omniture

P&G lancar iLab 2021 dengan kerjasama Singapore EDB untuk perkukuh ekosistem inovasi Singapura

iLab 2021 akan menyaksikan P&G berkolaborasi dan menggalakkan syarikat-syarikat pemula dari seluruh rantau ini untuk mencipta penyelesaian yang dapat menakrifkan masa depan bidang pengiklanan, peruncitan dan rantaian bekalan
Procter & Gamble
2021-05-04 18:16 388

SINGAPURA, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE:PG), dengan kerjasama Singapore Economic Development Board (EDB), hari ini melancarkan iLab 2021, festival inovasi maya selama 3 hari. Festival ini akan menyaksikan syarikat-syarikat pemula dari Singapura dan seluruh rantau ini berhimpun untuk berkolaborasi bersama P&G dan membangunkan inovasi yang dapat mengatasi cabaran dalam dunia sebenar yang dihadapi dalam bidang pengiklanan, peruncitan dan rantaian bekalan.

Deputy Prime Minister Heng launching P&G’s iLab 2021
Deputy Prime Minister Heng launching P&G’s iLab 2021

Diadakan di i-Singapore Digital Omni-Channel Center (i-SiDOC) P&G, upacara pelancaran iLab telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, En. Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, Singapura bersama-sama En. Rafik Mansour, Kuasa Usaha sementara (Chargé d'Affaires, a.i.) Kedutaan A.S. di Singapura, En. Ted Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Enterprise Singapore dan Cik Cindy Koh, Naib Presiden Eksekutif, Singapore Economic Development Board.

Sebagai kuasa untuk kebaikan dan demi mencapai pertumbuhan, P&G mendasarkan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan kepada penggunanya dengan lebih baik dengan memanfaatkan teknologi bagi memenuhi permintaan dan harapan pengguna yang berubah. Dengan bekerjasama bersama syarikat-syarikat pemula yang menggunakan teknologi sedia-masa-depan, P&G akan dapat mengubah perjalanan pengguna secara konstruktif.

"Pada masa depan pasca-pandemik, usaha ke arah inovasi adalah penting demi pemulihan dan kemajuan ekonomi kami. Visi kami untuk P&G di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika adalah untuk menjadi Syarikat Masa Depan dan memanfaatkan Singapura sebagai hab inovasi untuk P&G dan industri kami, menerajui transformasi digital dan memperkasa inovasi dalam segenap aspek perniagaan kami," kata En. Magesvaran Suranjan, Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Procter & Gamble (P&G).

Semasa iLab, syarikat-syarikat pemula yang terpilih akan mencetuskan idea dan menyumbang saran bersama P&G untuk membantu mengatasi cabaran menggunakan teknologi dalam domain seperti pemperibadian AI, permainan, perdagangan sosial dan kebingkasan rantaian bekalan. Syarikat-syarikat pemula yang terpilih dengan pendekatan yang mempunyai potensi kemudiannya akan bekerjasama dengan P&G untuk melancarkan projek perintis dalam seluruh pasaran P&G di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Idea iLab bergantung pada keyakinan P&G bahawa ekosistem keusahawanan yang dinamik dan mampan penting untuk perniagaan demi memenuhi keperluan pelanggan yang terus berkembang. Melalui sokongan daripada EDB, P&G akan turut membimbing syarikat-syarikat pemula dan mewujudkan pertukaran silang melalui penglibatan perangkaian.

"Kami amat berterima kasih dengan adanya sokongan daripada rakan-rakan kongsi sealiran dalam perjalanan yang mengujakan ini, terutamanya perkongsian erat yang kami nikmati bersama EDB dan ESG. Di P&G, kami sentiasa berusaha untuk menerajui perubahan dalam segenap aspek operasi kami dan menyokong rakan kongsi, kakitangan dan pemegang kepentingan kami yang lain," kata En. Karthik Natarajan, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Kewangan, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Procter & Gamble (P&G).

iLab memfokuskan tiga aliran yang berbeza – Masa Depan Pengiklanan, Masa Depan Peruncitan dan Masa Depan Rantaian Bekalan. Ketiga-tiga bidang ini memperlihatkan keperluan pengguna dan peruncitan yang terus berkembang, mentransformasikan ekosistem media dan perubahan revolusioner dalam rantaian bekalan.

Bermula daripada kumpulan permulaan dengan 100 syarikat pemula yang dinilai bagi menyelesaikan cabaran perniagaan sebenar yang ditetapkan oleh P&G, 27 syarikat pemula teratas telah disenarai pendek untuk mengambil bahagian dalam festival maya selama 3 hari bermula dari 4-6 Mei 2021.

Latar Belakang Procter & Gamble 

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia.

Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita mutakhir dan maklumat mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Source: Procter & Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Licensing/marketing agreements New products/services