omniture

Coway Menang Red Dot dan iF Design Award untuk Perkakas Rumah Inovatif

Coway Co., Ltd.
2021-04-29 10:00 168

SEOUL, Korea Selatan, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Coway, "The Best Life Solution Company," telah memenangi Red Dot Award: Product Design 2021 yang amat diidamkan untuk 3 produk manakala iF Design Award 2021 untuk 1 produk. Ini merupakan tahun ke-15 berturut-turut Coway diiktiraf atas kecemerlangan reka bentuk produk di Red Dot Design Award dan tahun ke-13 di iF Design Award.

Coway menang Red Dot Award: Product Design 2021 dan iF Design Award 2021.
Coway menang Red Dot Award: Product Design 2021 dan iF Design Award 2021.

Red Dot Award dan iF Design Award merupakan antara anugerah yang paling diinginkan untuk reka bentuk yang memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang inovatif dan memuji kecemerlangan reka bentuk konsep. Selama lebih daripada sedekad lamanya, Coway menerima kedua-dua anugerah berkenaan secara berterusan.

Pembersih udara Coway AP-2021A, AP-1720H dan penulen air P-3100R dianugerahkan anugerah Red Dot dalam kategori reka bentuk produk.

Pembersih udara AP-2021A turut memenangi iF Design Award yang disegani, manakala AP-1720H dan P-3100R dinamakan sebagai finalis.

Coway AP-2021A yang memenangi pelbagai anugerah ialah pembersih udara jenis menara premium yang memberi keanggunan tambahan kepada mana-mana ruang seperti suatu karya seni. Diilhamkan oleh seni bina, jeriji ambilan berlapis mendatar secara simboliknya menunjukkan pengambilan menyeluruh 360-darjah, 4-dimensi yang lebih berkuasa.

Coway AP-1720H ialah pembersih udara yang amat dikagumi untuk reka bentuknya yang berpadu dengan indah dalam rumah dan lebih dirasakan seperti perabot atau karya seni dan bukannya perkakas rumah konvensional. Penutup depan magnet yang inovatif membolehkan pengguna meneroka lebih banyak kemungkinan reka bentuk dan mendapatkan rupa yang paling menepati citarasa mereka.

Penulen air bawah sinki, Coway P-3100R direka bentuk demi kecekapan ruang dan penggunaan yang mudah. Kepala paip yang kerap digunakan diletakkan di atas kaunter dapur manakala sistem penapisan yang jarang disentuh oleh pengguna kecuali semasa membuat penggantian, diletakkan secara berhati-hati di bawah sinki bagi mengosongkan ruang kaunter dapur. Kepala paip mempunyai panel kawalan bagi keterlihatan keadaan penapis dan pilihan penulenan yang mudah.

Coway mereka bentuk produk yang dapat membantu pengguna mewujudkan rutin harian yang lebih sihat melalui pengalaman harian yang menggembirakan.

Kesemua produk direka untuk mencerminkan bagaimana orang ramai menjalani kehidupan bagi pengalaman produk yang benar-benar bertumpukan pelanggan. Setiap produk direka bentuk dengan teliti untuk mengadunkan persekitarannya dengan saiz penuh, tekstur unik, fungsian bermakna dan nilai estetika premium. Sama seperti air dan udara yang merupakan komponen penting dalam kehidupan yang jarang dilihat, produk Coway berpadu secara alami dalam kehidupan harian dan meningkatkan kualiti kehidupan.

"Red Dot Award dan iF Design Award merupakan pengiktirafan sebenar terhadap reka bentuk produk Coway yang bertumpukan pengguna," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Produk di Coway. "Coway bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang sihat dan mudah berasaskan reka bentuk produk yang intuitif. Kami akan terus meningkatkan fungsian dan nilai estetika produk kami melalui reka bentuk yang mencerminkan bagaimana pengguna kami menjalani kehidupan."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Syarikat Penyelesaian Kehidupan Terbaik," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand serta China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

 

Source: Coway Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards