omniture

FPT Corp dan Base.vn diperkasa untuk mempercepat transformasi digital bagi 800,000 perusahaan Vietnam

FPT Corporation
2021-05-07 10:30 49

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- FPT – syarikat teknologi terkemuka Vietnam telah mengumumkan secara rasmi pelaburan strategik di Base Enterprise – syarikat teknologi yang memiliki platform tadbir urus korporat paling popular di Vietnam (Base.vn), di mana FPT akan memiliki saham majoriti. Kerjasama ini akan memperkukuhkan kedua-dua belah pihak untuk mempromosi ekosistem transformasi digital komprehensif untuk 800,000 perusahaan tempatan.

FPT Corp memperoleh Base.vn
FPT Corp memperoleh Base.vn

Pham Kim Hung – Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Base.vn berkata: "Base.vn telah menyelesaikan 3 isu besar perniagaan termasuk pengurusan peningkatan produktiviti, ketelusan maklumat, pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Kami bercadang untuk membangunkan penyelesaian utama yang lain seperti pengurusan kewangan, pengurusan pelanggan dan pembangunan perniagaan di satu platform bersatu.. Kerjasama dengan FPT, syarikat teknologi terkemuka yang mempunyai banyak pengalaman mendalam dan sumber manusia, akan membantu Base dalam penjimatan jangkamasa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menjadi ekosistem transformasi digital yang komprehensif kepada perniagaan terkemuka di dunia."

En. Truong Gia Binh, Pengerusi Lembaga Pengarah FPT Corporation
En. Truong Gia Binh, Pengerusi Lembaga Pengarah FPT Corporation

En. Truong Gia Binh – Pengerusi Lembaga Pengarah FPT Corporation berkata: "Satu persamaan yang kukuh di antara FPT dan Base.vn adalah aspirasi. Aspirasi untuk kemegahan Vietnam, aspirasi bahawa kami akan menjangkau seluruh dunia. Di sepanjang dua puluh tahun yang lalu, FPT tidak pernah berhenti mengukuhkan kedudukan dominan Vietnam di dalam peta digital global. Kini kami dapat membantu Base.vn menjejak pencapaian tahap baharu yang sebelum ini diimpikan oleh usahawan muda Vietnam seperti Hung (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Base.vn). Sejurus selepas acara ini, pemimpin-pemimpin FPT dan Base.vn akan bersidang untuk menjadikan aspirasi kami satu kenyataan."

Platform Base.vn yang mudah berintegrasi dengan aplikasi transformasi digital FPT, dapat memberikan lebih daripada 100 aplikasi penukaran digital dengan segera di Base.vn sendiri. Produk Base.vn juga mewarisi teknologi teras terkini daripada FPT Corporation seperti FPT.AI, Rantaian Blok, Awan, dan tandatangan digital… untuk memberikan penyelesaian yang lebih berkesan. Dengan adanya rangkaian cawangan di 26 negara, FPT juga akan membantu Base bersaing dengan kompetitif di pasaran global.

Latar Belakang Base Enterprise:

Diasaskan dalam bulan Ogos 2016 dan dilancarkan secara rasmi dalam tahun 2017, Base.vn telah menjadi platform pengurusan perniagaan yang terkenal dan dipercayai oleh lebih daripada 5,000 pelanggan merentas pelbagai saiz dan sektor setelah lebih daripada 4 tahun pembangunan.

Pada bulan Disember 2020, Base.vn telah dianugerahkan hadiah pertama bagi kategori platform digital cemerlang dalam anugerah produk digital Make in Vietnam yang dianjurkan oleh Kementerian Maklumat dan Komunikasi. https://base.vn

Latar Belakang FPT Corp:

Ditubuhkan dalam tahun 1988, FPT adalah Kumpulan IT yang terbesar di Vietnam, beroperasi dalam tiga bidang teras perniagaan: Teknologi, Telekomunikasi dan Pendidikan. Setelah lebih daripada 30 tahun pembangunan, FPT kini beroperasi di 26 negara di seluruh dunia.

FPT menegaskan kedudukan dan peranannya sebagai perintis dalam transformasi digital serta usaha gigihnya di dalam sumbangan ke arah pembangunan ekonomi digital, masyarakat digital, dan negara digital. http://www.fpt.com.vn

Source: FPT Corporation
Related Stocks:
Vietnam:FPT
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements