omniture

Zoomlion Adakan Majlis Keberangkatan Besar-besaran untuk Penghantaran 100 Unit Jentera Tolak Tanah ke Negara-negara BRI

Zoomlion
2021-04-28 22:17 25

CHANGSHA, China, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Dalam bulan April, Zoomlion Earthmoving Machinery Company mengadakan majlis keberangkatan besar-besaran buat 100 unit peralatan jentera tolak tanahnya yang sedang dalam perjalanan ke Asia Tenggara dari Taman Perindustrian Weinan Zoomlion di Shaanxi, China.

Zoomlion Adakan Majlis Keberangkatan Besar-besaran untuk Penghantaran 100 Unit Jentera Tolak Tanah ke Negara-negara BRI
Zoomlion Adakan Majlis Keberangkatan Besar-besaran untuk Penghantaran 100 Unit Jentera Tolak Tanah ke Negara-negara BRI

Produk jentera tolak tanah yang dihantar ini akan menyumbang kepada pembinaan infrastruktur di negara-negara tersebut sebagai inisiatif penting Zoomlion dalam membantu pembangunan BRI. Sejak awal tahun ini, Zoomlion telah berjaya menerima tempahan yang besar dari sejumlah negara anggota utama BRI di Asia. Syarikat ini telah menyediakan pelbagai penyelesaian pembinaan komprehensif untuk terus memenuhi keperluan pelanggan.

Pembangunan pesat dalam pasaran jentera tolak tanah antarabangsa Zoomlion banyak mendapat manfaat daripada peningkatan berterusan daya saing produk syarikat. Dengan usaha sama dari pasukan R&D di China dan Amerika Utara, syarikat ini telah melonjakkan keupayaan R&Dnya dengan ketara dan melancarkan generasi baharu produk yang termasuk siri E-10 dan siri G, untuk memenuhi permintaan pelbagai keadaan kerja. Produk yang sangat cekap dan boleh dipercayai ini telah dioptimumkan dari segi padanan kuasa, kawalan hidraulik, operasi ruang pandu antara fungsi utama lain dan faedah penjimatan tenaga yang ketara semakin mendapat pengiktirafan daripada pelanggan global.

Untuk memastikan operasi peralatan jentera tolak tanah syarikat di pelbagai projek luar negara semasa COVID-19, kakitangan perkhidmatan Zoomlion telah diletakkan di tapak-tapak pembinaan di Afrika, Asia Tenggara dan Timur Tengah untuk memastikan perkhidmatan sokongan yang lancar bagi peralatan di projek-projek pembinaan utama BRI.

"Dengan pemulihan pasaran jentera pembinaan berterusan dan pantas, kami akan mempercepatkan perluasan perniagaan luar negara kami, memberi tumpuan kepada negara-negara BRI untuk mencapai kejayaan dalam mencipta produk yang lebih hijau, lebih pintar, dan lebih mesra alam buat pelanggan global kami," kata Deng Zhe, Timbalan Pengurus Besar Zoomlion Earthmoving Machinery Company.

Melangkah ke hadapan, Zoomlion akan terus berusaha keras dalam inovasi produk, pengeluaran cerdas dan perkhidmatan setempat, bertujuan untuk membawakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang semakin berkembang ke barisan hadapan pembinaan global.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan dalam tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd (01157.HK) ialah perusahaan pengeluaran peralatan atasan yang menyepadu jentera kejuruteraan, pertanian, dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 600 produk canggih dari 56 barisan produk yang merangkumi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Transportation