omniture

maaiiconnect lancar Pas 60-hari PERCUMA maaiiconnect BUSINESS

Memberikan perniagaan akses yang tiada tandingan kepada pelan omnisalurannya yang paling popular
maaiiconnect
2021-05-06 11:35 214

HONG KONG, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ -- maaiiconnect, platform penglibatan pelanggan yang terkemuka, melancarkan pas 60-hari percuma yang menarik bagi penyelesaian omnisalurannya yang paling popular, maaiiconnect BUSINESS. Tawaran masa terhad ini bertujuan untuk memperkasa perniagaan dengan platform perbualan yang paling popular di dunia: WhatsApp Business, Facebook Messenger dan Akaun Rasmi WeChat bagi memperhebatkan jualan, meningkatkan kadar kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan. Dengan nilai keseluruhan sebanyak US$1,780, promosi akan berlangsung hingga 31 Mei 2021. Tanpa kos tersembunyi atau bayaran penggunaan.

maaiiconnect ialah satu-satunya platform penglibatan pelanggan yang menumpukan semua saluran telekomunikasi dan komunikasi datanya pada satu antara muka. Ia memperkasa perniagaan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka pada bila-bila masa dan dengan apa jua cara yang mereka pilih, menyediakan maklumat tersimpan omnisaluran penuh mengenai interaksi pelanggan dengan identiti pelanggan pintar dan integrasi CRM.

Pas 60-hari maaiiconnect BUSINESS menyediakan platform pintar, boleh diskala dan bersepadu untuk menarik, menukar dan mengekalkan pelanggan di peringkat global. Pas ini menyertakan 10 lesen kakitangan untuk kolaborasi pasukan dan penglibatan pelanggan yang meliputi:

  • WhatsApp Business
  • Facebook Messenger
  • Akaun Rasmi WeChat
  • Widget web untuk sembang langsung, panggilan web, persidangan video
  • keupayaan multimedia: demo video, perkongsian fail, perkongsian skrin

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, perniagaan yang memanfaatkan pas maaiiconnect BUSINESS percuma ini boleh mendapatkan akaun WhatsApp Business secara percuma yang disokong oleh rakan kongsi rasmi maaiiconnect. Pasukan pakar maaiiconnect akan memberi sokongan selama 24/7 untuk persediaan akaun, soalan-soalan dan pertanyaan teknikal.

Lantaran peningkatan perdagangan perbualan, semakin ramai pelanggan melaksanakan komunikasi dan pembelian langsung melalui platform media sosial. Perdagangan perbualan telah membentuk semula perjalanan pelanggan dan bagaimana perniagaan memasarkan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka. Syarikat-syarikat yang menggunakan perjalanan pelanggan omnisaluran mencapai pengekalan pelanggan sebanyak 91% berbanding tahun sebelumnya [i] dan peningkatan 9.5% dalam pendapatan tahunan berbanding tahun sebelumnya [ii]. Pendekatan omnisaluran yang lengkap membantu memendekkan kitaran penjualan, meningkatkan kadar kepuasan pelanggan, mendorong penukaran dan akhirnya memperoleh kesetiaan pelanggan.

Melihatkan hubungan antara perniagaan dan pelanggan terus berkembang tatkala kemajuan teknologi dan jangkaan pelanggan meningkat, maaiiconnect mereka khusus pas 60-hari ini untuk memperhebatkan perniagaan dengan pendekatan omnisaluran, membolehkan pelanggan untuk menentukan saluran komunikasi pilihan mereka bagi menerima pengalaman pelanggan yang konsisten. Syarikat-syarikat boleh mendapatkan pandangan yang holistik mengenai perjalanan pelanggan di bawah satu papan pemuka yang disokong oleh standard yang utama di dunia dari segi penyulitan, pematuhan, sandaran dan pengesahan data.

Pelaksana Tinggi pada platform tinjauan semula setara yang terkenal, G2 Crowd, pengguna maaiiconnect menilai maaiiconnect dengan konsisten sebagai salah satu perisian penglibatan pelanggan yang berprestasi terbaik.

"Kami telah menggunakan maaiiconnect untuk berinteraksi dengan pelanggan kami disebabkan oleh cirinya yang mesra pengguna. Perisian ini menjamin kestabilan dan keandalan dari segi penawaran semua ciri yang dijanjikan. Tanpa perlu menghasilkan laporan secara manual merupakan salah satu faedah terbaik daripada maaiiconnect kerana ia dapat melakukannya secara automatik untuk anda. maaiiconnect boleh dialihkan dan dapat digunakan pada peranti mudah alih. Ia mempunyai pasukan sokongan yang hebat dan cekap dengan kehadiran di media sosial yang mantap untuk menjawab pertanyaan anda secepat mungkin." – Matthew T., ulasan pelanggan maaiiconnect

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi di sini atau mulakan sekarang untuk akaun maaiiconnect BUSINESS 60-hari percuma anda.

Latar Belakang maaiiconnect 

maaiiconnect ialah satu-satunya platform berasaskan awan yang menyatukan komunikasi digital dan telekomunikasi untuk membantu perniagaan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lancar dan khidmat pelanggan yang berkesan. Ia memudahkan perbualan merentas seluruh salurah dengan menggabungkan WhatsApp, WeChat, Facebook Messenger, SMS, Nombor Maya, Persidangan Video dan Widget Komunikasi Web untuk Sembang Langsung dan Panggilan Web dalam satu antara muka meja bantuan. Tumpuan utama janji maaiiconnect ialah rangkaian dan infrastruktur teragih secara globalnya yang disokong oleh 99.95% SLA dan piawaian keselamatan antarabangsa.

maaiiconnect menjadikan penglibatan pelanggan mudah. Ketahui lebih lanjut di www.maaiiconnect.com

Blog | Facebook | LinkedIn | Twitter | YouTube | WeChat | G2 Crowd

Source: maaiiconnect
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services