omniture

Sunport Power: PV Solar luar-grid pertama dengan modul S1 Mula Beroperasi

Sunport Power
2021-04-29 04:23 206

NAGANO, Jepun, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Setelah empat bulan pemasangan dan pengujian, projek PV solar luar-grid industri yang pertama dilengkapi dengan panel MWT yang ringan dan fleksibel di Jepun mula beroperasi dan memulakan penjanaan kuasa. Dengan bantuan sistem penyimpanan kuasa yang dipasang, loji PV atas bumbung ini akan menyediakan bahagian bawah kilang dengan tenaga elektrik bersih bagi tujuan penggunaan kendiri.

 

Projek PV Solar luar-grid pertama dengan modul fleksibel Sunport Power di Jepun
Projek PV Solar luar-grid pertama dengan modul fleksibel Sunport Power di Jepun

"Kami telah merealisasikan projek yang disesuaikan sepenuhnya dalam proses bermula daripada reka bentuk produk awal hinggalah pemasangan di tapak selepas itu. Bumbung jubin keluli berwarna kilang tersebut dengan jurang yang besar dan galas bebas yang rendah, ekoran keperluan projek yang tidak konvensional, kami segera menubuhkan sebuah pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) khas dan menyediakan skema dengan produk dan reka bentuk  kepada pelanggan dalam masa yang singkat yang terbukti satu rancangan yang membuahkan hasil dalam mematuhi prosedur," kata Dr. Shiliang Wu, Pengurus Besar Teknikal Sunport Power. "Bagi memenuhi keadaan pemasangan sebenar seperti galas beban rendah bagi bumbung dan jurang besar yang menghasilkan titik lekapan yang rendah, kami mengambil keputusan untuk menggunakan S1, panel PV bersaiz kecil yang ringan dan fleksibel, dengan aplikasi gam belakang yang menjadikan pemasangan lebih mudah dan menjimatkan kos," sambung Dr. Wu.

Panel S1 yang digunakan pada bumbung ini merupakan produk modul PV amat unik yang dibangunkan oleh Sunport Power. Dengan reka bentuk khas yang merujuk kepada jurang besar bumbung pelanggan, panel S1 yang dibekalkan berbentuk panjang dan sempit yang boleh dibenamkan ke dalam jubin keluli berombak dengan gam belakang dan ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos sokongan, tetapi juga menjadikan pemasangan lebih stabil dan andal. Berdasarkan teknologi lelilit logam (metal wrap through, MWT), tiada busbar dan jalur kimpalan terdapat pada bahagian depan panel tersebut. Pemasangan bahan pilomer fleksibel organik khas sebagai asas pengkapsulan dan dengan teknologi pengkapsulan 2D yang direka khas, panel tersebut dapat mengurangkan ketebalan dan berat (1.4mm sahaja dan 1.3 kg seunit) dengan banyak sekali dan menjadi lebih fleksibel. Di samping itu, memandangkan ia bebas daripada jalur kimpalan oleh teknologi MWT, panel S1 benar-benar menghapuskan penggunaan logam berat termasuk plumbum yang menjadikan produk tersebut mesra alam.

"Kami telah menjalin perkongsian yang sangat baik bersama Sunport Power. Mereka menunjukkan kecekapan bekerja yang mengagumkan dalam seluruh proses bermula dengan menerima permintaan daripada kami hinggalah pemasangan akhir. Mereka juga melaksanakan tugas yang sangat baik dalam pengeluaran dan penyerahan panel, terutamanya dalam tempoh pandemik yang sukar pada tahun lalu. Kami amat berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan mereka," kata En. Maruyama, pengurus besar taman solar atas bumbung.

"Pembezaan merupakan asas bagi pembangunan Sunport Power. Sejak penubuhan, Sunport Power menumpukan pada penyelesaian dan pembangunan teknologi terbeza, teknologi MWT bagi menggalakkan perubahan industri dengan teknologi dan bertegas untuk menyediakan produk serta perkhidmatan yang "eksklusif" kepada pelanggan kami," kata Dr. Fengming, Zhang, pengasas dan presiden Sunport Power.

Penyempurnaan dan operasi projek PV solar atas bumbung di Jepun ini bukan sahaja mengetengahkan kefleksibelan dan ketahanan panel PV S1, tetapi turut mencerminkan kelebihan panel berasaskan MWT dalam penyesuaian mendalam bagi menyediakan penyelesaian yang terbaik kepada pelanggan dengan tahap kecekapan yang lebih tinggi dan lebih banyak produk yang dapat digunakan mengikut senario aplikasi praktikal.  

Latar Belakang Sunport Power:

Jiangsu Sunport Power Corp., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2012 di China dan mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan sel dan modul solar berdasarkan teknologi sentuh belakang MWT (Lelilit Logam) yang canggih, komited terhadap pembuatan sel dan modul PV berkecekapan tinggi selain menyediakan produk, perkhidmatan dan penyelesaian profesional kepada pelanggan.

Alamat web: https://www.sunportpower.com/

LinkedIn:
Sunport Power
https://www.linkedin.com/company/14570915/admin/

 

Source: Sunport Power
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Semiconductors Utilities New products/services