omniture

bolttech memperluaskan kolaborasi Samsung Care+ ke Malaysia

Perkhidmatan perlindungan peranti kini boleh didapati dalam 7 pasaran di Asia
bolttech
2021-05-04 09:51 2165

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi insurans (insurtech) antarabangsa, bolttech, hari ini mengumumkan ia telah memperluaskan perlindungan perantinya bersama Samsung ke Malaysia. Kolaborasi berkenaan menyampaikan perkhidmatan pembaikan peranti mudah alih kepada pemilik telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy baharu melalui program Samsung Care+.

Malaysia merupakan pasaran ketujuh di Asia untuk kolaborasi bolttech bersama Samsung dan kelima di Asia Tenggara, susulan perjanjian yang serupa di Hong Kong, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Taiwan sejak dua tahun yang lalu.

Melalui program Samsung Care+, bolttech menyasarkan untuk membantu pelanggan melindungi peranti Samsung Galaxy mereka daripada kemalangan fizikal, keretakan cecair atau kerosakan mekanikal sehingga 2 tahun. Pelan perkhimatan peranti juga meliputi kos pembaikan sehingga dua kali ganda nilai harga beli peranti[1].

Mark Simmons, Ketua Pegawai Eksekutif Device Protection, bolttech, berkata, "Kami teruja untuk terus membina perkhidmatan perlindungan peranti kami bersama peneraju telefon pintar global Samsung di Malaysia, susulan kejayaan penawaran ini dalam enam pasaran lain. Kami berharap dengan kolaborasi terkini ini, pelanggan Samsung di Malaysia dapat terus kekal terhubung dengan memanfaatkan penyelesaian perlindungan peranti generasi hadapan kami."

KM Liew, Ketua Perniagaan IT & Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics berkata, "Kami teruja dapat bekerjasama dengan bolttech dalam program Samsung Care+ kami di Malaysia. Dengan Samsung Care+, pelanggan kami dapat bertenang dan mendapat bantuan apabila kejadian yang tidak dijangkakan berlaku terhadap peranti Samsung mereka yang baru dibeli. Pelan tersebut juga merangkumi perkhidmatan premium yang menawarkan pengambilan dan penghantaran di muka pintu secara percuma, yang dapat mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan kami apabila mencari masa untuk membawa peranti mereka untuk dibaiki."

Maklumat lanjut mengenai program Samsung Care+ di Malaysia boleh ditemui di sini: https://www.samsung.com/my/offer/samsung-care-plus/ 

[1] Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk butiran, kunjungi: https://www.samsung.com/my/offer/samsung-care-plus

Latar Belakang bolttech

bolttech ialah syarikat teknologi insurans (insurtech) antarabangsa dengan misi untuk membina ekosistem didayakan teknologi yang terkemuka di dunia untuk perlindungan dan insurans. Dengan rangkaian penuh keupayaan digital dan dipacu data, bolttech memperhebatkan hubungan antara syarikat insurans, pengedar dan pelanggan untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap membeli dan menjual produk insurans dan perlindungan.

Sebahagian daripada Pacific Century Group, bolttech beroperasi dalam 14 pasaran di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.bolttech.io.

Latar Belakang Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung menginspirasikan dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi yang bersifat transformatif. Syarikat ini menetapkan semula dunia televisyen, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, perkakas digital, sistem rangkaian dan memori, LSI sistem, faundri dan penyelesaian LED. Untuk berita mutakhir, sila kunjungi Bilik Berita Samsung di http://news.samsung.com.

Source: bolttech
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Insurance Mobile Entertainment New products/services