omniture

CGTN: Jalan Raya Menakjubkan: Kenali lebuh raya paling luar biasa di China

CGTN
2021-05-04 11:11 188

BEIJING, Mei 4, 2021 /PRNewswire/ -- Pada Oktober 1988, Shanghai-Jiading Expressway, lebuh raya yang pertama di tanah besar Cina, dibuka secara rasminya untuk lalu lintas. Menerusi pencapaian ini. pembangunan jaringan lebuh raya China menuju perkembangan yang pantas. Kini, jumlah perbatuan lebuh raya di China telah mencecah lebih 160,000 kilometer, menduduki tempat pertama di dunia.

 

CGTN: Jalan Raya Menakjubkan: Kenali lebuh raya paling luar biasa di China
CGTN: Jalan Raya Menakjubkan: Kenali lebuh raya paling luar biasa di China

Sertai CGTN dalam satu kembara jalan raya ketika kami meneroka dan mengenali lebuh raya yang paling terkenal di negara ini.

Yang pertama di tanah besar Cina – Shanghai-Jiading Expressway

Bahagian berkelajuan tinggi Shanghai-Jiading Expressway bermula dari selatan kawasan pusat bandar Shanghai ke Daerah Jiading dengan jumlah panjang sejauh 15.9 km. Pembinaan lebuh raya ini menyumbang sebanyak 56 peratus lalu lintas penumpang dan barang di Lebuh Raya Huyi antara kawasan bandar dan Jiading. Ia memberi templat yang baik bagi pembinaan lebuh raya di bandar-bandar lain di China.

Paling sibuk – Beijing-Hong Kong-Macao Expressway

Beijing-Hong Kong-Macao Expressway bermula dari ibu negara Cina dan merentangi ke wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Macau, terbentang sejauh lebih 2,285 km.

Digelar sebagai "Saluran Emas," ia merupakan sistem paling sibuk bagi lalu lintas utara-selatan di China yang menyusuri antara beberapa kawasan paling maju dari segi ekonominya di China. 

Paling panjang – Lianyungang-Khorgos Expressway

Lianyungang-Khorgos Expressway dibuka untuk lalu lintas pada 31 Disember 2014 dengan panjang keseluruhan sejauh 4,395 km yang merentangi dari pantai timur Wilayah Jiangsu ke sempadan barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia mendapat jolokan "lebuh raya yang paling panjang di China" dan merupakan sistem lalu lintas yang penting sepanjang Jalur dan Jalan.

Dengan adanya lebuh raya ini, trak barang yang berangkat dari Lianyungang kini mengambil masa selama 10 hari untuk tiba ke Eropah, melintasi dataran, gunung-ganang, dataran tinggi dan padang pasir. Melalui laut, perjalanan dari titik permulaan yang sama ke destinasi yang sama akan memakan masa selama 45 hari.

Lianyungang-Khorgos Expressway kaya dengan khazanah budaya. Terdapat 24 tempat pemandangan 5A negara sepanjang perjalanan termasuk Terracotta Warriors, Longmen Grottoes dan Shaolin Temple, menjadikannya pilihan yang bagus untuk kembara jalan raya ini.

Lebuh raya ekspres terpanjang yang melintasi padang pasir  – Beijing-Urumqi Expressway

Beijing-Urumqi Expressway mempunyai panjang keseluruhan sejauh 2,540 km dan melintasi lima wilayah, perbandaran dan wilayah autonomi. Ia membuka laluan yang paling pantas dari Khorgos barat laut China di Xinjiang ke bandar pelabuhan utara Tianjin.

Bahagian 930-km Beijing-Urumqi Expressway di Mongolia Dalam ialah zon padang pasir yang menjadikan lebuh raya ini sebagai lebuh raya terpanjang di dunia yang melintasi padang pasir.

Pembinaan paling sukar – Shanghai-Chongqing Expressway

Shanghai-Chongqing Expressway berukuran 1,768 km panjang dan dibuka untuk lalu lintas pada tahun 2010. Ia merupakan lebuh raya yang pertama di China yang melintasi kawasan Delta Sungai Yangtze.

Bahagian ini melintasi wilayah tengah Hubei dan mempunyai purata altitud 1,100 meter. Keadaan geologi yang rumit menjadikan lebuh raya ini sangat sukar untuk dibina.

Shanghai-Chongqing Expressway memendekkan pengangkutan ramuan periuk makanan panas dari Perbandaran Chongqing di bahagian barat daya negara tersebut ke Shanghai di pantai timur China daripada tiga hari kepada hanya 17 jam.

Anugerah penghormatan tertinggi – Jing-Wu-Huang (Chang) Expressway

Jing-Wu-Huang (Chang) Expressway memiliki panjang keseluruhan sejauh kira-kira 152 km. Lebuh raya berbentuk Y ini menghubungkan tiga wilayah timur iaitu Jiangxi, Anhui dan Zhejiang.

Walaupun jalan rayanya tidak panjang, landskap semula jadi dan aset budaya banyak terdapat sepanjang perjalanan.

Para jurutera menghindari kawasan perkampungan purba, sungai dan habitat burung yang sukar ditemui dan tiada satupun daripada ratusan pokok kamfor berusia seabad sepanjang laluan tersebut musnah. Atas usaha ini, ia memenangi anugerah tertinggi dalam bidang kejuruteraan awam China iaitu Zhan Tianyou Award.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-01/Amazing-Roads-Get-to-know-China-s-most-exceptional-expressways-ZT8FK9IEsE/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation Broadcast feed announcements