omniture

Bateri Ion Litium Toshiba - Memacu masa depan masyarakat nyah-karbon

Toshiba Corporation
2021-04-28 10:00 42

SINGAPURA, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Toshiba menawarkan pelbagai barisan bateri ion litium SCiB™ untuk pelbagai jenis aplikasi dalam industri dan infrastruktur sosial.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202104.shtml

Unique characteristics of SCiB(TM) batteries
Unique characteristics of SCiB(TM) batteries

 

Rapid charging improves work/service efficiency for EV bus.
Rapid charging improves work/service efficiency for EV bus.

 

Aplikasi yang menggunakan bateri asid plumbum atau bahan bakar fosil sebagai sumber tenaga mula beralih kepada bateri yang baharu, yang lebih bersih dan lebih mesra alam seperti storan bateri berskala grid, satu langkah yang didorong oleh kesedaran terhadap alam sekitar. SCiB™ juga semakin digunakan untuk infrastruktur sosial seperti kereta api dan kapal yang mana ketahanan dan keselamatan adalah amat penting.

Banyak autombil seperti kereta, bas atau trak menuju hibrid atau elektrik dalam usaha untuk mengurangkan emisi CO2. Toshiba menawarkan jenis bateri SCiB™ bertenaga tinggi mahupun berkuasa tinggi untuk automobil seperti itu. Pilihan bertenaga tinggi digunakan dalam trak dan bas elektrik kerana kenderaan ini mungkin perlu dipandu dalam keadaan yang ekstrem atau perlu dicas/dinyahcas secara berulang kali. Sebaliknya, jenis berkuasa tinggi semakin digunakan dalam kereta hibrid yang mana ia boleh mengumpul dan menggunakan tenaga regeneratif dengan cekap yang dijana setiap kali kereta membrek.

SCiB™ terbukti dapat memberikan input/output tinggi yang dapat meningkatkan kecekapan kuasa dan menjimatkan tenaga, selain pengecasan pantas bagi meningkatkan kecekapan kerja/perkhidmatan serta mampu bertahan dalam keadaan yang ekstrem.

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services