT) 2021 telah hampir mencapai titik pertengahannya, mengakhiri segmen yang kompetitif ini dengan VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis. Di Indonesia, lebih daripada 450 pemain mengambil bahagian dalam 2 pusingan kelayakan terbuka yang mana pasukan-pasukan bersaing untuk mendapatkan dua kerusi yang disediakan bagi mewakili negara ini dalam VCT Pencabar SEA - Main Habis akan datang, iaitu fasa kedua pertandingan peringkat serantau di Asia Tenggara yang akan dianjurkan di Indonesia.
(Kiri ke Kanan) NXL LIGAGAME dan BOOM ESPORTS Sekali Lagi akan Mewakili Indonesia dalam VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis
Baik NXL LIGAGAME mahupun BOOM Esports telah menunjukkan corak permainan mereka yang terbaik dalam pertandingan VCT yang mana kedua-duanya menewaskan BIGETRON ASTRO, ALTER EGO dan MORPH IMPACT yang juga merupakan pasukan yang paling kuat di Indonesia. NXL LIGAGAME mahupun BOOM Esports juga merupakan wakil-wakil Indonesia untuk VCT Rantau SEA Masters 1 pada bulan Mac lalu yang telah menunjukkan ketekalan mereka dalam memberi persembahan yang terbaik.
Edwin, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan One Up, berkata, "Ini merupakan catatan rekod baharu untuk kedua-dua pasukan iaitu NXL LIGAGAME dan BOOM ESPORTS yang telah menunjukkan ketekalan prestasi dalam pertandingan VALORANT Champions Tour rasmi di Indonesia. Kami sangat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh kedua-dua pasukan serta pemain-pemain lain yang mengambil bahagian secara aktif. Ini membuktikan bahawa ekosistem FPS Indonesia semakin meningkat naik dan juga dapat berkembang dengan lebih besar dan lebih mantap."
"Teruja rasanya untuk melihat betapa bagusnya pasukan Indonesia menunjukkan prestasi mereka dalam VALORANT Champions Tour setakat ini. Dengan Indonesia yang bakal mengacarakan VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis akan datang, kami yakin bahawa mereka akan menetapkan standard untuk pertandingan FPS di negara ini. Kami berharap dapat meneruskan usaha kami bersama One Up bagi membawakan acara esukan Indonesia ke tahap seterusnya dan menyediakan platform untuk pasukan tempatan menonjolkan kemahiran serta corak permainan mereka," kata Chris Tran, Ketua Esukan Riot Games Asia Tenggara Taiwan, Hong Kong dan Macau.
VCT Peringkat 2 - Pencabar Indonesia disokong oleh Biznet sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet Rasmi, ViewSonic | Elite sebagai Rakan Esukan Rasmi untuk Monitor, Secretlab sebagai Rakan Kursi Permainan Rasmi, NIMO TV sebagai Rakan Penyiaran Rasmi.
Pertandingan ini kemudiannya akan disusuli dengan permulaan VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis yang akan melibatkan 10 pasukan dari seluruh SEA termasuk Hong Kong dan Taiwan untuk bersaing mendapatkan kerusi bagi mewakili seluruh rantau SEA dalam VCT Peringkat 2 – Masters: Reykjavik akan datang yang bakal diadakan secara luar talian di Reykjavik, Iceland. VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis boleh distrim secara dalam talian mulai 29 April hingga 2 Mei di saluran YouTube VALORANT Esports Indonesia dan Halaman FB VALORANT Indonesia. Dengan menggunakan sistem pertandingan dua kali penyingkiran, pasukan-pasukan akan bersaing dalam pertandingan yang mendebarkan bagi menonjolkan kemahiran luar biasa, strategi dan corak permainan mereka yang unik. VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis akan disiarkan dalam beberapa bahasa tempatan seperti Bahasa Vietnam, Bahasa Thai, Tagalog dan Mandarin untuk berinteraksi dengan lebih ramai penonton tempatan. VCT Peringkat 2 - Pencabar SEA - Main Habis disokong oleh One Esports sebagai Rakan Media Rasmi.
Kunjungi laman web kami https://valorant.oneup.co.id/ dan Instagram @valorantindonesia_1up untuk perkembangan terkini secara langsung dan butiran lanjut berkenaan pertandingan rasmi VALORANT di Indonesia.
Maklumat lanjut mengenai One Up Organizer boleh diakses di oneup.co.id manakala untuk VALORANT dan Riot Games boleh diakses di riotgames.com