omniture

CGTN: Ayuh berbicara mengenai Xinjiang: LIU Xin berbincang dengan tiga duta ke China

CGTN
2021-04-30 02:22 93

BEIJING, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- Di mata sebilangan ahli politik dan rakan media Barat yang mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke Xinjiang, wilayah ini menyerupai tempat "jahat" yang mana golongan etnik minoriti menderita akibat "pembunuhan beramai-ramai", "buruh paksa" dan jenayah kejam yang lain terhadap manusia.

Namun demikian, memandangkan semakin ramai delegasi antarabangsa berkunjung ke Xinjiang untuk melihat sendiri wilayah ini, naratif yang berbeza timbul. Menurut Kementerian Luar Negeri Cina, sejak beberapa tahun yang lalu, lebih daripada 1,200 diplomat, wartawan dan pegawai agama dari lebih 100 negara telah mengunjungi Xinjiang. Mereka melihat sendiri wilayah tersebut dan menyedari bahawa apa yang disaksikan oleh mereka berbeza daripada sebilangan laporan media Barat.

Bagi memberi pencerahan baharu mengenai perdebatan yang berlangsung mengenai apa yang berlaku di Xinjiang, penyampai berita CGTN Liu Xin menjemput Moin ul Haque, Duta Pakistan ke China, Fariz Mehdawi, Duta Palestin ke China dan Imad Moustapha, Duta Syria ke China untuk perbincangan meja bulat selama 30 minit. Ketiga-tiga diplomat ini berkongsi pengalaman langsung mereka di Xinjiang dan cuba membongkar niat di sebalik gambaran yang dibuat oleh beberapa negara Barat terhadap Xinjiang.

Perbincangan tersebut berlangsung di panggung opera gaya Cina di Beijing tengah. Liu Xin baru sahaja menyelesaikan perjalanan selama dua minggu ke Xinjiang yang mana beliau mewawancara ramai pegawai tempatan, ahli akademik, petani dan penduduk tempatan.

Ayuh berbicara mengenai Xinjiang: LIU Xin berbincang dengan tiga duta ke China
Ayuh berbicara mengenai Xinjiang: LIU Xin berbincang dengan tiga duta ke China

Xinjiang di mata duta 

Duta Pakistan ke China Moin ul Haque mengunjungi Xinjiang pada bulan Mac ini. Beliau menggambarkan perjalanan ini sebagai "suatu pengalaman sepanjang hayat". Selepas mengunjungi pelbagai tempat, termasuk keluarga setempat, projek pembangunan dan masjid, beliau tertarik dengan kepelbagaian budaya dan agama serta keharmonian di wilayah ini. Berbanding apa yang digelar sebagai "pensterilan paksa" yang dikenakan ke atas etnik minoriti yang didakwa oleh sesetengah "penyelidik" Barat, beliau berkata, "Xinjiang merupakan gabungan yang berbeza antara lebih 50 etnik minoriti dan etnik minoriti ini wujud di Xinjiang dalam keadaan yang sangat aman dan harmoni."

Fariz Mehdawi, Duta Palestin ke China, berasa kagum dengan bilangan tempat ibadat. Beliau melawat Xinjiang pada tahun 2020 dan memerhatikan bahawa terdapat masjid di mana-mana simpang yang dilihat oleh beliau dan terdapat lima buah masjid yang sebenarnya berada di kawasan kejiranan yang sama dan sebuah institusi pembelajaran agama khas turut dibina.

Sebilangan orang mempertikaikan bahawa lawatan oleh para diplomat ini semuanya dilakonkan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Duta Fariz berkata beliau berpendapat bahawa pandangan tersebut tidak beradab. "Seseorang tidak harus percaya bahawa para diplomat boleh menjadi begitu naif sehingga mereka boleh berkomplot untuk percaya apa sahaja secara bulat-bulat," beliau berpendapat dan menambah bahawa "para diplomat bukan sebahagian daripada konspirasi yang mana mereka akan membenarkan sesuatu daripada apa yang dilihat oleh mereka."

Pencapaian anti-keganasan di Xinjiang    

Pada masa lalu, Xinjiang menderita akibat "tiga kuasa jahat": faham pemisahan, faham pelampau dan keganasan. Namun begitu, hasil daripada usaha oleh China, tiada lagi sebarang serangan pengganas di Xinjiang selama lebih daripada empat tahun berturut-turut.

Faktor di sebalik keadaan ini, kata duta-duta tersebut ialah pihak berkuasa Cina telah melakukan dua perkara yang betul: yang pertama ialah membasmi pengganas tegar secara paksa dan satu lagi ialah penekanan ke atas rakyat dan pembangunan masyarakat.

Duta Syria ke China Imad Moustapha memberitahu Liu Xin bahawa China melakukan perkara yang betul. China memfokuskan isu-isu utama iaitu bagaimana untuk membangunkan masyarakat dan cara untuk mengelakkan penduduk di Xinjiang daripada menjadi mangsa propaganda pelampau radikal.

Mengapa Xinjiang menjadi topik yang begitu kontroversi?  

Perbezaan antara pengalaman peribadi duta-duta dan naratif oleh dunia Barat begitu jelas. Mengapa?

Fariz Mehdawi, Duta Palestin ke China, menjelaskan bahawa ia bukan mengenai hak asasi manusia; ia mengenai cabaran geopolitik.

Duta Syria ke China Imad Moustapha berkata, "ayuh kita lihat isu-isu ini sebagaimana adanya. Isu-isu ini tidak berkaitan sama sekali dengan Xinjiang. Sebaliknya, ia berkaitan dengan kempen media di Barat terhadap China untuk memburuk-burukkan China. China jahat dan apa sahaja yang dilakukan oleh China merupakan perbuatan yang tidak baik."

Duta-duta tersebut menyatakan harapan agar China terus mengikuti haluannya, meneruskan laluan pembangunannya, meneruskan dasar buka pintu, meneruskan pembaharuan dan meneruskan pendekatan bertumpu rakyat. Mereka bersetuju bahawa Xinjiang ialah tanah purba yang indah dengan pelbagai penduduk yang mempunyai harapan dan memberi inspirasi.

Walau bagaimanapun, pendapat oleh duta-duta ini tidak mewakili pandangan semua negara. Sejak Februari 2021, kerajaan Kanada, Belanda dan UK telah meluluskan usul tidak mengikat yang mengisytiharkan bahawa perbuatan China di Xinjiang merupakan penghapusan beramai-ramai. Jabatan Negara A.S. melabel tindakan China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai dalam Laporan Negara mengenai Amalan Hak Asasi Manusia 2020 yang dikeluarkan pada bulan Mac. China menolak dengan tegas dakwaan berkenaan.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2021-04-27/What-do-three-ambassadors-talk-about-Xinjiang-with-Liu-Xin--ZMA1UeE2T6/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements