omniture

Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei Sumbang kepada Kejayaan HDC.Cloud 2021 di University Town of Shenzhen

Huawei
2021-04-28 17:07 202

SHENZHEN, China, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Pembangun Huawei 2021 (HDC.Cloud 2021) telahpun diadakan mulai 24 hingga 26 April di University Town of Shenzhen, China. Acara pembangun ICT tahunan ini menghimpunkan individu-individu pintar dalam industri termasuk pemimpin pemikiran, saintis Huawei, pakar teknikal utama, pemimpin pendapat yang disegani dan pembangun amat mahir yang aktif meneroka dan memperoleh pengalaman amali dengan inovasi ICT yang terkini dan amalan terbaik dalam pelbagai industri. Sebagai tempat utama untuk HDC.Cloud 2021, University Town of Shenzhen penting dalam memastikan kejayaan acara berkenaan, memanfaatkan kelebihan Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei untuk rangkaian kampus yang stabil dan andal.

Ditubuhkan pada tahun 2000, University Town of Shenzhen merupakan satu-satunya kumpulan universiti berintensifkan penyelidikan di China yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan China dan bersama-sama diurus oleh kerajaan tempatan dan universiti-universiti terkemuka. Ia mendidik pelajar-pelajar siswazah sepenuh masa dan kini mempunyai kira-kira 20,000 orang pelajar dan ahli fakulti.

University Town of Shenzhen ialah institusi akademik pertama di China yang telah membina kampus sains dan pendidikan pintar dengan rangkaian Wi-Fi 6 yang luas. Strategi universiti berkenaan adalah berdasarkan falsafah - "satu nombor, satu kod, satu rangkaian dan satu skrin" - bagi mencipta platform ICT ideal yang berkongsi sumber dengan cekap dan memenuhi keperluan unik universiti dengan fleksibel. Platform baharu ini yang didayakan oleh rangkaian kampus berkualiti tinggi, memastikan agar guru-guru mahupun para pelajar dapat menikmati perkhidmatan tanpa sempadan dan pengalaman pengguna yang tekal baik dalam seluruh kampus.

Rangkaian mendasari yang sama turut menyumbang kepada kejayaan HDC.Cloud 2021. Hasil daripada prestasinya yang hebat, setiap peserta dapat menikmati pengalaman rangkaian yang mudah, berkelajuan tinggi dan stabil sepanjang masa, bermula daripada aktiviti tertutup yang melibatkan lebih 1000 peserta hinggalah makmal amali luar.

Ucapan dasar & tempat sidang kemuncak: Akses tanpa wayar penuh dan rangkaian pintar yang luas memenuhi keperluan rangkaian pembangun sepenuhnya untuk aktiviti dalam talian dan luar talian.

Ucapan dasar dan aktiviti-aktiviti karnival diadakan di stadium manakala pelbagai sidang kemuncak berlangsung di dalam dewan kuliah yang mempunyai lebih 1000 tempat duduk. Acara di lapangan ini juga disiarkan secara langsung dalam talian bagi menawarkan pengalaman dalam talian dan luar talian yang luar biasa kepada peserta.

Kunci untuk menjadikan aktiviti-aktiviti yang besar ini berjalan dengan lancar ialah rangkaian kampus yang menampilkan liputan tanpa wayar sepenuhnya, kelajuan jalur lebar ultra dan jaminan pengalaman aplikasi pintar. Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei benar-benar dapat menyediakan kesemua ini.

University Town of Shenzhen memanfaatkan khususnya alat perancangan rangkaian tanpa wayar 3D unik Huawei, WLAN Planner untuk memodelkan rangkaian tanpa wayar dengan cepat dan mensimulasikan liputan isyarat, lalu mencerminkan persekitaran di lapangan yang sebenar secara intuitif. Hasil akhirnya ialah penggunaan yang optimum dan adaptasi yang fleksibel terhadap persekitaran yang rumit.

Terangkum dalam rangkaian Wi-Fi berprestasi tinggi ialah CloudEngine S12700E Huawei, iaitu suis teras jalur lebar ultra yang paling hebat dalam industri dan AP tiga-radio unggulan Huawei, termasuk AirEngine 8760-X1-PRO dan AirEngine 6760-X1. Rangkaian baharu ini amat sesuai untuk banyak senario seperti stadium, dewan kuliah dan bilik darjah bagi menawarkan pengalaman yang hebat kepada setiap pengguna, walaupun bilamana terdapat lebih 1000 pengguna terhubung ke internet sekali gus.

Makmal amali: Wi-Fi berkelajuan tinggi luar membawa pengalaman rangkaian unggul kepada pembangun.

Berpuluh-puluh khemah diatur di kawasan luar sebagai makmal amali yang mana pembangun dapat mempelajari mengenai teknologi canggih secara langsung dan mengalami keupayaan ICT terbuka Huawei secara peribadi. Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei dapat menjamin rangkaian yang stabil dan andal yang diperlukan untuk keupayaan berasaskan perkhidmatan awan sedemikian.

Khususnya, AirEngine Wi-Fi 6 AP Huawei dengan antena pintar yang unik dapat menyampaikan jarak liputan lebih 20% berbanding purata industri. Keupayaan ini mendayakan rangkaian tanpa wayar yang berterusan di kawasan luar bagi memastikan agar setiap pembangun dapat mengalami teknologi yang terkini tanpa gangguan.

Ruang istirehat: Perpustakaan pintar berkuasa IoT membawa perubahan.

University Town of Shenzhen menghasilkan semula ruang membaca terbuka perpustakaannya bagi mewujudkan ruang istirehat tanpa wayar sepenuhnya. Semasa waktu rehat, pembangun boleh melayari katalog yang mempunyai lebih 700,000 buah buku melalui sistem peminjaman buku elektronik 'aliran-air-terjun' (waterfall-stream).

Ini dapat dijayakan hasil daripada AP siri Huawei AirEngine yang menyediakan liputan Wi-Fi 6 penuh untuk aplikasi perpustakaan pintar. Contohnya, robot perpustakaan dapat menunjukkan rak buku dan mengimbas buku menggunakan Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) berdasarkan rangkaian IoT; ia juga menggunakan rangkaian Wi-Fi 6 untuk melaporkan maklumat mengenai buku yang tersalah letak pada masa sebenar, lalu mengira buku-buku yang ada dengan cekap.

Jaminan O&M: O&M pintar menjadikan rangkaian lebih mudah digunakan.

O&M rangkaian yang cekap dan pintar merupakan satu lagi faktor kejayaan penting untuk HDC.Cloud 2021. Huawei iMaster NCE-CampusInsight, penganalisis rangkaian kampus, banyak membantu pihak pentadbir di Pusat Maklumat Rangkaian University Town of Shenzhen. Secara lebih terperinci, pentadbir dapat meramalkan masalah rangkaian tanpa wayar dan mendapatkan cadangan pengoptimuman rangkaian dengan menggunakan modul analitik data raya dan perpustakaan pengalaman pakar. Mereka juga boleh menyesuaikan rangkaian dengan cepat, umpamanya, melakukan pengimbangan beban AP, menyesuaikan kuasa penghantaran dan mengoptimumkan saluran. iMaster NCE-CampusInsight menjamin pengalaman aplikasi yang optimum untuk pembangun dengan mendayakan O&M yang terperinci termasuk keterlihatan apikasi, kesedaran kualiti dan pembatasan kesilapan.

"Sejak penubuhannya, University Town of Shenzhen telah memupuk sejumlah besar bakat inovatif berteknologi tinggi demi pembaharuan dan pembangunan Shenzhen," kata Sun Tao, Pengarah Pusat Maklumat Rangkaian, Pejabat Pengurusan, University Town of Shenzhen. "Kampus sains dan pendidikan pintar kami telahpun melangkah ke era 2.0 dengan inovasi digital, pengurusan pintar dan perkhidmatan terperinci giat dijalankan. Ini dapat menawarkan perkhidmatan rangkaian kampus yang berkualiti tinggi dan persekitaran penyelidikan saintifik untuk pembangun kampus, seraya memperkasa mereka dengan kemahiran yang lebih tinggi demi inovasi."

Scan to learn more
Scan to learn more

Ketahui lebih lanjut mengenai Pelopor IP Pintar: https://e.huawei.com/en/case-studies/leading-new-ict/digital-city/2020/higher-education-center

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment