omniture

Jurang kemahiran semakin meningkat ketika COVID dan kebolehan bertembung, menurut tinjauan oleh Avado

Avado
2021-05-07 09:00 1915

63% daripada perniagaan yang menyaksikan pendapatan atau keuntungan yang stabil telah melabur dalam pembangunan pekerja pada tahun 2020, yang menunjukkan komitmen kepada pertumbuhan lestari 

SINGAPURA, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Avado, sebuah akademi profesional, hari ini telah mendedahkan kajian yang mengenal pasti jurang yang semakin meningkat luas antara keperluan perniagaan dan kebolehan individu dalam sebilangan negara-negara APAC sepanjang tahun 2020.

Daripada semua perniagaan yang ditinjau, 63% perniagaan yang menyaksikan pendapatan atau pertumbuhan stabil sepanjang tahun lalu telah meningkatkan bajet latihan mereka, dan 39% daripadanya telah melabur dalam peningkatan kemahiran melalui latihan luaran sebelum tahun 2020. Antara perniagaan yang menyaksikan penurunan keuntungan, 43% menyatakan bahawa strategi mereka tidak menepati keperluan. Secara ringkasnya, perniagaan yang melabur dalam membangunkan kebolehan pekerja telah berjaya mengatasi cabaran dengan lebih baik berbanding perniagaan yang tidak melakukannya.

Kajian ini telah meninjau lebih 1,000 orang pemimpin eksekutif dan kakitangan kanan HR daripada organisasi APAC yang progresif. Kawasan yang terlibat merangkumi Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Australia dan Filipina. Kajian ini telah dianalisis selanjutnya oleh duta Miatta Fahnbulleh, Ketua Eksekutif New Economics Foundation. Lebih separuh (54%) pemimpin eksekutif bersetuju bahawa organisasi mereka mengutamakan kelangsungan hidup berbanding kebolehan, yang begitu sama dengan 57% yang bersetuju di UK. Namun begitu, terdapat jurang besar dalam kalangan peneraju pembelajaran dan pembangunan, dengan hanya 44% bersetuju di APAC berbanding 69% di UK. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2020 majoriti pemimpin eksekutif (80%) serta pemimpin pembelajaran dan pembangunan (74%) bersetuju bahawa adalah penting bagi perniagaan mereka pada tahun 2020 untuk melaksanakan latihan melalui kursus luaran, yang mencadangkan bahawa mereka berhadapan kesukaran dengan kebolehan pekerja yang sedia ada.

  • Lebih dua perlima (43%) telah melakukan pengambilan pekerja untuk cuba mengisi jurang keupayaan
  • Lebih membimbangkan, 39% pemimpin eksekutif mengakui strategi latihan mereka tidak menepati keperluan sebelum tahun 2020; jumlah ini meningkat kepada hampir separuh (49%) pada tahun 2020, yang mencadangkan jurang telah meningkat dengan lebih mendalam
  • Hampir separuh (48%) bersetuju bahawa kekurangan kemahiran memberi kesan negatif kepada kesihatan mental

Mark Creighton, Ketua Pegawai Eksekutif Avado berkata, "Terdapat peluang yang pasti bagi majikan untuk melabur lebih banyak kepada pekerja mereka bagi mempelbagaikan tenaga kerja dan menggerakkan perbincangan melebihi kemahiran. Perniagaan yang kekal berdaya saing dalam pemulihan ekonomi kita adalah perniagaan yang menerapkan pendekatan strategik untuk pembangunan kebolehan, bukan hanya menangani cabaran melalui pengambilan pekerja. Kita mesti mengambil tindakan segera untuk melaksanakan strategi latihan yang sesuai untuk masa depan yang memberikan peluang kepada pekerja sedia ada dan bukan hanya kepada pekerja baharu untuk menyumbang kepada kejayaan perniagaan."

Pada tahun 2020, peralihan pesat ke arah digital telah mendedah dan memburukkan ketidakseimbangan antara kebolehan yang diperlukan oleh organisasi, dan kebolehan yang dimiliki oleh pekerja, menyebabkan berlakunya pergeseran di semua sektor yang ditinjau. Separuh (50%) daripada mereka yang ditinjau berasa bimbang bahawa kekurangan pelaburan latihan akan mempengaruhi produktiviti dalam jangka masa panjang.

"Pelaburan dalam kebolehan adalah lebih penting daripada pertumbuhan perniagaan dan produktiviti jangka panjang," kata Miatta Fahnbulleh, Ketua Eksekutif New Economics Foundation dan duta kajian ini. "Untuk berjaya di masa depan dengan perubahan yang mendalam, kita perlu berfikir dengan lebih baik melebihi kemahiran. Malah, kita memerlukan revolusi kebolehan."

Walaupun di sektor yang tidak terkesan secara negatif oleh pemotongan bajet, responden bersetuju bahawa peristiwa pada tahun 2020 telah memperluas jurang kebolehan dalam organisasi mereka. Keadaan ini sangat ketara dalam perkhidmatan kerajaan dan awam. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa lebih daripada separuh individu di sektor ini telah melihat kepada latihan yang berada di luar industri dan peranan semasa mereka sekarang, yang mencadangkan terdapat kebimbangan yang signifikan untuk masa depan.

Untuk jangka panjang yang menguntungkan, perniagaan perlu menilai keutamaan dan kebolehan mereka, bergerak pantas untuk meletakkan strategi yang bersesuaian dengan masa hadapan. Untuk maklumat lanjut dan perincian maklum balas mengikut industri, sila lihat laporan lengkap di sini.

Nota kepada Editor 

Tinjauan ini mempunyai 15 soalan individu, dengan responden dipecahkan secara sama rata kepada lima sektor: teknologi dan telekomunikasi, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, perkhidmatan kerajaan dan awam, perkhidmatan kewangan, dan FMCG. Kajian ini dijalankan dua kali dengan soalan yang sama, sekali di APAC dan sekali di UK.

Kajian ini diulang di UK dengan metodologi dan bilangan responden yang sama. Untuk maklumat lanjut tentang penemuan ini, sila lihat laporan penuh di sini.

Tentang Avado 

Di Avado, kami percaya dalam menyerlahkan potensi dan mengubah kehidupan. Belajar dengan kami memberikan perubahan yang nyata dan berkekalan kepada individu dan seluruh organisasi. Melalui pengalaman pembelajaran terhubung kami dalam Data, Pemasaran, Pekerja dan Ketangkasan, kami boleh membantu anda memacu perubahan yang sebenar.

Dengan melangkaui lebih daripada kemahiran teknikal, program kami yang telah memenangi anugerah akan membantu pasukan memperoleh kejayaan dalam dunia yang sentiasa berkembang. Dengan penekanan yang kuat terhadap perubahan tingkah laku dan minda yang diperlukan untuk memupuk kebolehan baharu, kami akan bekerjasama untuk membangunkan pemimpin, pasukan dan individu melalui pengalaman pembelajaran interaktif.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.avadolearning.com/sg/.

Hubungan media: Kaela Beaton, KWT Global bagi pihak Avado, kbeaton@kwtglobal.com, +44 (0)7757 535968

Source: Avado
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research