omniture

Kiraan Detik Bermula: 100 Hari menuju Vivid Sydney

Destination New South Wales
2021-04-29 12:16 209

SYDNEY, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat, 6 Ogos – 100 hari dari hari ini – Vivid Sydney akan membuat kemunculan semula yang amat dinanti-nantikan ke Harbour City, bagi mengubah Sydney menjadi jalinan yang silih berganti antara kreativiti, inovasi dan teknologi.

 

Dipentaskan sepanjang 23 malam, festival tahun 2021 akan menggabungkan paparan seni yang memukau dan pancaran cahaya 3D dengan barisan penghibur muzik yang bersifat eklektik, ceramah serta bengkel yang mencetuskan pemikiran daripada beberapa individu bijaksana yang paling hebat di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Steve Cox berkata Vivid Sydney merupakan satu peluang untuk orang ramai dari Australia – dan New Zealand – untuk meraikan inovasi dan kreativiti di Sydney, dimulakan dengan pelancaran dua Jam Kira Detik (Countdown Clocks) yang mengagumkan untuk membuat kiraan detik setiap hari sehinggalah detik Cahaya Dipasang (Lights On) festival tersebut.

"Kami sangat teruja dengan Vivid Sydney yang kembali semula ke Sydney dari 6-28 Ogos 2021. Ia merupakan festival cahaya, muzik dan idea terbesar dan tahun ini ia bakal menjadi festival yang sangat hebat."

"Vivid Sydney meraikan inovasi dan kreativiti yang mengubah bandar ini menjadi tempat hiburan yang tidak dijangkakan pada setiap musim sejuk. Festival ini benar-benar menggalakkan kami untuk berfikir dengan cara berbeza dan membuka minda kami terhadap kemungkinan yang tidak terhingga, yang turut dirasai secara meluas."

"Sydney sememangnya merupakan salah sebuah bandar yang paling cantik di dunia, menyediakan kanvas yang hebat buat individu kreatif. Tiada tempat yang lebih baik untuk meraikan dan mengacarakan festival cahaya, muzik dan cahaya terbesar di hemisfera selatan daripada bandar yang hebat ini."

Countdown Clocks, yang pertama dalam sejarah 12 tahun acara ini, direka bentuk oleh Kurator Vivid Light Lucy Keeler dan akan ditempatkan di First Fleet Park, The Rocks dan Wulugul Walk, Barangaroo. Pengunjung Sydney boleh melihat jam yang boleh dikongsikan di Instagram ini, menangkap gambar swafoto dan berkongsi di media sosial menggunakan #vividsydney. Versi maya juga akan dipaparkan di vividsydney.com yang mengira detik hingga 6 Ogos ini.

Pengarah Festival Gill Minervini berkata program tahun ini menawarkan pelbagai alasan untuk pengunjung kembali sepanjang festival ini termasuk beberapa kemasukan program yang pertama kali diadakan.

"Tahun ini, Vivid Sydney akan membawa pengalaman baharu untuk dinikmati oleh pengunjung festival kami. Buat julung kalinya, perairan Cockle Bay di Pelabuhan Darling akan dihidupkan sebagai Laluan Bercahaya (Light Walk) terapung yang menggabungkan karya seni besar yang digelar sebagai Ephemeral daripada studio reka bentuk yang berpangkalan di Sydney Atelier Sisu.

"Muka depan Customs House, salah sebuah bangunan warisan yang paling ikonik di bandar ini, akan dihidupkan dengan VORAX – kisah 3D epik mengenai kebangkitan pencuri licik menuju kehebatan daripada Treacle Media Hong Kong. Di The Rocks pula, artis Brad Robson dan Esem Projects menyediakan gambaran menarik mengenai perjalanan menghasilkan potret dinamik Brad melalui Point of View," kata Cik Minervini.

Pemasangan Cahaya Vivid Sydney 2021:

Ephemeral, Cockle Bay Darling Harbour

Dihasilkan oleh studio reka bentuk Atelier Sisu milik Sydney, Ephemeral ialah seni bina cahaya dan bunyi imersif yang meninjau pengalaman manusia yang sentiasa berubah-ubah. Ditempatkan di perairan Cockle Bay di Pelabuhan Darling, pemasangan tersebut menggabungkan laluan terapung di atas 200 sfera seakan-akan gelembung dan struktur yang lebih hebat daripada hakikat sebenar setinggi lapan meter di atas permukaan air. Pengunjung akan dijemput untuk berjalan di bawah sfera gelembung yang menghasilkan lautan cahaya hipnotik yang berubah dengan warna berkontras serta warna terang yang berbeza, ditetapkan berlatarbelakangkan pemandangan bunyi yang reaktif.

VORAX, Customs House, Circular Quay

Daripada Treacle Media Hong Kong, VORAX ialah pengalaman penceritaan 3D epik yang dipancarkan pada Customs House. Penonton akan berpeluang untuk menonton kisah kebangkitan pencuri yang licik menuju kehebatan sambil melintasi banyak persekitaran yang mengkhayalkan dan di luar realiti.

Point of View, The Rocks

Satu kolaborasi antara artis Sydney Brad Robson dan Esem Projects, Point of View mengabadikan Brad dalam proses menghasilkan potret dinamik beliau dan mengangkat konsep lukisan mural menjadi bentuk yang baharu dan indah. Penonton akan terpesona dengan penghasilan semula seni tradisional yang indah ini.

Vivid Sydney 2021 akan mengaktifkan dan merancakkan Sydney CBD, The Rocks, Circular Quay serta struktur-struktur bandar yang ikonik seperti Panggung Opera Sydney, Jambatan Pelabuhan Sydney, MCA dan Customs House.

Program penuh Vivid Sydney akan diumumkan pada lewat bulan Mei ini. Sila ke vividsydney.com untuk maklumat lanjut. Vivid Sydney dimiliki, diurus dan dihasilkan dengan bangganya oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW. 

CATATAN UNTUK EDITOR 

Aset media disediakan di sini untuk dimuat turun.

Siaran media, imej dan kandungan boleh dimuat turun daripada pusat media Destination NSW: www.media.destinationnsw.com.au 

Latar Belakang Vivid Sydney: 
Vivid Sydney ialah perayaan kreativiti, inovasi dan teknologi yang mentransformasikan Sydney CBD pada musim sejuk melalui Cahaya, Muzik dan Idea. Meraikan ulang tahun ke-12nya pada tahun 2021, Vivid Sydney merangkumkan keunikan, kemeriahan dan imaginasi Sydney, memberi kedudukan kepada Harbour City sebagai hab kreatif Asia Pasifik. Festival ini menampilkan paparan seni dan pancaran 3D besar yang memukau daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, barisan penghibur muzik yang bersifat eklektik, ceramah yang mencetuskan pemikiran daripada beberapa individu bijaksana terhebat di dunia serta kerjasama termasuk Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney. Vivid Sydney dimiliki, diurus dan dihasilkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW.

Vivid Sydney 2021_Persembahan Cahaya_Ephemeral_Kredit:Destination NSW
Vivid Sydney 2021_Persembahan Cahaya_Ephemeral_Kredit:Destination NSW

Vivid Sydney 2021_Persembahan Cahaya_VORAX_Customs House_Kredit: Destination NSW
Vivid Sydney 2021_Persembahan Cahaya_VORAX_Customs House_Kredit: Destination NSW

Source: Destination New South Wales
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel Future Events