omniture

Modul siri Hi-MO 4m LONGi terajui pasaran DG global menuju era baharu

LONGi Solar
2021-04-27 13:28 168

XI'AN, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- LONGi, syarikat teknologi solar yang terkemuka di dunia, melancarkan secara rasmi modul Hi-MO 4m (66C) yang direka bentuk untuk aplikasi penjanaan teragih (DG). Selain daripada pilihan 66C, syarikat ini turut melancarkan versi modul 60C dan 72C kepada audiens yang terdiri daripada lebih 600 rakan pengedar dan juga pakar industri. Ketiga-tiga produk ini masing-masing meliputi julat kuasa antara 370-385W, 410-420W dan 450-460W dengan kecekapan maksimum mencecah sehingga 21% bagi menyediakan kefleksibelan dan pilihan yang lebih luas kepada pelanggan DG global.

Dennis She, LONGi Solar SVP
Dennis She, LONGi Solar SVP

Di upacara pelancaran, Dennis She, Naib Presiden Kanan LONGi Solar mengulas: "LONGi akan terus meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam inovasi teknologi dan memperluaskan kapasiti pengeluaran produk solar DG kami kepada 10GW pada tahun 2021. Pasaran bumbung kediaman global mempunyai keperluan tertentu dari segi pretasi produk dan nilai estetika dan, selain daripada menyediakan produk solar yang berkualiti tinggi, LONGi komited untuk menyediakan penyelesaian perkhidmatan tenaga yang komprehensif kepada pelanggan DG global kami."

Setelah bertahun-tahun mengalami pertumbuhan yang stabil, pasaran DG global telah meningkat dengan pesat, disambut dengan timbulnya permintaan pelanggan yang pelbagai dan bersasaran. Modul siri Hi-MO 4m ini merupakan produk bernilai ultra tinggi yang disesuaikan secara eksklusif oleh LONGi untuk keperluan taburan pelanggan yang berbeza serta dapat digunakan secara meluas di atas bumbung bagi kegunaan kediaman, perindustrian dan komersial.

LONGi Hi-MO 4m series modules
LONGi Hi-MO 4m series modules

Berdasarkan kualiti produk yang andal serta perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan yang sangat baik, LONGi meraih reputasi cemerlang dalam industri PV global. Sehingga kini, syarikat ini telah mengumpul lebih daripada 3,000 pelanggan DG di serata dunia yang mana 500 merupakan pelanggan domestik di dalam China. Pada tahun 2020, jumlah penghantaran domestik mencecah 2.2GW, menyumbang sebanyak lebih daripada 20% bahagian pasaran.

Niu Yanyan, Head of LONGi Solar's DG Management Department
Niu Yanyan, Head of LONGi Solar's DG Management Department

"LONGi terus mematuhi konsepnya iaitu 'Solar for Solar' ('Solar untuk Solar'), bertindak sebagai portal dan penyokong tenaga bersih. Kami yakin untuk menyediakan modul kami yang canggih kepada rakan kongsi dan pelanggan dalam pasaran DG global," tambah Niu Yanyan, Ketua Jabatan Pengurusan DG LONGi Solar.

LONGi sedang merancang pameran solar pelawat imersif yang pertama dalam industri bagi mendemonstrasikan gaya hidup mesra alam yang termaju dan cekap merentas 11 wilayah dan 47 bandar di China, bagi mempamerkan "LONGi Solar House" ("Rumah Solar LONGi") yang menggabungkan bumbung dan dinding solar berkecekapan tinggi, bekalan kuasa rumah solar dan juga sistem pencahayaan rumah pintar.

 

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services