omniture

Hisense Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022(TM)

Hisense
2021-04-28 22:36 219

ZURICH, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat teknologi yang terkenal di dunia telah memeterai perkongsian dengan FIFA untuk menjadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™ yang akan mewujudkan hubungan yang eksklusif antara penonton seluruh dunia perlawanan tersebut dengan cara yang unik dan menarik.

Hisense Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022(TM)
Hisense Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022(TM)

Dengan menyertai senarai Rakan Gabungan Komersial untuk perlawanan akan datang ini, Hisense bakal terlibat dalam program yang akan terdiri daripada peluang penglibatan di lapangan sehinggalah keterlihatan logo merentas pelbagai platform untuk kempen pengiklanan global. Kolaborasi berkenaan, yang bermula pada tahun 2017, terjalin lebih awal daripada FIFA World Cup™ di Rusia turut melibatkan peluang untuk Hisense mempersembahkan program video-atas-permintaan yang dicipta khas untuk pelanggannya menggunakan kandungan FIFA World Cup yang lalu, disampaikan melalui platform TV pintar VIDAA bersepadunya.

"Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Hisense bersama kami sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup dan kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan jenama yang disegani di peringkat antarabangsa ini yang kehadirannya juga semakin berkembang dalam pasaran sukan," kata Ketua Setiausaha FIFA Fatma Samoura. "Baik FIFA mahupun Hisense memfokuskan pada teknologi, inovasi dan memberikan pengalaman yang sebaik mungkin kepada orang ramai. Saya yakin bahawa kolaborasi ini akan dapat menyokong objektif-objektif global kedua-dua organisasi dan menyumbang kepada kejayaan apa yang pastinya akan menjadi acara yang menakjubkan pada tahun hadapan."

"Pelaburan yang berterusan dalam acara-acara sukan bertaraf dunia menunjukkan keazaman Hisense untuk menjadi jenama bertaraf global," kata Jia Shaoqian, Ketua Pegawai Eksekutif Hisense Group. "Ia membantu Hisense membina hubungan yang lebih kukuh bersama pengguna globalnya dan mempercepatkan proses globalisasi syarikat. Ia turut mewujudkan asas yang kukuh untuk Hisense bersaing dengan jenama-jenama yang paling inovatif dan terkemuka di dunia agar turut menjadi jenama global ulung."

Menurut kajian berkisarkan acara tersebut, penajaan 2018 FIFA World Cup Russia™ telah meningkatkan kesedaran mengenai TV Hisense di China sebanyak 12% dan 6% secara global, dengan prestasi yang kukuh di United Kingdom, Perancis, Kanada, Rusia, Sepanyol dan Jepun.

Ketika ini Hisense mempunyai lebih daripada 90,000 pekerja di seluruh dunia, berserta 16 taman perindustrian dan 16 pusat penyelidikan dan pembangunan yang merangkumi sistem penyelidikan dan pembangunan kolaboratif multiasional. Perniagaannya melibatkan multimedia, perkakas rumah, sistem maklumat pintar IT dan industri perkhidmatan moden manakala produk-produknya telah dieksport ke lebih 160 negara dan wilayah. Menurut sebuah firma penyelidikan dan perunding bebas, Hisense kekal menjadi pembuat TV keempat terbesar di dunia dari segi unit penghantaran (angka 2020).

FIFA World Cup ialah satu perayaan untuk sukan bola sepak global dan merupakan peluang yang penting untuk jenama-jenama memaparkan pencapaian teknologi yang inovatif serta meningkatkan pengalaman tontotan peminat. Hisense mendorong inovasi bagi menyediakan pelbagai penyelesaian untuk keperluan pengguna yang semakin pelbagai dan bagi meningkatkan pembangunan industri.

FIFA World Cup Qatar 2022 akan berlangsung mulai 21 November hingga 18 Disember 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut, kunjungi FIFA.com.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Contracts