omniture

En. Zhang Yuzhuo, Pengerusi Sinopec, Berbicara tentang Pembangunan Hidrogen

Sinopec
2021-04-27 13:21 64

BEIJING, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- En. Zhang Yuzhuo, pengerusi China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec"), berkongsi perspektif beliau mengenai keneutralan karbon, prospek pembangunan keneutralan karbon dan keseluruhan susun atur strategik tenaga hidrogen, semasa wawancara dengan media terkenal pada 17 April.

Untuk menonton rancangan ini, sila kunjungi: https://www.youtube.com/watch?v=gZoUGFawsKE.

"Adalah matlamat kami untuk menjadi perusahaan hidrogen No.1 di China, untuk mencapai susun atur sistematik di seluruh rantaian industri tenaga hidrogen yang akan menjadikan pengisian hidrogen semudah pengisian minyak," kata En. Zhang. "Di masa hadapan, Sinopec akan beransur-ansur mengembangkan operasi tenaga hidrogen kami serta sumber tenaga boleh diperbaharui untuk memajukan pembangunan gabungan "petroleum, gas, hidrogen, elektrik dan perkhidmatan bukan petroleum."'

Keyakinan Sinopec dalam mewujudkan perusahaan hidrogen terkemuka berpunca daripada skala pengeluaran hidrogennya sekarang, yang merupakan yang terbesar di China, serta percepatannya dalam membina infrastruktur yang diperlukan untuk tenaga hidrogen yang meletakkan asas yang kukuh untuk semua elemen tenaga hidrogen yang merangkumi pengangkutan, penyimpanan, pengisian dan aplikasi, serta memiliki kefahaman yang kukuh dalam aspek undang-undang, kos dan keselamatan yang berkenaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sinopec terus meningkatkan pelaburan dalam bidang tenaga hidrogen dan mengatur rancangan untuk membangunkannya sebagai perniagaan strategik baru muncul utama. Sinopec telah menggabungkan keseluruhan industri tenaga hidrogen untuk meliputi bidang-bidang yang merangkumi operasi modal, R&D teknologi, pengeluaran, logistik, bangunan rangkaian dan kerjasama sosial, dan telah mencapai kejayaan dalam membina stesyen pengisian hidrogen, teknologi pengeluaran hidrogen, bateri bahan api hidrogen dan bahan simpanan hidrogen.

Kini, Sinopec mempunyai kapasiti pengeluaran hidrogen tahunan yang melebihi 3.5 juta tan, yang menyumbang sebanyak 14 peratus jumlah kebangsaan. Syarikat ini merancang untuk membina dan mengendalikan 100 stesen pengisian semula  hidrogen dalam tahun 2021, dan 1,000 dalam tempoh lima tahun akan datang, untuk meneraju pembangunan tenaga hidrogen perindustrian yang berkualiti tinggi.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; menjual, menyimpan dan mengangkut produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, dan komoditi lain dan teknologi; dan penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan misi 'memacu kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletak 'orang, tanggungjawab, integriti, ketepatan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, menerapkan strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka, dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon, dan berusaha untuk mencapai visi korporatnya untuk membina syarikat tenaga dan kimia terkemuka di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.sinopec.com/

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP Shanghai:600028
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Expansion