omniture

Shanghai Electric Keluarkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2020

Shanghai Electric
2021-05-03 13:17 187

SHANGHAI, May 3, 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi penjanaan kuasa dan peralatan industri, mengeluarkan Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat 2020nya ("Laporan"). Laporan berkenaan, iaitu laporan CSR ke-12 dan laporan ESG ke-5 Shanghai Electric, memperincikan data yang didedahkan daripada ibu pejabat, institusi dalaman, cawangan, subsidiari milik penuh dan syarikat induk Shanghai Electric.

Laporan berkenaan menunjukkan komitmen kumpulan terhadap tadbir urus korporat dan prestasi produk, dengan memberi tumpuan pada penarafan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) MSCI dan Indeks Kemampanan Korporat Hang Seng. Ia mengetengahkan prestasi luar biasa Shanghai Electric sehingga kini dalam tenaga pintar, pembuatan pintar dan bandar pintar serta perjalanannya untuk mentransformasikan beberapa bidang perniagaannya yang utama menggunakan teknologi pintar yang inovatif. Laporan tersebut turut menggariskan usaha-usaha penting yang dilakukan oleh Shanghai Electric dalam perjuangan memerangi COVID-19.

"Tahun 2020 membawa landskap yang rumit untuk pembangunan, khususnya ekoran impak besar dan bersejarah daripada pandemik ini. Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar ini, Shanghai Electric kekal komited terhadap misi kami untuk memperjuangkan penyelesaian yang mesra alam, pintar, saling terhubung dan komprehensif. Sebagai salah sebuah syarikat pembuatan peralatan kuasa yang terkemuka di dunia, kami terus berusaha untuk mencari cara baharu bagi memenuhi tanggungjawab kami kepada pemegang saham, pelanggan, rakan kongsi, kakitangan, alam sekitar dan komuniti kami yang lebih luas," kata Zheng Jianhua, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Electric Group.

Tadbir urus korporat: sistem tadbir urus ESG komprehensif yang mengintegrasikan kemampanan ke dalam matlamat strategik jangka panjang Shanghai Electric

Shanghai Electric telah mewujudkan struktur tadbir urus ESG khas bagi memastikan pembangunan mampan dibenamkan ke dalam susun atur strategik kumpulan ini. Struktur atas-bawah terdiri daripada lembaga pengarah, jawatankuasa pengurusan ESG termasuk jawatankuasa pakar ESG dan pasukan petugas ESG yang terdiri daripada lembaga pengarah serta tiga sub-kumpulan.

Pembangunan produk: menggabungkan kecerdasan dan inovasi 

Bergantung pada kelebihannya dalam industri pembuatan peralatan, Shanghai Electric berusaha untuk membina "ekosistem segitiga perindustrian" yang merangkumi peralatan pintar, internet perindustrian dan rantaian bekalan pintar. Secara dalaman, syarikat ini memanfaatkan transformasi digital untuk menyokong pembangunan pembuatan pintar, tenaga pintar dan pengangkutan pintar; manakala program pemerkasaan luarannya menyokong pembangunan bandar pintar yang komprehensif dan berbilang dimensi.

Dari segi inovasi, Shanghai Electric mengalihkan tumpuannya ke arah pengindustrian teknologi tinggi dan industri baru muncul yang strategik. Syarikat ini terus menyokong penyelidikan teknologi dan pembangunan produk dalam bidang-bidang utama dan aktif meneroka serta mendorong industri dan teknologi baharu. Semasa tempoh pelaporan, Shanghai Electric menyatakan komitmen RMB 4.75 bilion terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang merupakan satu peningkatan sebanyak 8.55% berbanding tahun sebelumnya yang menyumbang sebanyak 3.47% daripada jumlah pendapatan kendalian tahunan.

Tanggungjawab terhadap alam sekitar: menjimatkan tenaga, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan emisi 

Selama bertahun-tahun, Shanghai Electric berpegang pada kepercayaan bahawa pemuliharaan alam sekitar penting terhadap pembangunan mampan dan syarikat ini telah merangkumkan pertimbangan terhadap alam sekitar dalam setiap pautan dalam rantaian perindustriannya. Laporan berkenaan menunjukkan bahawa Shanghai Electric terus meneroka model operasi yang mesra alam untuk pengurusan hijau, penjimatan tenaga, peningkatan kecekapan dan pengurangan emisi.

Syarikat ini aktif menggalakkan pembangunan projek-projek menjimatkan tenaga yang berkecekapan tinggi termasuk: stesen penyimpanan tenaga Shanghai Electric Golmud Meiman Minhang 32MW/64MWj; turbin wap ultra-superkritikal 1000MW pertama di dunia yang dapat menjimatkan lebih 200,000 tan arang batu standard setiap tahun; serta Unit 5 dan 6 (2×1240MW) dalam Projek Loji Janakuasa Fasa II Guangdong Huaxia Yangxi yang mana penggunaan haba Unit 5 telahpun dikurangkan sebanyak 1.65% daripada keadaan kerja yang diremehkan.

Shanghai Electric juga telah menyiapkan permohonan dan pendaftaran permit pelepasan bahan pencemaran untuk 107 syarikat, memanfaatkan permit ini untuk mengukuhkan pematuhan dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan untuk melaksanakan audit pengeluaran hijau untuk enam perusahaan. Pada tahun 2020, kumpulan ini menjalankan penyiasatan emisi yang menyeluruh dalam 86 perusahaan pengeluaran, enam kilang perindustrian dan lima plot, yang melaluinya beberapa peluang dan garis panduan untuk penambahbaikan telah dicadangkan.

Tanggungjawab sosial: memberi bantuan semasa pandemik COVID-19

Susulan berlakunya pandemik ini, beberapa kes kritikal yang muncul di luar dan dalam Shanghai Electric — mengukuhkan tekad syarikat ini untuk memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi COVID-19.

Di Pakistan yang mana baru-baru ini Shanghai Electric menyiapkan Projek Loji Janakuasa Thar Coal Block-1 2x660MW, Thar Coal Block-1 Power Generation Company menyumbang bekalan kepada tentera Pakistan bagi pihak Kumpulan ini. Syarikat ini turut menyumbang sebanyak 6 juta rupee untuk tapak projek tersebut dan menghantar kakitangan tambahan ke Pakistan bagi mempercepatkan kemajuan projek.

Shanghai Electric juga menggerakkan anggota dan badan partinya secara spontan untuk menyumbang sebanyak RMB 8.8 juta bagi menyokong perjuangan memerangi pandemik ini. Di samping itu, syarikat ini telah menghantar lebih 300 mesin pelitup muka ke seluruh negara, mempercepatkan pembangunan barisan pengeluaran pelitup muka automatik – yang mana lebih daripada 621 telah dihantar ke seluruh negara – dan menyumbang lebih daripada 100,000 pelitup muka dan peralatan perlindungan diri kepada rakan kongsi luar negaranya.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Utilities Corporate Social Responsibility