omniture

Keajaiban ekologi dan kota purba tarik pelancong ke daerah Peng'an, Sichuan

Peng'an county
2021-05-03 13:40 151

PENGAN, China, 3 May 2021 /PRNewswire/ -- Pesta penggembalaan lembu telah dilancarkan di daerah Peng'an, wilayah Sichuan, pada 30 April, menarik pelancong dari seluruh pelosok negara untuk menikmati keajaiban semulajadi dan kota purba yang baru dipulihkan.

Sekumpulan lembu menyeberangi Sungai Jialing menuju ke sebuah pulau untuk meragut pada 30 April. Pemandangan hebat seperti ini di daerah Peng'an, wilayah Sichuan muncul berulang kali setiap hari antara bulan April hingga Oktober.
Sekumpulan lembu menyeberangi Sungai Jialing menuju ke sebuah pulau untuk meragut pada 30 April. Pemandangan hebat seperti ini di daerah Peng'an, wilayah Sichuan muncul berulang kali setiap hari antara bulan April hingga Oktober.

Daerah ini terkenal dengan pemandangan semulajadi yang disebut "ratusan lembu menyeberangi sungai." Dalam sebuah perkampungan kecil di Peng'an berhampiran Sungai Jialing, anak sungai atas Sungai Yangtze, beratus-ratus lembu berenang merentas Sungai Jialing pada waktu pagi untuk meragut rumput di pulau tengah. Lembu-lembu ini membuat perjalanan pulang menyeberangi sungai pada waktu senja.

Pemandangan hebat ini berlaku dari bulan April hingga Oktober dan telah menjadi popular dalam kalangan pelancong. Oleh itu, kerajaan tempatan telah melancarkan pesta penggembalaan lembu tahunan dalam tahun 2010. Pesta tahunan ini bermula pada hujung minggu terakhir bulan April.

Peng'an juga terkenal dengan Kota Purba Xiangru, yang merupakan kampung halaman kepada Sima Xiangru (179-118 BC), seorang negarawan, penyair dan pemuzik dari China purba.

 

 

Source: Peng'an county
Keywords: Agriculture Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Animals/Pets