omniture

Hovid Berhad Jalin Kerjasama dengan Esker Automasikan Proses Akaun Permiutang

Esker
2021-04-27 13:46 1502

SINGAPURA, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Esker, platform awan global dan peneraju bagi penyelesaian automasi proses dipacu AI untuk fungsi-fungsi kewangan dan khidmat pelanggan, hari ini mengumumkan bahawa Hovid Berhad, sebuah syarikat farmaseutikal global memilih Esker untuk mengautomasikan proses akaun permiutang (AP). Langkah untuk melaksanakan penyelesaian AP automatik menyokong strategi pendigitalan global keseluruhan Hovid sebagai sebahagian daripada perjalanannya ke arah mendepani revolusi Industri 4.0.

Beroperasi dalam pasaran yang amat kompetitif harganya, Hovid memahami bahawa untuk meningkatkan kelebihan daya saingnya, ia perlu terus berkembang maju dan berinovasi, terutamanya dalam bidang pertukaran maklumat dengan teknologi-teknologi canggih seperti tangkapan data pintar, AI dan pembelajaran mesin.

Hovid mencari penyelesaian automasi yang dapat menghapuskan tugas-tugas pentadbiran manual yang berkaitan dengan AP dan memberi tahap keterlihatan dan ke-bolehcapaian yang lebih tinggi. Syarikat beralih kepada Esker untuk mendapatkan penyelesaian yang dapat menyelaraskan proses AP, menghapuskan penggunaan kertas dan mempersiapkan syarikat demi mencapai pertumbuhan masa depan. Akaun Permiutang dipacu AI Esker dapat menghapuskan sebahagian besar kerja-kerja manual daripada proses dan membolehkan pengguna mengakses maklumat dan berkolaborasi dengan mudah. Di samping itu, dengan peningkatan permintaan produk, Hovid memerlukan penyelesaian yang sangat berskala bagi membantu skala jabatan AP syarikat menandingi pertumbuhan yang dialami olehnya semasa pandemik COVID-19.

"Kolaborasi kami bersama Esker merupakan sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas untuk mengoptimumkan dan menyokong proses operasi kami demi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," kata Michelle Ho, Ketua Pegawai Kewangan di Hovid Berhad. "Kami sentiasa berminat dengan rakan kongsi berpotensi untuk menaik taraf landskap IT kami. Kami percaya Esker akan membantu kami mengurangkan sistem legasi kami dan meningkatkan masa kitaran dan hasilnya, meningkatkan produktiviti serta kecekapan."

Artikel penuh siaran akhbar di sini: https://www.esker.com.sg/company/press-releases/hovid-berhad-partners-esker-automate-its-accounts-payable-process/

Latar Belakang Hovid Berhad

Hovid Berhad bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 1941 apabila pengasas Dr Ho Kai Cheong menubuhkan perniagaan teh herba beliau di bawah jenama Ho Yan Hor. Bermula daripada gerai teh herba yang kecil, sejak itu Hovid berkembang menjadi pengeluar farmaseutikal terkemuka yang mengeluarkan lebih daripada 400 produk dalam kategori ubat-ubatan generik, makanan tambahan dan produk pengguna. Hovid berbangga akan syarikatnya hari ini dengan rangkaian antarabangsa dan tempatan yang besar mencakupi lebih 50 negara yang membawakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif, berkualiti dan harga berpatutan kepada pesakit.

Latar Belakang Esker

Esker ialah platform awan global yang dibina untuk menyerlahkan nilai strategik buat golongan profesional kewangan dan khidmat pelanggan serta mengukuhkan kerjasama antara syarikat-syarikat dengan mengautomasikan kitaran penukaran tunai. Penyelesaian Esker menggabungkan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) untuk memacu peningkatan produktiviti, peningkatan keterlihatan, pengurangan risiko penipuan dan peningkatan kolaborasi dengan pelanggan, pembekal serta dalaman. Esker beroperasi di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik dengan ibu pejabat globalnya terletak di Lyon, Perancis manakala ibu pejabat A.S. terletak di Madison, Wisconsin. Untuk maklumat lanjut mengenai Esker dan penyelesaiannya, kunjungi www.esker.com.sg. Ikuti Esker di LinkedIn @EskerAsia dan sertai perbualan di blog Esker di blog.esker.com.sg

Source: Esker
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology