omniture

Siri HUAWEI Vision S Bawa Pengalaman Huawei Mobile Services ke Ruang Tamu

Huawei
2021-04-29 14:09 56

KUALA LUMPUR, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memperkenalkan secara rasmi siri HUAWEI Vision S di Malaysia, membawa era kolaboratif dan saling hubung yang baharu untuk ekosistem pintar syarikat ini. Menerusi pelancaran ini, HUAWEI Vision S membolehkan pengguna untuk menikmati aplikasi Huawei Mobile Services (HMS) kegemaran mereka dalam format yang lebih besar dan lebih imersif.

HUAWEI Video dan HUAWEI Music menawarkan pengalaman hiburan terbaik

Dengan HUAWEI Vision S, pengguna akan dapat menikmati pustaka HUAWEI Video mereka pada skrin yang lebih besar. Aplikasi HUAWEI Video menampilkan katalog rancangan dan video mantap yang berupaya untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai. Ini termasuk kandungan daripada syarikat penerbitan kegemaran global yang terkenal seperti BBC Studios dan Paramount Pictures sehinggalah syarikat penerbitan tempatan yang popular seperti Astro dan Media Prima.

Siri HUAWEI Vision S dengan HUAWEI Video
Siri HUAWEI Vision S dengan HUAWEI Video

Selaras dengan strategi 1+8+N semua-senario, siri HUAWEI Vision S menawarkan ciri penyambungan semula main balik berbilang peranti yang menyampaikan pengalaman tontonan yang benar-benar lancar kepada penggunanya. Pengguna Huawei boleh mengelog masuk ke HUAWEI Video pada berbilang peranti serentak dengan HUAWEI ID yang sama. Ini membolehkan mereka untuk mengikuti semula dari mana mereka meninggalkannya tanpa tertinggal bingkai pada peranti lain, sama ada peranti HUAWEI Vision S atau telefon pintar. HUAWEI Video turut membangunkan algoritma proprietari untuk HUAWEI Vision S baharu yang memberi cadangan yang disesuaikan untuk pengguna berbeza berdasarkan tabiat tontonan masing-masing terhadap seluruh rangkaian dan setiap individu pengguna.

Penggemar muzik boleh menstrim pustaka muzik tak hilang yang luas terus melalui aplikasi HUAWEI Music TV pada HUAWEI Vision S baharu. Apabila digandingkan dengan algoritma pemprosesan audio HUAWEI Vision S dan sistem pembesar suara terbina dalam yang hebat, pengguna boleh menukarkan ruang tamu mereka menjadi dewan konsert dengan hanya menekan satu butang. Tambahan pula, Vision S dilengkapi dengan Pembesar Suara AI dengan ciri Skrin Padam agar pengguna Huawei dapat menikmati pengalaman main balik muzik dengan kehalusan yang sama walaupun apabila skrin telah dipadamkan.

Pengalaman telefon pintar kegemaran anda diperluaskan pada skrin lebih besar

Dengan tujuan untuk membawa pengalaman aplikasi global dan tempatan yang unik kepada pengguna pada skrin besar selain meningkatkan pengalaman pengguna melangkaui TV biasa, HUAWEI Vision S dipramuat dengan AppGallery, pasaran aplikasi 3 terbaik. Semasa upacara pelancaran, pengguna di Malaysia boleh mendapat akses ke platform perkhidmatan Malaysia yang terkemuka Kaodim di AppGallery serta pelbagai portal makanan dan resipi yang mantap.

Siri HUAWEI Vision S dengan Petal Search
Siri HUAWEI Vision S dengan Petal Search

HUAWEI Vision S juga dikuasakan oleh Petal Search. Enjin gelintar natif-HMS telah dioptimumkan untuk skrin yang lebih besar dan menyediakan keupayaan teknikal yang berkuasa serta pangkalan data yang beraneka. Ini membolehkan pengguna untuk mencari pilihan media yang berbeza dengan mudah termasuk video, muzik dan produk bagi memastikan mereka terus dihiburkan selama berjam-jam tanpa henti.

Petal Search dilengkapi dengan teknologi AI untuk menyediakan pengalaman carian yang lebih diperibadikan kepada pengguna HUAWEI Vision S. Pembantu Suara AInya membolehkan pengguna melakukan carian bebas tangan dengan mudah, lalu memperkasakan mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih cekap.

Antara pustaka media yang luas dan rangkaian perkhidmatan gaya hidup yang pelbagai, HUAWEI Vision S baharu berkembang daripada paparan semata-mata kepada tumpuan utama di rumah. Seleksi luas aplikasi HMS untuk HUAWEI Vision membolehkan pengguna di rumah menikmati gaya hidup digital yang berkualiti daripada keselesaan kediaman mereka.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications