omniture

Panggilan untuk Penyertaaan Golden Pin Design Award 2021 Diumumkan

Jangan lepaskan peluang besar seterusnya di pentas reka bentuk antarabangsa
Yuran pendaftaran percuma untuk 70 penyertaan pertama dari Thailand
Taiwan Design Research Institute
2021-04-30 18:24 34

TAIPEI, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- Golden Pin Design Award (GPDA) 2021, salah satu daripada anugerah reka bentuk tahunan yang ikonik di Asia, kini memanggil penyertaan, membuka peluang hebat untuk bakat-bakat reka bentuk dari seluruh dunia untuk mempamerkan produk dan projek mereka yang memenuhi keperluan masyarakat Asia di seluruh dunia. Dilaksanakan oleh Taiwan Design Research Institute (TDRI) dan dianjurkan oleh Biro Pembangunan Perindustrian, "Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan", GPDA telah berusaha keras untuk menggalakkan penanda kualiti dalam reka bentuk yang diiktiraf secara global. Peserta Thai yang mewakili 70 reka bentuk pertama Thailand akan dapat mendaftar secara percuma.

Pendaftaran Awal Golden Pin Design Award 2021 Dibuka hingga 31 Mei
Pendaftaran Awal Golden Pin Design Award 2021 Dibuka hingga 31 Mei

Diperkenalkan dalam tahun 1981, GPDA ialah salah satu daripada anugerah reka bentuk yang paling berwibawa dan berpengaruh dalam masyarakat Asia di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf produk dan projek komersial yang dimasukkan oleh pasukan reka bentuk dan profesional industri ke dalam empat kategori – reka bentuk produk, reka bentuk komunikasi, reka bentuk ruangan, dan reka bentuk penyepaduan.

Pereka produk dan projek yang memenangi anugerah akan berpeluang untuk membuat jualan dalam talian di kedai Design Pin dan akan dimasukkan ke dalam pameran dalam talian di laman web GPDA, dengan peluang untuk mempamerkan karya mereka di Muzium Reka Bentuk Taiwan, muzium khusus pertama dunia di kalangan semua komuniti berbahasa Cina dan didedikasi untuk menampilkan reka bentuk kreatif, serta akses kepada khidmat nasihat dan pemadanan dengan pakar antara disiplin untuk menyampaikan inovasi, kejayaan, atau aplikasi.

Reka Bentuk Thai dalam Sorotan Global

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, penyertaan reka bentuk Thailand telah mencuri perhatian dalam Golden Pin Design Award. Sebagai contoh, dalam tahun 2020, 19 penyertaan dari Thailand telah dianugerahkan dengan Tanda Reka Bentuk. Secara khususnya, Department of ARCHITECTURE Co. memenangi Golden Pin Design Award Terbaik dengan reka bentuk ruangan yang ia cipta untuk Little Shelter Hotel (yang terletak di Chiang Mai), manakala GREEN DOT BLUE memenangi Anugerah Tahunan Khas untuk Reka Bentuk Bulat untuk "ARTWORK TOMii"nya, beg galas yang boleh dikitar semula yang diperbuat daripada 100 botol PET kitar semula.

Siriwan Chiwarak, pereka ARTWORK TOMii mendedahkan bahawa, "Memenangi Golden Pin Award semestinya menjadikan produk saya lebih dikenali di Thailand dan pasaran antarabangsa terutamanya dalam komuniti berbahasa Cina, sambil juga membuka peluang hebat untuk saya menyuarakan tentang isu persekitaran yang kurang diketahui. Ini adalah platform yang tidak pernah ada sebelumnya untuk mempamerkan idea keterlaluan anda serta mendapat nasihat bernilai dari pakar reka bentuk untuk penyempurnaan selanjutnya."

Pameran Reka Bentuk Golden Pin Thailand & Bualbicara Reka Bentuk TaiwanXThailand

Dari 20 April hingga 23 Mei 2021, Pejabat Inovasi dan Penciptaan Nilai (dari Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa) dan Pejabat Perdagangan Thai akan menjadi tuan rumah bagi (S.P.O.T. Kuasa Lestari reka bentuk Thai) S.P.O.T. Sustainable Power of Thai-design Taiwan buat pertama kalinya di Muzium Reka Bentuk Taiwan di Taipei. Dilaksanakan oleh Taiwan Design Research Institute, pameran ini akan mempamerkan 19 penyertaan reka bentuk Thailand yang memenangi Golden Pin Design Award 2020 serta menjemput pemenang Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk (DeMark) untuk mempamerkan 26 penyertaan kemenangan mereka.

Selain itu, Bualbicara Reka Bentuk TaiwanXThailand, seminar pertukaran pereka Taiwan-Thailand akan diadakan dalam talian di Facebook TDRI pada 23 April 2021, di mana pereka-pereka Taiwan dan Thai yang memenangi akan berpeluang untuk berkongsi idea reka bentuk mereka, menyumbang kepada pertukaran Taiwan-Thailand masa hadapan.

Pengecualian yuran pendaftaran buat 70 penghantaran pertama dari Thailand

Golden Pin Design Award 2021 kini menerima penghantaran seluruh dunia. Pendaftaran awal bermula hari ini sehingga 31 Mei 2021, dengan yuran pendaftaran terdiskaun sebanyak NT$3,500 (kira-kira THB$3,730) setiap penyertaan. Pendaftaran umum bermula pada 1 Jun hingga 30 June 2021, dengan yuran pendaftaran NT$5,000 (kira-kira THB$5,320) setiap penyertaan. Juga, TDRI menawarkan pengecualian yuran pendaftaran untuk 70 penyertaan pertama dari Thailand dalam pertandingan GPDA. Para pemohon diminta pada awalnya untuk menghantar emel menyatakan minat kepada gpaward@tdri.org.tw. Penyertaan yang layak untuk pengecualian yuran akan menerima balasan rasmi daripada TDRI.

Source: Taiwan Design Research Institute
Keywords: Art Entertainment Awards